Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pembersih hampagas (vacuum cleaner)

T21G19 Tersilap Pandang Rendah iLife V55 Pro

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan :  Setelah Setahun Bersama ,  iLife v55 Pro adalah sebuah robot ,  Direka untuk tidak terjun ,  Boleh lap lantai ,  Tidak terlalu bising ,  Muat masuk ke bawah katil dan almari ,  Ada saja habuk dikutip iLife v55 Pro ,  Musuh iLife v55 Pro , Jangan pasang berus pada sisi yang salah , Beli Alat Ganti iLife v55 Pro , dan Kesimpulan . Banyak versi pembersih hampagas ( vacuum cleaner ) yang telah Tedi gunakan. Ada yang jenis berwayar, ada tanpa wayar. Ada yang besar gedabak, ada yang halus. Ada yang bagus dan ada yang mengecewakan. Apabila Mummy kata dia beli pembersih hampagas robot iLife v55 Pro, Tedi hanya memandang sebelah mata. Sedangkan pembersih hampagas yang lebih besar pun kadangkala tak mampu membersihkan rumah kami dengan senang, apa yang pembersih hampagas bersaiz kecil dan leper ini mampu lakukan? Setelah Setahun Bers...

Pembersih hampagas dan pam tayar kereta jenama COIDO

Imej
Malam ini Tedi nak kongsikan mengenai satu produk yang kami beli di Mr. DIY iaitu pembersih hampagas dan pengepam tayar 2-dalam-1. Harganya jika tak silap memang bawah RM  60. Master beli sebab ia 2-dalam-1, boleh guna untuk sedut habuk dan juga pam tayar. Kami beli alat pembersih hampagas merangkap pam tayar kereta ni di kedai Mr DIY di Mesamall di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di Malaysia pada 9 Jun 2018 atau 10 Jun 2018, nak kena periksa Google Maps untuk tahu bilakah kami ke sana, lupa pula, hihihi. Ciri-ciri produk 6023 Coido  |  Lokasi Mesamall Bandar Baru Nilai Setakat ini produk COIDO ini beraksi baik apabila membantu kami mengepam tayar kereta Subaru XV yang bocor di Kelantan, sempatlah untuk sampai ke bengkel kereta yang berdekatan, tetapi produk COIDO ni tak berapa bagus menyedut habuk, atau boleh dikatakan kami tak gunakan langsung untuk membersihkan kotoran dalam kereta. Teks: 2 in 1 DC 12V vacuum cleaner and tire inflator. COIDO. Item# 6023. Lok...

Popular