Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _Islam_

Ucapan di antara Allah & Nabi Muhammad S.A.W.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master cerita pasal Israk Mikraj tadi, dia dapat daripada khutbah minggu lepas. Cerita Master tu boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk:  Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala  |   Allah subhanahu wa ta'ala menyambut dengan ucapan salam  |   Kemudian Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam ucap salam lagi & tak lupa salam untuk hamba2 Allah yang soleh sekali  |  Komen Tedi pasal 3 ucapan tahiyyat ni:  |  Rujukan: Rupa-rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta'ala. 3 ucapan itu ialah: Ucapan Nabi Muhmmad sollallahu 'alaihi wassalam kepada Allah subhanahu wa ta'ala "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yg baik-baik semuanya untuk Al...

[t14b04] Kira Bilangan Zikir Menggunakan Ruas Jari Tangan Kanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sebelum ni Master ada reka satu cara kira zikir guna jari, namun apabila terlihat gambar ini, ternyata ianya sungguh bijak! Master selalu terlupa bilangan zikir yang dibaca dan selalu Master kata, "Tak kisah berapa bilangan pun asalkan baca." Tetapi tak seronok juga jika tidak tahu bilangan zikir kerana macam tiada sasaran yang ditetapkan. Kemudian Master menampilkan teknik kiraan zikir guna jari mengikut kaedah beliau sendiri namun tetap tidak berapa membantu kerana cara kira zikir guna jari yang diperkenalkan beliau tidak mencukupi 33 bilangan, menyebabkan Master masih perlu mengingati bilangan zikir. Sehinggalah Tedi menunjukkan gambar cara berzikir guna jari ini kepada Master, dia kata, "Sungguh cerdik!" Master berkata sedemikian kerana kiraan zikir menggunakan jari tangan kanan kaedah Rasulullah S.A.W ini cukup-cukup 33 kali , sekaligus mengelakkan Maste...

Doa untuk ibu bapa

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka kedua-duanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Niat Solat Jenazah Dewasa, Kanak-Kanak, dan Ramai

Imej
Koleksi niat solat jenazah dalam tulisan rumi dan jawi untuk panduan kita semua. Ejaan rumi membantu kita memahami lafaznya tetapi lebih baik berniat dalam Bahasa Melayu jika kita benar-benar tak arif perihal niat dalam Bahasa Arab. Niat Solat Jenazah Kanak-kanak Lelaki "Sengaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala" Niat rumi solat jenazah kanak-kanak lelaki : "usolli ala hazal mayyitil tofli arba'a takbiratin fardol kifayati imama / ma'muman lillahi ta'ala"

Masalah Wakaf dan Hukum Faraid

Imej
Bapa saudara saya ada membeli sebidang tanah. Saya memohon skim Rumah Mesra Rakyat atas namanya tetapi bayaran bulanan rumah tersebut dibayar sepenuhnya oleh saya. Dia dan saya merancang untuk mewakafkan tanah dan rumah tersebut jika dia, isterinya atau saya meninggal dunia nanti. Saya tidak berminat memiliki rumah dan tanah itu. Jika bapa saudara membuat wasiat mewakafkan tanah tersebut, apakah ia salah dari segi hukum faraid? Bagaimanakah wasiat dapat dibuat bagi memudahkan hasrat bapa saudara dan saya untuk mewakafkan tanah dan rumah itu?  - Anak Saudara, Kedah. Ustaz Kazim Elias:  Dalam hal ini, anda perlu memerhatikan dari sudut berbuat kebaikan atau ihsan. Tanah adalah milik bapa saudara anda dan ini bermakna jika dia meninggal dunia, maka anak dan isterinya berhak mendapat pusakanya termasuklah tanah tersebut. Jika dia ingin mewakafkan tanah tersebut kepada pihak lain maka hendaklah dilihat dari sudut wasiat iaitu tidak boleh mewasiat harta kepada pihak lain melebihi sa...

