Mommy mula kenali jus alpukat ni mungkin semasa kami bercuti ke Padang, Indonesia. Jus alpukat atau alvokado ini tentunya dibuat daripada buah alvokado yang dikisar bersama ais, susu dan coklat cair (bukan cair di mulut atau cair di tangan, memang coklat cair. Semenjak hari kejadian, Mommy rajin membuat jus alpukat ini... Bezanya jika di Indonesia, kekelatan alvokado itu terasa, jus buatan Mommy lebih manis. Bagi Tedi, jus alpukat ini yang istimewanya sebab rasa kelatnya itulah. Malam ni Mommy buatkan lagi, dan memang nyaman diminum dalam cuaca panas pada waktu malam ini. Tedi sungguh mengantuk, sakit badan, dan mahu lelapkan mata. Insya-Allah jika terjaga awal, Tedi akan kerjakan kerja sekolah yang bertimbun itu... *** Peringatan buat diri yang selalu lupa *** Surah MARYAM Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. (27) Hai...