Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi

Aina di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas | 20181014

Imej
Makan-Makan Sarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas . Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas , ia sebenarnya di Desa Salak Permai . Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami, maka Tedi isytiharkan warung ini sebagai salah sebuah tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi . Warung ini menjual makanan seperti nasi kerabu, ayam bakar, daging bakar, nasi dagang, nasi berlauk, dan nasi lemak. Aina pula telah berjaya meminta keropok daripada tuan kedai. Bagi makan nasi lemak adalah dalam 5 suap dia makan. 20181014

[t18k06] Aina ketika 1 tahun 8 bulan 15 hari

Imej
Makan-Makan Singgah Lagi di Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini . Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master . Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih fresh , belum jemu dan bosan lagi. Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas . Aina dan Ayam Bakar Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul drumstick . Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarka...

Aina ketika 1 tahun 9 bulan 1 hari

Imej
Karangan ini Tedi pecahkan kepada beberapa seksyen seperti berikut: Aina Makan Keropok Keping  |  Nasi Goreng Ikan Masin berlauk Daging Goreng  |  Lokasi Areeya Seafood Aina Makan Keropok Keping Gambar Nor Aina semasa sedang makan sekeping keropok keping goreng di kedai makan Areeya Seafood yang ditaja oleh tuan kedai yang dah lama tak jumpa Aina sebab tuan kedai balik jumpa anak di Thailand . Ketika ini Nor Aina berumur 1 tahun 9 bulan dan 1 hari (setahun sembilan bulan satu hari). Memang dia tak boleh duduk diam, ni dapat keropok keping dia makan sekejap sambil duduk atas kerusi bayi kemudian dia mula nak suap Master kemudian dia jatuhkan keropok keping tersebut sebagai satu helah untuk membolehkan dia turun. Hobi dia di Areeya Seafood adalah melihat kucing dan juga kapal terbang . Jarang dapat melihat kapal terbang melintasi ruang udara dari Areeya Seafood ni, tapi Aina boleh kesan juga jika ada kapal terbang sedang terbang di langit. Gambar Aina sedang makan k...

Apa ada dengan Nescafe Tarik?

Imej
Master selalu minum Nescafé tarik. Master akan memesan Nescafé tarik jika minum di kedai makan. Karangan Tedi kali ini akan mengupas beberapa topik menarik mengenai Nescafé tarik semasa Master menunggu Nescafé tarik yang beliau pesan kali ini menyejuk. Topik-topik tersebut ialah :  Apakah itu Nescafé tarik? ,  Kenapa nak tarik Nescafé? ,  Kenapa nak pesan Nescafé tarik? , dan  Dah tu? . # Gambar: segelas Nescafe tarik di atas meja kayu. # Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Bila: 2019-01-16 jam 21:46:20 hari Rabu # Lokasi:  D Vista Cafe   Apakah itu Nescafé tarik? Nescafé tarik adalah satu minuman yang dibuat daripada bancuhan Nescafé dan susu isian atau krimer dan kemudian ditarik iaitu dipindah-pindahkan dari satu gelas kepada satu gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh. Ia dipindahkan dengan tuangan air Nescafé tersebut silih berganti. Kenapa nak tarik N...

Warung Che Lan, Taman Seroja, Sepang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Warung Che Lan adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia. Master pada awalnya hanya minum sahaja di ketika mendobi di Laundrybar Taman Seroja . Master mula makan atau membeli makanan di Warung Che Lan ni pada hari raya Aidil Fitri 2019 apabila kebanyakan kedai makan lain di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tutup bercuti. Ketika itu Mummy sedang berpantang di Kelantan setelah selamat melahirkan Aidan . Rezeki mereka, sejak itu kami mula membeli makanan di sini melalui panggilan telefon. Mereka tidak menghantar makanan, tetapi boleh tempah melalui panggilan telefon untuk jimatkan masa. Sampai sahaja di sana terus ambil makanan dan balik. Nombor telefon Warung Che Lan terbaru: 011-3703 7951 Nombor telefon pada menu makanan terbaru kedai makan Warung Che Lan Tom Yam Kelapa. Kamarul : 018-3731016, Lan: 018-3945433. # Thursday, 9 July 2020, 21:48 # IMG_20200709_214847.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # http...

Areeya Seafood

Imej
Areeya Seafood adalah salah satu destinasi tempat makan kegemaran kami sekeluarga kerana ia mempunyai ruang yang luas, tempat letak kereta yang luas, dan paling penting menawarkan menu masakan Thai yang jarang kami jumpa. Areeya Seafood terletak hampir 7 kilometer dari Bandar Baru Salak Tinggi menjadikannya kami meletakkannya sebagai salah satu tempat makan menarik di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Orang Thailand suka pedas dan kami akui masakan Thailand di sini memang pedas berasap, jadi semasa membuat pesanan tu bolehlah tanya pedas atau tidak, dan boleh minta mereka kurangkan tahap kepedasan tu. Penafian: tiada kedai makan yang sempurna, begitu juga dengan Areeya Seafood ini, apa yang menarik kami makan di sini kerana masakan Thailandnya yang jarang ditemui dan membuka selera, untuk masakan lain boleh cuba rasa dan nilai sendiri. Areeya Seafood 2019 Kami datang lagi untuk tahun 2019 ini dan iki kemaskini senarai harga dan menu masakan di Areeya Seafood yang terbaru. Sekadar ...

Geleng-geleng

Imej
12 Disember 2018, 20:50, Rabu Nor Aina duduk makan apa benda entah Mommy bagi sambil main geleng-geleng kepala. Seronok sangatlah gamaknya tu. Ketika ini kami sedang makan malam di Areeya Seafood [ peta ] lagi, kali ini makan nasi goreng ikan masin dan nasi goreng biasa bersama air suam. Ketika ini Nor Aina berusia 1 tahun 9 bulan 22 hari. Malam ini Aina tidak dibenarkan berjalan-jalan di sekitar kedai makan Areeya Seafood ini sebab ramai orang duduk merokok menghembus asap rokok macam naga. Tidak pedulikan orang lain tak suka bau asap rokok mereka, dan paling sedih tak peduli ada kanak-kanak kecil atau bayi di sekitar mereka. Macamlah mati kalau tak hisap rokok sekejap dalam kedai makan tu.

Singgah Makan di Borak-Borak D'Garden Salak Tinggi

Imej
Kawan Mommy kata ada kedai makan yang sedap di Salak Tinggi berhampiran Hijau Bistro dan Hotel Bary Inn. Master pun dengan yakin mencilok masuk ke simpang selepas Petronas Salak Tinggi Master dah lama agak ada kedai makan di sana cuma dari luar ia tak berapa kelihatan kerana kedudukannya yang agak terlindung oleh tebing tanah yang agak tinggi. Master pesan Mi Kari. Mi Kari yang dipesan agak mewah dengan bahan-bahan seperti bebola ikan, kek ikan, sayur, dan ayam. Karinya juga pekat, cuma apa yang agak mengganggu Master adalah dia berasa seperti mi kari itu banyak bahan perisa. Master berkata sedemikian kerana dia mengalami simptom sendawa seperti selepas dia makan mi segera. Tapi mungkin telahan itu silap, tubuh badan sendiri, masing-masing yang tahu. Wallahu'alam.   Mommy pula pesan Nasi Goreng Borak-Borak. Mommy kata rasanya biasa-biasa saja, Mommy pun boleh masak, tapi bahan-bahannya still mewahlah. Suasana Dalaman yang Selesa Suasana dalam Borak-Borak D'Garden ...

Popular