[t21e01] Tiga Hari Berturut-turut ke Bangi Gateway
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sinopsis Hari ini kami berkereta ke banyak tempat juga: Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy. Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke apartment Pantai Permai untuk cari karipap sedap. Ke Segambut untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke Bangi Gateway untuk tukar songkok Aidan . Makan malam di D Asria Garden Cafe. Tedi kongsikan apa yang mampu je dulu. Lain kali Tedi tambah lagi.y Hari ke-3 di Bangi Gateway Erm, hari Khamis sudah ke sini. Semalam pun ke sini ambil baju raya Master dan Aidan yang tertinggal di kedai seluar, Mummy beli songkok Aidan tanpa kehadiran Aidan yang berada di taska. Hari ini terpaksa kembali ke Bangi Gateway lagi untuk tukar songkok Aidan kerana tidak muat kepalanya. Besar juga kepala Aidan tu ya. Gelagat YB kecil Aidan sedang melawat kedai menjual p...