Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aina 9 tahun

Catatan Ramadhan 2026 | 20260306

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Bulan puasa Ramadhan kali ini istimewa sedikit kerana Aina dan Aidan turut mula berpuasa. Aina darjah 3 pada tahun ini manakala Aidan darjah 1. Ramadhan tahun ini mula lebih kurang 1 bulan setelah bermula sesi persekolahan tahun ini. Tedi belum pernah bercerita mengenai persekolahan Aina dan Aidan tahun ini. Ramadhan 1447H — Aina & Aidan mula belajar berpuasa Program Dwi Bahasa Aidan baru masuk tahun 1 jadi dia baru masuk ke kelas sebenar selepas 1 bulan transisi. Alhamdulillah dia dapat masuk kelas Program Dwi Bahasa di mana Aidan memilih untuk belajar Bahasa Cina. Selain itu dia belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Aina dan Aidan Belajar Puasa Berkenaan puasa, mereka berdua puasa penuh juga walaupun pada mulanya Aina tidak berpuasa makan di kantin, dia mula berpuasa setelah Master hentikan pemberian wang belanja kepadanya. Dia pun meminta Master...

Pendidikan Seni Tahun 3 Poster Perayaan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam Master membantu menyiapkan bahan untuk Aina bagi pembelajaran Pendidikan Seni Tahun 3 (Buku Teks muka surat 17) bertajuk Poster Perayaan . 💡 Tips Pendidikan & Bahan Bantu Mengajar (BBM): Bahan-bahan ini dikumpulkan mengikut silibus DSKP Pendidikan Seni Visual (PSV) Tahun 3 . Sesuai digunakan oleh para guru dan ibu bapa sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan murid memahami teknik Montaj dan komposisi poster yang bertema. Salah satu bahan yang diperlukan adalah media contohnya majalah untuk digunting. Tetapi memandangkan majalah adalah rare pada masa ini, takkanlah Mummy akan membenarkan majalah-majalah beliau untuk digunting? Jadi Master menggunakan alternatif mencari gambar dalam internet dan edit apa yang patut sebelum dicetak. Tedi lampirkan gambar-gambar itu mana tahu kawan-kawan akan perlukannya pada suatu hari. Buku teks itu menya...

Popular