Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hafizh Syahrin Abdullah

Air mata ayah jadi pembakar semangat saya - Hafizh

Imej
Sangat mengejutkan, itulah yang mampu Tedi komen mengenai prestasi Hafizh Syahrin di perlumbaan MotoGP Sepang. Dia bermula dari petak ke 21 dan kemudian di pusingan pertama telah memintas ramai pelumba untuk menduduki posisi ke-12. Akhirnya Hafizh Syahrin berjaya menduduki tempat ke-10. SEPANG - Tangisan ayah sebelum perlumbaan serta nasib malang yang menimpa rakan senegara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Hafizh melakukan 'sujud' sebagai tanda syukur di atas kejayaannya menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Gambar Bernama Tatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejaya...

[t19g11] Razlan yakin Hafizh kekal bersaing kejuaraan dunia

Agak mengecewakan apabila mendapat berita KTM Tech3 telah menawarkan kontrak kepada Brad Binder untuk berlumba mewakili kumpulan KTM Tech3 pada tahun 2020. Ini bermakna pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3. Tahun ini tahun yang malang buat Hafizh Syahrin setelah beralih daripada motosikal Yamaha kepada motosikal KTM. Bukan dia sahaja, malahan Johann Zarco pun tak beraksi baik setelah bertukar motosikal. Dikatakan motosikal KTM ni tidak mesra penunggang sebagaimana motosikal Yamaha. Salah satu kelemahannya adalah susah ambil selekoh. Selain itu rekaan tempat duduknya juga dikatakan punca penunggang sukar mengawal motosikal KTM, terutama pelumba bertubuh kecil dari Asia. Apa-apa pun bos Hafizh Syahrin lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya. Malangnya dia tak mahu beri peluang lagi kepada Hafizh Syahrin. Tedi harap pasukan mereka akan kalah selepas ini!   KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah masih mempunyai ruang untuk beraksi di Kejua...

Prestasi Hafizh Syahrin buat Poncharal berang

Imej
Bos pasukan Tech 3 KTM, Herve Poncharal mengakui dia berang dengan prestasi Hafizh Syahrin pada MotoGP Argentina. Syharin mengalami detik sukar beralih daripada motosikal Yamaha M1 yang ditungganginya pada tahun lepas kepada motosikal KTM RC16 yang digunakan pada tahun ini, dibuktikan dengan penampilan buruk dalam aksi pertamanya menunggang motosikal KTM itu di MotoGP Qatar apabila Hafizh Syahrin bukan sahaja menduduki tempat terakhir, tetapi ditinggalkan sejauh 20 saat oleh pelumba di hadapannya. Detik 20 saat adalah satu tempoh yang sangat lama dalam perlumbaan motosikal MotoGP. Pelumba yang berasal dari Malaysia itu mengaku bahawa dia tidak yakin untuk memaksa motosikal KTM RC16 tersebut, menyebabkan Hafizh syahrin menduduki tempat terakhir dalam setiap sesi latihan di Argentina. Berkata kepada MotoGP.com ketika sesi latihan ketiga pada pagi Sabtu, Poncharal yang sebelum ini pernah mengkritik Hafizh Syahrin di Misano pada tahun lepas berkata, "Hafizh, ini adalah sesuatu yang su...

Hafizh Syahrin akan dapat swingarm karbon pada perlumbaan Jerman

khabarnya Hafizh Syahrin akan menggunakan swingarm karbon untuk perlumbaan MotoGP Jerman nanti. Kawan-kawan KTM-nya telah menggunakan swingarm karbon tersebut dan mula menampakkan kemajuan. Jika kawan-kawan tak tahu, penunggang motosikal jenama KTM bergelut untuk mendapatkan mata pada musim ini. Salah satu puncanya dikatakan rangka motosikal KTM ni keras dan tak sesuai untuk ambil selekoh. Diharapkan penggunaan swingarm karbon ni akan membantu penunggang motosikal KTM mengambil selekoh dengan lebih baik sekaligus membantu mereka mendapatkan mata kemenangan. Hafizh Syahrin will be the next recipient of the carbon fibre swingarm for his KTM RC16. The change will take place at the German MotoGP round in Sachsenring.   It’s no secret that Hafizh is finding it difficult to adapt to the KTM after his Tech 3 team switched over from Yamaha to the Austrian manufacturer. Hafizh is not alone in his suffering, though. His ex-teammate and two-time Moto2 champion Johann Zarco is also facing...

Hafizh gembira kuasa jentera KTM RC16

Imej
KUASA pecutan terbaik jentera KTM RC16 yang menjadi taruhan Tech 3 dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan menggembirakan pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah . HAFIZH teruja untuk terus menguji jentera KTM RC16 dan tekad bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik pada sesi ujian akan datang. Biarpun hanya sempat melakukan 20 pusingan pada sesi ujian pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin, namun ia sudah memadai bagi pelumba berusia 24 tahun itu merasai pengalaman pertama menunggang jentera RC16 itu. “Buat masa ini saya merasakan jentera ini sangat baik dari segi kawalan. Kuasa pecutan RC16 juga sangat hebat. “Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dan tidak sabar untuk terus menguji jentera ini selain bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang lebih sempurna,” kata Hafizh dalam satu kenyataan semalam. Pada musim 2019, Tech 3 akan menggunakan jentera KTM selepas menamatkan kerjasama selama 18 tahun den...

Popular