Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201711

[t17k05] Malam ini makan nasi

Imej
Refleksi Produktiviti & Nutrisi: Kadangkala, produktiviti kerja sampingan terjejas bukan kerana malas, tetapi kerana kurangnya sumber tenaga yang tepat. Dalam dunia kerjaya fleksibel atau side hustle , menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance) serta pemakanan yang seimbang adalah kunci utama untuk kekal fokus. Cuaca terasa hangat. Membuatkan badan semakin tak berupaya. Perut yang kempis berbunyi minta diisi. Saat tenaga terasa semakin tiada. Dua malam masa berlalu. Kerja sampingan bergerak perlahan. Terkadang terasa seolah tiada berkembang. Ku merenung dua hari berlalu. Apakah silapku? Sehingga terasa kehabisan semua tenaga? Adakah kerana amalan diet yang tidak menentu? Jika tidur yang terganggu, rasanya sudah diqada semalam yang lalu. Malam ini aku memutuskan. Perut perlu diisi. Bukan dengan mi atau roti. Tetapi dengan nasi makanan ruji. Moga malam ini akan bertenaga semula. Saat kedinginan cuaca dua hari berlalu kelihatan tiada datang...

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Adakah persoalan ini pernah bermain dalam minda anda para pengguna Kad Touch 'n Go? Bolehkah reload Touch 'n Go secara online? Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u? Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe. sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go? Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa? Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka pe...

Perbezaan di antara @Component, @Service, @Controller, dan @Repository dalam Spring Framework

Sebelum mengetahui perbezaan di antara @Component, @Service, @Controller, dan @Repository annotations dalam  Spring framework , adalah penting untuk kita memahami peranan @Component annotation dalam Spring. Pada permulaan Spring, semua beans diisytiharkan dalam satu XML file. Ia agak berserabut dalam projek besar dan Spring mengetahui masalah ini. Pada versi seterusnya Spring memperkenalkan annotation-based dependency injection dan Java-based configuration. Sejak Spring 2.5 annotation-based dependency injection diperkenalkan di mana Spring bean diimbas dan didaftarkan secara automatik menggunakan @Component annotation pada class. Ini bermakna tidak perlu lagi isytiharkan bean menggunakan tag <bean> dan inject dependency, sebaliknya semuanya dilakukan secara automatik. Fungsi ini dihidupkan dan dimatikan menggunakan tag <context:component-scan>. Apa @Service, @Controller, and @Repository annotation buat? Mereka adalah bentuk khusus buat @Component annotat...

Kenapa Air Laut Masin?

Imej
Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin? Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan? Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin. Garam di lautan datang dari batu-batuan di daratan Air hujan yang meresap ke dalam daratan mengandungi  karbon dioksida yang diserap daripada udara. Ia menyebabkan air hujan sedikit berasid disebabkan oleh  asid karbonik   (dikenali juga sebagai asid udara) yang terbentuk daripada gabungan air dan karbon dioksida. Berlaku satu tindakbalas kimia di sana yang kira-kiranya lebih kurang air + karbon dioksida = asid karbonik . Apabila air hujan ini meresap ke dalam batu-batuan, asid di dalamnya akan melarutkan batu tersebut. Proses ini akan menghasilkan ion, iaitu partikel...

[t17k30] Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford. Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol. Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.   Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh. Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lal...

[t17k19] Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Imej
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan. Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara. Kambing Bakar atau Kambing Grill Kambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut. Aiskrim Gulung Memang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula. Thailand-Malaysia Food Fest Pesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan. Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan. Somtam dan Tom Yam Ais Cream Kelapa Original Thailand Pelbagai Jenis Kerabu Orang Thailand memang popular dengan pelbagai jenis kerabu. Paling ...

[t17j29] Masalah VW POLO Highline

Imej
Kereta VW yang paling bermasalah di kalangan pemilik kereta VW adalah kereta VW Jetta . Namun ia diekori rapat oleh  Volkswagen Polo , walaupun kereta VW Polo telah dipilih sebagai kereta terbaik dunia pada tahun  2010 (World Car of the Year). Semua pemilik kereta VW Polo Tak kiralah sama ada edisi lama 6n Polo atau 9N3 Polo classic 1.6 atau 2.0L Highline , atau kereta terbaru Polo Vivo 1.4 Trendline , atau kereta hatchback 1.4TDI Highline atau kereta sedan 1.5TDI Comfortline , atau kereta hatchback 1.2TSI Highline , atau  Polo BlueMotion  atau Polo GTI , atau CrossPolo , juga Polo 6R , sama ada kereta manual atau auto, pemilik kereta VW Polo akan mengalami sebahagian atau kesemua masalah yang akan Tedi senaraikan di bawah pada satu masa atau ia akan berturutan dari satu masalah ke masalah yang lain. Seorang pemilik VW Polo 2.0L Highline secara peribadi telah mengakui mengalami kebanyakan masalah tersebut dan dia mengatakannya adalah satu masalah biasa keran...

