Insurans perubatan RM50 sehari untuk golongan B40
Alhamdulillah jika benar, moga ia berjalan dengan telus dan tulus. Jangan nanti Dr. Mahathir kata takkan dilaksanakan kerana tak mahu rakyat Malaysia bermentalitikan subsidi sudahlah. Kita hidup dalam negara ni samalah macam dalam satu takaful, sumber yang ada yang disumbangkan oleh mereka yang berkemampuan sepatutnya mampu membantu mereka yang tidak berkemampuan. BUTTERWORTH – Kerajaan Persekutuan Malaysia menyediakan skim perlindungan kesihatan untuk golongan B40 sebanyak RM50 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja) sehari bagi tempoh maksimum 14 hari atau RM700 (tujuh ratus Ringgit Malaysia sahaja) setahun. Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah diumumkan semasa Belanjawan 2019 tetapi tidak mendapat liputan meluas oleh pengamal media. Kita semua sedia maklum apabila orang miskin sakit, dia tak ada sumber pendapatan, dan biasanya mereka tak ada kemampuan untuk beli insurans perubatan. “Itulah sebabnya kerajaan nak berikan satu insentif untuk...