Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel seram la sangat

[T16E21] Bayangan Ketika Memandu

Imej
Tengah tunggu kereta dicuci di Car Wash 64. Di sini kereta dibasuh dalam bangunan, Proton Saga BLM upahnya RM 10 siap vakum, manakala bagi mini SUV upahnya RM13 termasuk vakum. Sambil tunggu layan blog kejap, tak tahu nak buat apa. Kiriman semalam mengenai kepulangan kami dari Bukit Mertajam telah menimbulkan beberapa persoalan apabila Tedi ada sebut tentang bayangan semasa memandu. Bayangan semasa memandu disebut juga "lintasan" oleh segelintir manusia atau mungkin juga istilah itu lebih popular di kalangan manusia. Apa yang selalu disebut orang adalah "ada benda melintas". Benda apa? Wallahu'alam.   Master mengalami "lintasan" Hal "benda melintas" ini adalah sesuatu yang dipandang sinis oleh Master sehinggalah dia mengalaminya pada suatu siang. Pengalaman pertama itu adalah pengalaman yang paling menyentak jantung sehingga terasa mahu luruh jantung dibuatnya. Pengalaman pada malam itu pula, adalah lintasan yang tidak menyentak jantu...

Terkejut Tedi ... Master buang tebiat.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Terkejut Tedi pada pagi ini. Apatah tidaknya? Master tiba-tiba sahaja merampas tablet Tedi sejurus sahaja dia sedar dari tidur. Tablet? Ya, tablet yang Tedi pernah ceritakan dalam  ASUS Nexus 7 : yeay Tedi dapat tab! . Komputer tablet : biasanya disebut tablet (dan ada pula yang singkatkan pula hanya kepada tab ), adalah peranti mudah alih, biasanya dengan sistem operasi mudah alih dan litar pemprosesan paparan skrin sentuh, dan bateri yang boleh dicas semula dalam satu paket, nipis dan rata. Tablet, sebagai komputer, melakukan apa yang dilakukan oleh komputer peribadi lain, tetapi mungkin tidak mempunyai kemampuan input / output yang dimiliki oleh komputer lain kerana ruang yang terhad. Tablet moden sebahagian besarnya menyerupai telefon pintar moden, satu-satunya perbezaan ialah tablet lebih besar daripada telefon pintar, dengan skrin 7 inci atau lebih besar ap...

Apa kena dengan lampu tu?

Apabila dalam perjalanan balik ke rumah, Master selalu memandu kereta menggunakan jalan pintas tu. Jalan itu memang agak suram dan dikelilingi belukar dan pohon-pohonan. Di pertengahan jalan tu ada 1 simpang tiga yang diterangi 1 lampu jalan. Apa yang Tedi hairan rasanya 3 kali Master bawa Tedi melalui jalan itu, 3 kali tu juga lampu tu akan padam sejurus kereta Master melepasi simpang. Tedi suarakanlah kehairanan ini kepada Master. Master hanya mendiamkan diri. 18th May 2013, 10:43 PM

Cahaya-Cahaya Aneh di Gunung Tahan

Imej
Tadi berbual dengan abang CK pasal pengalaman dia mendaki Gunung Tahan puluhan tahun dahulu. Tibalah pada satu bahagian ceritanya mengisahkan dia dan kawan-kawannya melihat cahaya-cahaya aneh menuju ke arah mereka. Pada waktu itu mereka sudah berada di bahagian tinggi Gunung Tahan, mereka sudah memasang khemah dan menyalakan unggun api. Mereka berkumpul di sekitar unggun api sambil berbual-bual dan minum teh. Jam pada malam itu menunjukkan jam 9 malam. Pada masa itulah mereka melihat ada cahaya di kaki gunung sedang mendaki naik menuju ke arah mereka. Mereka menyangkakan bahawa cahaya itu adalah daripada kumpulan pendaki yang baru sampai. Cahaya itu ada lima semuanya, dan ia bergerak dengan jelas ke arah mereka. Cahaya itu bukan cahaya torch light, ianya berada di kejauhan, tetapi ia besar. Mereka mula menyedari bahawa cahaya-cahaya itu bukan dari pendaki Gunung Tahan, kerana kelajuan pergerakan cahaya itu adalah pada kadar kepantasan yang mustahil untuk kumpulan pendaki menurut...

Elakkan lalui Sungai Besar waktu malam

Imej
Kami tiba di rumah Mak Long Ili lebih kurang jam 10:40 malam... Master memang gemar memandu pada waktu malam ke Sungai Besar. Jalannya kira bagus juga sebab ada empat lorong, dua lorong pada tiap hala, walaupun beralun dan senget sebelah pada sesuatu tempat kerana tanah mendap.

Popular