Lukisan Rumah Di Tepi Sungai

Imej
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai. Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai. Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi. Lukisan Rumah Di Tepi Jeram Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit. Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut. Sumber: lukisanindo.com Lukisan Rumah Barat Berhampiran Sungai Lukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai. Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ...

[t19d18] Tawar RM1.6 bilion beli Newcastle

Imej
LONDON: Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar £300 juta (RM1.647 bilion) untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United, menurut laporan media British hari ini. Jika berita ini benar maka ia adalah berita gembira bagi para penyokong Newcastle United yang telah muak dengan pengurusan Mike Ashley. Beberapa media termasuk BBC, berkata firma kewangan milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners sudah membuat tawaran kepada pemilik Newcastle, Mike Ashley  (gambar) . Newcastle masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan. PCP Capital Partners dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle mengenai potensi pengambilalihan sejak beberapa minggu lalu. Usahawan pakaian sukan, Ashley mengumumkan dia mahu menjual kelab itu pada Oktober selepas 10 tahun mengetuainya, membayar £134.4 juta pound (RM738.03 juta) untuk membeli Newcastle pada 2007. Jutawan berusia 53 tahun dari London itu membuktikan dia a...

Klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Klinik Nur Qaseh adalah salah sebuah klinik yang pernah kami kunjungi di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi untuk dapatkan rawatan buat Aina. QK27 Gambar sofa di ruang menuggu di Klinik Nur Qaseh Salak Tinggi. # Monday, 27 November 2017, 21:11 # 20171127 # DSC_9252.JPG # 1-43, Jalan Bunga Raya 2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # https://goo.gl/maps/9QFnpSMeVQDrsho99  # Gambar kaunter bayaran dan kaunter ubat di Klinik Nur Qaseh. # Monday, 27 November 2017, 21:12 # 20171127 # DSC_9254.JPG # Sony D2533 #   CLINIC NUR QASEH OPERATION HOUR: MONDAY-FRIDAY 9:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 10:30AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) SATURDAY-SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY 10:00AM - 11:00PM DOCTOR AVAILABE: 11:00AM-6:00PM (MORNING SECTION) 6:30PM-11:00PM (NIGHT SECTION) # Saturday, 2 December 2017, 11:49 # DSC_9298.JPG # Sony D2...

T17K11 Tiada Pari-pari Jahat, yang jahat hanya kita

Imej
Wow!!! Sambil kelip-kelip mata sikit jangan nampak ada air mata... Hihihi.. Ini Kali kedua Tedi tonton filem Syurga Yang Tidak Dirindukan . Tedi tak pernah rasa filem ni adalah sebuah filem sedih. Gambar para pelakon wanita Syurga yang tidak dirindukan. Tapi tadi pada part si Nadia anak Patresya buat persembahan barulah Tedi perasan dalam persembahannya itu ada satu mesej yang sangat mendalam dan mengusik perasaan Tedi. Dia kata bahawa di dunia ini tiada pari-pari baik atau pari-pari jahat. Yang jahat adalah kita kerana kita asyik dalam kebahagiaan sehingga kita tak perasan penderitaan orang lain. Penderitaan mereka itu membuat mereka menjadi jahat. Jika kita saling membahagiakan nescaya tiada kejahatan di dunia ini. Pari-pari :  dewa atau roh perempuan yang elok rupanya.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Ayatnya itu sungguh dongeng sebab tajuk persembahannya itu ialah Dongeng Madani . Tetapi ia ada kebenarannya. Tekanan hidup mungkin akan memaksa seseorang untuk mela...

