Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel suntikan imunisasi bayi

[t18c19] Nor Aina ambil suntikan 1 tahun di Klinik Kesihatan Salak & Dilema Susu Formula

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat. 14:30 - Di Klinik Kesihatan Salak Kami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun. Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini akibat nafas berbunyi. Berat Aina 6.8 kg (Timbang tanpa buka baju) Tinggi Aina 69 cm (Sempena umur setahun) Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak. Dilema Susu: Bakteria vs Harga Kami beli susu tepung formula Nestlé NANKID OPTIPRO langkah 3 seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50 . Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NANKID OPTIPRO ni dikatakan ada bakteria. Masalah...

[t19i13] Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan

Imej
Mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Salak berdua sahaja. Nasib baik Aidan duduk dengan baik dalam car seat. Master ada team building di Melaka . Temujanji ini adalah untuk suntikan 3 bulan Aidan, tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Aidan dah nak masuk 4 bulan. Banyak cuti pada hari Isnin sedangkan giliran taman perumahan kami di Klinik Kesihatan Salak ialah pada hari Isnin sahaja. Nasib baiklah Mak Lang Yan sudi menjaga Aina di rumah. Umur Aidan pada masa ini ialah 3 bulan 15 hari. Mummy kata Aidan okay je dalam car seat, cuma dia akan menangis semasa kereta berhenti. # Friday, 13 September 2019, 15:25 # 201909131525 # DSC_9313 # Sony G3226 # 20190913

[t18i24] Aina Suntik Setahun 6 Bulan

Imej
Semalam Aina terima suntikan untuk bayi berumur satu tahun enam bulan. Suntikan itu diambil di Klinik Kesihatan Salak. Kami ke sana pada waktu petang, bertolak dari Bangsar South sekitar jam 1:30 petang dan sampai di klinik pada jam 3:30 petang. Kami singgah di RnR Nilai untuk membolehkan Mummy menunaikan solat Zuhur. Nanti susah pula nak bergilir menjaga Aina jika Mummy dan Master tunggu solat di klinik tersebut. Sebelum disuntik, Aina sungguh galak, termasuklah memukul anak orang, menggigit bayi, memanjat kerusi, menjerit tak payah ceritalah. Selepas disuntik Aina menangis tak boleh berjalan, padahal yang disuntik ialah lengannya.   Tilam toto sampai Petang semalam juga GDex hantar tilam toto yang Mummy beli. Tujuan beli tilam ni supaya dapatlah Aina tidur di bawah kalau tidur di atas katil takut dia jatuh katil pula. Tedi panggil tilam toto kerana ketebalannya tidak setebal tilam biasa tetapi tidak pula senipis toto. Toto ni bukan toto judi tu tapi benda yang dijadikan a...

Popular