Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201602

Melaka Duck Tours di Melaka di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pengalaman Menaiki Melaka Duck Tours & Menghayati Keindahan Masjid Selat Isi Kandungan: • Masjid Selat di Melaka • Kenderaan Amfibia: Melaka Duck Tours • Pemandangan Bandar Melaka dari Selat Melaka Masjid Selat di Melaka Masjid Selat adalah sebuah masjid yang agak baru pada masa gambar ini diambil. Ia dibina di kawasan yang ditambak di pinggir Selat Melaka dengan konsep masjid terapung yang sangat unik. Masjid Selat Melaka dari kenderaan amfibia Melaka Duck Tours yang kami naiki. # 20160201 # Monday, 1 February 2016, 12:22 | Sony D2533 | Peta: Google Maps ↑ Kembali ke Kandungan Kenderaan Amfibia Bot Itik Melaka Duck Tours Tedi pun tak tahulah sama ada ini sebuah bot atau bas, dah macam kenderaan pengangkut askar pun ada. Tedi pandai-pandai je sebut ini kenderaan amfibia sebab ia boleh bergerak di darat dan di laut. Barisan tempat duduk dalam kenderaan amfibia Bot Itik berwarna kuning. # 20160201 # Monday, 1 Fe...

[t16b27] Pelawas? Macam tak sesuai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terserempak dengan Pelawas di Jalan Bangi-Dengkil... Selesai Tedi dan keluarga bermain badminton di Bangi, kami singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Jenderam-Bangi. Selesai makan Tedi ternampak sebuah kereta dengan perkataan yang agak menyentuh jiwa, yang berjaya memaksa Tedi mengambil gambarnya dengan bersembunyi dan membuatkan Tedi terfikir-fikir.... apakah Pelawas tu? bukan pasal ehem ehem ke? Apakah maksud perkataan "Pelawas"? Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh. Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dapat dicerna dan diserap. Dalam sistem pencernaan, pelawas akan menyerap cecair, mengembang lalu menambahkan isi padu dalam usus besar. Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan. Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit div...

[t16b07] Melancong ke Bukit Bendera Pulau Pinang Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar di sekitar Air Itam War Memorial Park ketika dalam perjalanan ke Bukit Bendera terletak berhampiran dengan bulatan Air Itam. Mengiukut pemahaman Tedi memorial ini adalah untuk mengingati pejuang negara China di luar negara China yang membantu perjuangan China ketika berperang dengan Jepun. Dikatakan di bawah memorial itu ada abu mayat pejuang yang memberi bantuan melalui jalan darat Myanmar - China kerana Jepun telah menyekat laluan pelabuhan. Memorial orang menolak trak itu pula simbolik kepada sukarelawan menghantar bantuan ke China.   # STESEN KERETAPI BUKIT BENDERA # JALAN STESEN BUKIT BENDERA 11500 AIR HITAM # PENANG HILL RAILWAY STATION # BAS PEKERJA # 搬到人间石氏智 政 # 50 # 恭贺新 # TERUS BERJUANG # Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Pulau Pinang # 福州民主行動健 # # Sunday, 7 February 2016, 13:07 # DSC_2711 # Sony D2533 # https://goo.gl/maps/NSruU1KbQ5kfsQMHA  # ...