Kedudukan sewaktu sujud

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Kedudukan kedia-dua kaki yang betul dan salah semasa sujud. Jari kaki wajib dilipat.   Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, Pegawai Agama, Istana Negara.   ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

R.I.P? Maksud dan komen seorang pakcik

Imej
Hari ini terbaca komen seorang pakcik mengenai ungkapan "Rest in Peace". Maksud R.I.P Rest in Peace ini selalunya ditulis R.I.P atau RIP. Maksud ayat Rest in Peace ini boleh dirujuk kepada Wikipedia seperti di bawah:   Rest in Peace adalah ungkapan berima yang memohon keamanan dan kerehatan kepada seseorang yang telah mati. Ungkapan ini biasanya dijumpai pada kubur Katolik. Walaupun dikaitkan dengan Kristian, ia dikatakan berasal daripada Judaism dengan ungkapan asal daripada bahasa Hebrew.   Ungkapan "come and rest in peace" pula telah digunakan dalam doa kaum Talmudic dalam campuran Hebhrew dan Aramaic. Ia digunakan sehingga kini dalam perayaan orang Yahudi.   Terdapat perbezaan dalam sudut keamanan itu, ada yang kata keamanan selepas mati hanya kepada roh, ada kata hanya kepada fizikal & ada yang kata kepada kedua-duanya kerana roh dan fizikal akan bergabung kembali selepas mati.    Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace Seorang p...

Gambar Klasik Masjidil Haram di Makkah al-Mukaramah

Imej
Ini adalah koleksi gambar lama Masjidil Haram yang Tedi terima melalui email. Saja Tedi masukkan dalam interpretZZ ni semoga dapat Tedi tengok kembali pada masa akan datang. Masjidil Haram adalah masjid di Makkah yang di dalamnya terdapat Kaabah yang menjadi kiblat buat umat Islam. Ia adalah salah sebuah daripada 3 masjid teragung umat Islam selain Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa. Gambar Kaabah lama versi hitam putih diselubungi dengan kelambu Kaabah berwarna hitam. Tedi tertanya-tanya bangunan apakah yang berhampiran dengan Kaabah tersebut? Pada zaman sekarang sudah tidak kelihatan bangunan itu. Bagus juga kerana ia mencemari penampilan Kaabah. Gambar orang sedang bersolat di sekeliling Kaabah. Kelihatan bangunan-bangunan di kawasan bukit-bukau di sekitar Masjidil Haram.   Gambar ini seperti kawasan Masjidil Haram dilanda banjir. Mungkin sukar bagi kita untuk menggambarkan bagaimana Makkah dan Kaabah boleh banjir sedangkan ia berada di kawasan padang pasir? Namp...

The Quran Project (6 foto)

Imej
The Quran Project yang Tedi maklum merupakan projek dakwah melalui pemberian terjemahan al-Quran percuma. Bila Tedi tunjukkan gambar2 ini kepada Master, dia hanya diam. Tidak berubah. Tidak pernah diubah. Billion yang membacanya. Berjuta yang menghafaznya. Pernahkah terfikir, kenapa? Berbeza sungguh mentaliti Muslimin Malaysia dengan muslimin di luar negara. Kalau boleh muslimin di sini mahu "sembunyikan" al-Quran supaya mereka sahaja "memilikinya". Kemudian apabila pihak-pihak tertentu membawa maksud terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia, mereka dihentam dengan kutukan karut-marut, mencalar imej Islam sendiri. Bukannya Tedi sokong mereka yang membawa masuk Bible Melayu tu, cuma dakyah sepatutnya dilawan dengan dakwah. Omongan ditentang dengan ilmu. Tapi Tedi percaya yang Muslimin Malaysia hanya bising2 membantah itu, tidak melalui hujah atau debat ilmiah, kerana kurang ilmu. Ilmu al-Quran tu pun mungkin hanya di takuk lama. Malaysia perlukan lebih ramai Zakir...

