Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala Malaysia 2018

KFA rehatkan Nidzam Adzha

Imej
ALOR SETAR 17 Ogos - Akhirnya pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merehatkan Ketua Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff ekoran prestasi pasukan Lang Merah yang tidak memberangsangkan dalam saingan liga musim ini. Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, keputusan itu dibuat hasil satu mesyuarat pengurusannya petang tadi. Katanya, Penolong Ketua Jurulatihnya, Azzmi Aziz akan memangku jawatan tersebut sehingga tamat saingan Unifi Piala Malaysia. “Beliau (Nidzam) akan diberikan beberapa tugasan lain sehinggalah kontrak tamat. “Pihak pengurusan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat Nidzam Adzha di atas sumbangan khidmat dalam menerajui pasukan menjuarai Piala FA dan Naib Johan Piala Malaysia pada musim 2017,” katanya di sini hari ini. Mohd. Nidzam Adzha dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan Lang Merah pada April lepas setelah pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote direhatkan KFA juga ekoran prestasi merudum Lang Merah ...

Kedah atasi MIFA 3-2

Imej
KEDAH  mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi MIFA 3-2 pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, pemain tengah MIFA, Beomgeun Bae mencuba dari luar kotak penalti pada minit ke-3 namun mudah diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid . Liridon menjaringkan dua gol buat Kedah. Kedah membalas serangan menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-9 namun lepakan leretnya terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Muhaimin Mohamad. Pada minit ke-15, L Iman Seydi hampir meletakkan MIFA di hadapan namun percubaannya terkena tiang tuan rumah. Gol yang diburu MIFA akhirnya muncul pada minit ke-27 menerusi Sherman yang menolak masuk hantaran cantik Bae untuk kedudukan pelawat di hadapan 1-0. Pelawat berpeluang menjarakkan jurang  kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Sherman dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Nurfiqrie Abdul Talib. Bagaimanapun Abdul Hadi berjaya menyelam...

[t18i14] Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

Imej
FINALIS  Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini. Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah. Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini. Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu. “Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh. “Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidu...

Taktikal bertahan jerat Kedah

Imej
KOTA BHARU – Pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah gembira apabila corak permainan bertahan pasukannya berjaya memerangkap Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) dalam aksi sulung Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam kelmarin. Sambil mengakui perancangan diatur cukup menjadi, Yusri berkata, barisan pemainnya beraksi mengikut taktikal diarahkan sehingga menggagalkan hasrat skuad Lang Merah mengutip mata penuh di laman sendiri. “Kita harus berterima kasih dengan corak bertahan yang kita amalkan sekali gus menidakkan Kedah daripada menjaringkan gol dalam 90 minit. Saya juga rasa bangga kerana walaupun Kedah beraksi cukup mantap namun kita masih dapat kutip mata. Pemain Kelantan, Muhammad Syaiful Alias melakukan percubaan yang sekadar diperhatikan pemain Kedah, Mohd Syazwan Zainon (tengah) dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi sulung peringkat kumpulan Piala Malaysia di Alor Setar, malam kelmarin. - Foto : Ahmad Zaki Osman “A...

Lang Merah terbang tinggi di Darul Aman

Imej
ALOR SETAR - Kedah mempamerkan rentak sebenar apabila menjinakkan JDT 3-1 pada aksi kelima Kumpulan C Piala Malaysia 2018 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. Kedah berjaya berada di hadapan 1-0 seawal minit ke-6 menerusi gol Sandro Da Silva hasil sepakan sudut Baddrol Bakhtiar. Safawi Rashid memburu gol pada m-9 namun sepakan lencongannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kedah, Abd Hadi Abd Hamid. Liridon (kiri) dan Sandro (dua kanan) masing-masing jaring gol untuk Kedah. Penyerang muda JDT itu berjaya menjaringkan gol pada m-18 namun dibatalkan oleh pengadil, Mohd Zohri Tajuddin berikutan ofsaid. Pelawat terus mengasak kubu tuan rumah dan melakukan percubaan menerusi Fernando Marquez namun ditampan oleh Abd Hadi menggunakan kakinya pada m-28. Usaha berterusan JDT membuahkan hasil apabila Marquez akhirnya menyamakan kedudukan 1-1 pada m-36 hasil lorongan cantik Safawi. Kedah kembali di hadapan 2-1 dua minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi Akhyar Rashid yang...

Popular