T17K21 Kedah FA hancurkan hati pemain-pemain

Imej
Kegagalan Kedah FA bertanding dalam Piala AFC tahun depan merupakan tamparan hebat kepada pengurusan Kedah FA. Dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Setiausaha FAM Dato Hamidin tempoh hari pasti meranapkan dan menghancurkan hati setiap peminat-peminat Kedah apatah lagi pemain-pemain Kedah sendiri kerana Piala AFC adalah tempat mereka ingin menguji kemampuan diri sendiri dalam pertandingan tertinggi anjuran AFC. Bola Kedah FA   Setelah mengharungi saingan Liga Malaysia yang mencabar dan telah berusaha bersunguh-sungguh untuk mengekalkan prestasi akhirnya bersedih dengan pengumuman yang dibuat FAM. Sudah pastilah mengundang rasa kecewa jurulatih Kedah,  Nidzam Adha akibat daripada keculasan dan kecuaian dalam pengurusan pentadbiran Kedah FA kerana gagal menghantar laporan audit kepada FAM. Inilah gambaran sebenar sikap segelintir pengurusan dalam pentadbiran persatuan bola di negara kita yang hanya pentingkan diri sendiri dan mungkin mereka bukan seikhlas hati untuk ...

Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4

Imej
Gambar kolaj Aina semasa menerima rawatan nebulizer kali ke-4 Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas. Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru. Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali. Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer , kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut. Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula. Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma. Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil. 20171127

Nor Aina bayi 8 bulan 20 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Lama Tedi tak jenguk interpretZZ ni setelah diberi kritikan oleh penganalisa Google bahawa interpretzz ini tiada kandungan. Apa maksud tiada kandungan? Ada 1000 lebih kiriman dalam interpretZZ ni... takkan tiada kandungan kot? Ada pendapat yang menyatakan bahawa blog interpretZZ ini terlalu banyak gambar berbanding teks seperti kesukaan Google. Ah pedulikanlah, suka hati Tedi lah nak kirim apa pun... Tedi nak bina interpretZZ ni untuk masa depan, supaya senang tengok balik gambar-gambar Aina dan ahli keluarga yang lain nanti. Sudah tentulah Tedi ada album peribadi yang boleh dikongsi kepada keluarga secara peribadi namun ia tiada cerita di mana, bila, peristiwa apa dan sebagainya. Gambar kolaj yang dijana Google Photos iaitu gambar Nor Aina semasa dia masih lagi seorang bayi berusia 8 bulan dan 20 hari. Gambar ini dirakam di Kota Warisan di Sepang di...

Tukang Urut

Wow. selama Tedi hidup ni Tedi belum pernah jumpa perkongsian mengenai urutan seperti rencana ini. Ia memang berbaloi untuk dibaca dan moga jadi teladan buat kita. Mummy ada pengalaman tragis dengan kisah mengurut ni. Sebelum sepupu Mummy meninggal dunia, arwah kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala, dirawat sehingga boleh pulang ke rumah, dan kemudian dibawa mengurut di bahagian tersebut sehingga pendarahan berlaku semula. Ada orang kata itu hanya asbab, ajalnya memang macam tu, tapi kita perlulah elakkan sebarang perkara yang membahayakan diri kita tanpa keperluan. Apa-apa pun sila baca rencana menarik di bawah. Mengurut, massage, myotherapy RAMAI  juga pesakit saya bertanyakan berkenaan mengurut. Adakah boleh diamalkan atau tidak? Istilah english disebut massage, manakala bahasa perubatan disebut myotherapy. Bagi saya, tiada masalah besar pesakit mendapatkan khidmat tukang urut. Urutan urat luaran boleh melegakan badan, membantu hilangkan kesakitan ibarat seperti gosok. N...

Punca Kucing Alami Batu Karang

TINGKAH laku kucing Parsi bernama Johnny itu tampak gelisah. Selang lima minit, ia akan masuk ke tandas untuk membuang air kecil dan mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan rutin tersebut. Pemiliknya, Engku Mardziyah Che Engku Khaidzir , 37, bercerita, kadangkala setitis dua air kencingnya berciciran di lantai. Si bulu berwarna jingga kemerahan berusia empat tahun itu juga tidak lincah bermain seperti biasa. “Johnny merupakan kucing yang manja dan sangat rapat dengan saya. Mendengar cara ia mengiau, saya tahu ia menghadapi masalah atau berasa tidak selesa. “Pada mulanya, saya bawa Johnny ke klinik veterinar dan ia diberi ubat pelawas kencing. Namun, tiga minggu kemudian, masalah itu kembali berulang. “Pada suatu hari, saya panik apabila menyedari perut Johnny kelihatan kembung dan terus menghubungi pihak Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia kerana situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Hasil...

Popular