[t19c16] Aina Nak Adik? Kisah Cari Katil Bayi di Mamakiddies Alam Nusantara
Info Kedai Barangan Bayi: Mencari car seat atau katil bayi di Shah Alam? Pengalaman melawat Mamakiddies di Alam Nusantara untuk melihat kelengkapan bayi secara terus sebelum membeli. Isi Kandungan: Lawatan ke Mamakiddies Shah Alam Barangan dijual atas talian Katil Bayi untuk Adik Aina Jelajah Kedai Mamakiddies Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam. Alang-alang ke sana, kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor . Walaupun di tingkat 3, kedai barangan bayi Mamakiddies ni ada lif, jadi jangan risau terpaksa memanjat tangga. Siapa nak panjat tangga beli barang ya tak? Tedi pada mulanya agak gusar apabila tahu kedai barangan bayi Mamakiddies ni terletak di tingkat 3, mahu Tedi kena tolong Master angkat barang nanti, sebab siapa nak dukung Aina pula turun tangga? Itupun kalau dia nak didukung, selalunya...