[t16b23] Sambar kasut Brooks Ghost 7 di al-Ikhsan, Bangi

Imej
Setelah kenyang perut, kami cuci mata pula Selesai sahaja makan di Paramount Coffe , Mommy ajak kami melawat kawasan sekitar, maklumlah di kawasan itu terdapat banyak butik. Mommy juga kata dia ada nampak kedai barangan sukan al-Ikhsan Factory Outlet ada di sekitar ketika kami sibuk mencari petak letak kereta. Tanpa berlengah kami segera ke sana, dan apabila sampai sahaja di kedai sukan tersebut, kelihatan ramai manusia menyerbunya. Kedai itu ada 3 tingkat yang dibuka kepada pelanggan sempena jualan promosi tersebut. Tingkat pertama terletaknya longgokan kasut berlari, kasut futsal, dan bermacam-macam kasut. Tingkat 2 pula ada jual peralatan bola sepak dan futsal termasuklah jersi replika. Buat pertama kali Tedi melihat kasut bola keranjang yang turut diletakkan di tingkat tersebut. Tingkat 3 pula lebih banyak barangan futsal. Master turun ke tingkat 1 dan di sana dia berpusing-pusing meninjau kasut berlari dengan spesifikasi yang agak pelik iaitu tapak kasut berlari itu mestilah berc...

[t16b09] Melawat Rumah Pusaka di Sungai Bakau

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Setelah puas merayau di Pasar Kemboja Parit Buntar , kami meneruskan perjalanan pulang ke Sepang. Memandangkan Parit Buntar adalah berdekatan dengan kampung Tok Ayah, kami singgah sebentar di Kampung Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk melihat rumah pusaka peninggalan Nyang Shahidan. 2016-02-09 14:17 Selasa Rumah arwah Tok Penang di Sungai Bakau di Nibong Tebal di Pulau Pinang dikelilingi pokok kelapa sawit. Rumah asal adalah di bahagian atas. Bahagian atas depan yang kelihatan ada 3 jendela ini ialah ruang tamu yang boleh membuatkan 8 buah kelambu. Pada zaman kecil dulu, Master dan sanak saudara tidur dalam kelambu yang bersusun di ruang tamu rumah ini. Kena tidur dalam kelambu kerana ada banyak nyamuk disebabkan di belakang rumah ini dulu adalah sawah padi. Sony D2533 Kelakarnya hendak dijadikan cerita pada suatu malam Master dan Pak Cik Judin terpaksa tidur tanp...

[t16b06] Aktiviti malam di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar menunjukkan kemeriahan pusat urutan terutamanya refleksologi. Betul juga penat berjalan sakit kaki kalau dapat urut pun sedap juga. Perkhidmatan urutan yang ditawarkan ini sinonim dengan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. # DESIRE REFLEXOLOGY CENTRE 012-466 7882 017-485 6228 PERFUME HERBAL HONEY الغابات الدرية Foot RefCinet ogv TESIRE Herbal PUSAT KECANTIKAN DAN URUT KAK APARK, lifting facial, ear candling, body hot stone # Saturday, 6 February 2016, 21:44 # DSC09235 .JPG # SONY ILCE-5000 # 586-B, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang # Gambar kedai Ferringhi Batik dan Happy Mart semasa berjalan-jalan pada waktu malam di Ferringhi Pulau Pinang. Di sebelah kanan adalah gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan, macam pasar malam, tetapi lebih fokus kepada pelancong. Tempat ni kalau ikut peta sebelah pantai, tapi mungkin sebab kami tak tahu mana ...

T16B01 Hasil Beli-belah di Johor Premium Outlets

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Baiklah, kiriman ini sepatutnya pendek sahaja kerana ia untuk menjawab soalan Mummy. Bila beli purse berwarna krim berjenama Fossil? atau soalan Di manakah beli beg duit krim berjenama Fossil? Melalui carian di Google Photos dapat diketahui bahawa beg duit tersebut mungkin dibeli pada 20160131 di Johor Premium Outlets (JPO) ketika kami bercuti di negeri Johor Darul Takzim yang terletak di selatan negara Malaysia. Gambar ini diambil ketika kami bermalam di ZZZ Hotel, Plaza Mahkota, Melaka . Gambar barangan berjenama Fossil yang Mummy beli di Johor Premium Outlets pada 20160131 yang terdiri daripada jam tangan, beg tangan dan dompet. # Monday, 1 February 2016, 02:39 # 20160201 # DSC_2172 # Gambar diambil di OYO 44032 ZZZ Hotel Melaka # ~20160201~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

