Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _kisah_master_

[t16i07] Hantaran RaFID

Imej
Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan buat Master kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga. Project Manager sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati. Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan. Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Master mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit. Selain itu Master juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM. Oh sedapnya kalian...

[t14a29] 3 pemergian yang tidak dijangka

Imej
Sekembalinya ke Malaysia dari Padang, Indonesia... Master dikejutkan dengan 3 pemergian. Semua makhluk akan merasai mati, dan matilah dengan diingati segala bakti.  http://www.kl-today.com/2011/07/pemergian-dr-lolo-amat-dirasai/ Pertama, jiran setaman perumahan kami meninggal dunia pada petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami pendarahan dalam kepala. Arwah merupakan penduduk pertama yang meninggal dunia di taman ini. Kedua, bapa kepada teman sepejabat Master juga meninggal dunia... kebetulan juga di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. Ketiga, pemergian Ustaz Harun Taib juga pada hari Sabtu. Ustaz Harun telah pergi, semoga ada generasi yang mampu menjadi ganti.   http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=119042:pkr-ucap-takziah-pemergian-ustaz-harun&Itemid=2#axzz2ri8VGf5z Semoga Allah merahmati roh mereka semua. Al-Fatihah. ******* 29 Jan 2014, 20140129

Tamat temuduga di JVCo

Imej
Alhamdulillah. Master telah selesai ditemuduga petsng tadi untuk satu jawatan di JVCo. Keputusannya masih belum diketahui tapi penemuduga nampak agak tertarik dengan pengetahuan teknikal Master. Cuma malangnya Master tidak bertanya lebih lanjut tentang syarikat baru yang masih belum diketahui identitinya itu. Bakal bos Master (jika Master terpilih) juga menyatakan Master akan termasuk dalam batch pertama jika dipilih.

Popular