Kisah Nabi Zakaria lewat dapat anak dalam Al-Quran

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Salah satu kisah Nabi yang mengharukan Tedi ialah kisah Nabi Zakaria alaihissalam Sebab apa? Sebab baginda adalah seorang Nabi Allah tapi baginda tidak dikurniakan anak sehinggalah baginda sudah tua . Anak baginda adalah Nabi Yahya alaihissalam yang Tedi pernah baca nama Yahya itu bermaksud hidup kerana lewatnya Nabi Zakaria alaihissalam mendapat anak. Seorang Nabi lewat menerima anak, bersabar dan berdoa, redha dengan rezeki diberi Allah mungkin supaya kisah ini menjadi panduan kepada kita semua. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam lewat dapat anak ini diungkapkan beberapa kali melalui beberapa surah dalam al-Quran. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Maryam Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah al-Anbiyaa'   Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Cerita bermula dengan Nabi Zakaria alaihissalam men...

QS: Jaminan Allah terhadap keamanan Tanah Suci

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Surah al-Ankabut (Labah-labah), 67 - 69: merdeka.com: Pandangan udara di tanah suci Mekkah usai perayaan idul adha   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Mekah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman ; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh)? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah? (67)  Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya . Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (68) Dan orang-orang yang berusaha dengan bers...

Posisi imam makmum dalam solat jemaah

Imej
Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam. Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya. Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan. Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi. Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji. Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita bagaimana cara solat jemaah sebagai makmum.   Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com Gambar di atas menunjukkan susunan saf solat berjemaah dalam beberapa keadaan iaitu apabila jemaah mengandungi bilangan jemaah seperti berikut Dua orang lelaki Seorang lelaki & seorang wanita Dua orang lelaki ...

Tazkirah Subuh 29 Ramadhan

Imej
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi .  Masjid al-Muhajirin Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha? Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda:  takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari,  manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat. Eidil Fitri VS Jumaat Mandi sunat Mandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri. Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat. Solat Solat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah. Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah ...

Golongan yang dibenci

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hadith ke-25 daripada buku "101 Rekreasi Hati". Daripada Abdullah bin Umar radhiallahu anha, Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam bersabda yang bermaksud:   " Tiga golongan yang tidak dipandang Allah subhanahu wa ta'ala pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak, dan orang yang suka menyebut pemberiannya. " (Riwayat al-Hakim)   Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah subhanahu wa ta'ala. ~20130603~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Perisian komputer: Koleksi Hadith Bukhari, Muslim, Malik dan Dawud oleh Imaan Star

Imej
Snapshot perisian koleksi hadith Bukhari, Muslim, Malik, dan Dawud oleh Imaan Star ( http://www.imaanstar.com/hadith.php ) Imaan Star merupakan sebuah laman web yang menyediakan perisian komputer, e-book, dan multimedia percuma untuk dipindah turun oleh umat Islam khususnya. Semua aplikasi ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Semoga ianya akan memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat. 20130603

Jangan dedahkan aurat anda.

Imej
Pakailah pakaian yang sesuai ketika solat. Ada manusia yang solat dengan memakai baju yang singkat atau ketat, dan apabila mereka ruku' atau sujud, aurat mereka terdedah. Apatah lagi ada lelaki yang suka memakai seluar londeh! Apabila sujud nampak boxer ! Nasib baik nampak boxer ! Tu pun dah meloyakan jemaah di belakang. Ada lagi teruk yang terdedah lurah punggung... eeei... kekadang Tedi pelik kenapa manusia sebegini ada? Bagaimana mereka ni boleh dikatakan cukup hebat kerana berjemaah namun tak jaga tatacara solat berjemaah? Jika aurat terdedah lebih daripada masa yang diambil untuk mengucapkan Subhanallah sebanyak 3 kali, solat anda terbatal. Selain itu elakkan pakaian yang mengganggu jemaah lain contohnya pakaian dengan gambar-gambar atau tulisan. Bagi lelaki pula, elakkan pakai seluar atau pakaian yang melebihi buku lali.  20141112

Popular