ZZZ Hotel, Plaza Mahkota, Melaka

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sampai di Melaka hampir jam 2 pagi Episod terjah Melaka pada jam 2 pagi dari Johor Premium Outlets . Sampai sahaja di sana kami melilau cari hotel. Nasib baik ada beberapa hotel bajet di sekitar bandar Melaka. Hotel yang nampak menarik pada kami pada masa itu adalah ZZZ Hotel . Alamatnya adalah No 21, Jalan Plaza Mahkota 5, Plaza Mahkota, Bandar Melaka , Malaysia . Ia adalah hotel dengan kategori hotel bilik, menawarkan harga murah untuk disewa. Ia menyediakan sarapan pagi berupa hidangan ringan seperti roti bakar dan kuih-muih. Ia mempunyai wifi, air-cond, dan juga TV. Sarapan ringkas yang disediakan ZZZ Hotel. Okaylah untuk alas perut dengan harga hotel bajet. # Monday, 1 February 2016, 11:24 # 20160201 # DSC_2211.JPG # Sony D2533 # Plaza Mahkota, 75000 Malacca # https://goo.gl/maps/7B9Q2MyVNq8pvYWA8 # ZZZ Hotel turut menyediakan wifi percuma kepada para pelanggannya. ZZZ Hotel adalah sebahagian daripada NIDA Rooms yang sediakan apl...

Mulut gatal natijah makan keropok

Imej
Kenapa mulut gatal setelah makan keropok ikan? Sedap je Tedi kunyah keropok ikan, sebelah kanan keropok lekor dari Terengganu, manakala sebelah kiri pula keropok ikan. Tapi itulah, semasa makan keropok lekor tiada masalah pun, sedap je, tapi semasa makan keropok keping, rasa gatal-gatal mulut. Gatal pun gatallah, Tedi tetap sambung makan. Selalunya apabila makan keropok gatal, Tedi akan kata ikan yang digunakan untuk pembuatan keropok tu jenis gatal. Tapi kemudian terfikir pula, ikan apa yang gatal? Bermain di fikiran, mungkin bukan salah ikan, tapi salah cara pembuatan keropok ikan itu sendiri? Mulut berasa gatal adalah tindakbalas alahan. Melalui bacaan awal, rasa gatal di mulut adalah salah satu tanda alahan, jadi mungkin Tedi alah kepada ikan-ikan tertentu? Selain alahan disebabkan jenis-jenis ikan tertentu, yang mana Tedi tiada masalah makan ikan segar, tindak balas alahan boleh disebabkan oleh pengambilan ikan yang buruk atau dah busuk. Tedi percaya fakta yang kedua itu ...

Corak Permainan Kedah FA Pada ialah Tiki-Taka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sejak mula mengendalikan Kedah Tan Cheng Hoe faham benar apa yang diingininya. Dia mahu setiap pemainnya memberi fokus kepada aspek penguasaan bola pada setiap perlawanan kerana ia akan membuka peluang lebih besar untuk mereka membina gerakan dan memburu jaringan. Sebab itu, kata Cheng Hoe, sejak mula lagi dia menekankan gaya hantaran-hantaran pendek di atas padang. "Kaedah itu juga diambil sebab kami tidak mempunyai ramai pemain tinggi lampai.  "Dengan hantaran pendek, pemain lebih mudah menerima bola dan tidak kehilangannya dengan mudah," katanya kepada Malaysiakini. Kedah menjadi antara pasukan tumpuan pada musim ini kerana beberapa faktor. Satu daripadanya ialah kerana status mereka sebagai naib juara Piala Malaysia 2015. Kemampuan skuad Helang Merah juga dikagumi ramai. Bermain di Liga Perdana, Kedah muncul membawa cabaran besar dan menumbangkang satu demi satu lawannya untuk tiba di perlawanan akhir Piala Malaysia d...

Popular