Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan cari makan (food and beverage)

[t16f21] Yee Mee Kari di Mydin USJ

Imej
Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ.  Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge. Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni? Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni. Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90. Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula. Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenangan. Harap-harapnya dia nak ikutlah. Gambar Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90. Gambar set Ikan Bawal Goreng Berempah 20160621 19:19

[t17b26] HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

[t17b05] Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut. Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi. RSMY buka dari jam 5 petang Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang. Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apab...

[t14g31] Restoran Naimah Adik-Beradik

Imej
Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat. Ralat: sebenarnya ada hentian rehat di Lebuhraya Timur Barat tetapi pada waktu malam dalam suasana gelap gelita dan sunyi mungkin tidak dibuka atau kami yang tidak perasan kehadirannya dan jika perasan pun adakah kami akan berhenti? Mungkin tidak. Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang , di mana sebelum meniggalkan Kota Bharu kami sempat singgah di  Kedai Serbanika ECO . . Restoran Naimah Adik Beradik KM 5.2 Jalan Raya Timur Barat, Bandariang, Gerik, Perak, Malaysia.   Kelihatan banyak kereta berhenti di sini menandakan kedudukan kedai makan ini amat strategik bagi pengguna Lebuhraya Timur Barat.   20140731

[t20i13] My Place Cafe at Kunci Air di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Prolog Semuanya bermula apabila Master berjaya  install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut, kerana Master tak puas hati kenapa tiada pantai di Sungai Besar, sedangkan ia terletak berhampiran laut? Salah satu lorong yang kami terokai membawa kami ke sebuah kedai makan di tepi laut berdekatan kunci air. Kedai makan itu dinamakan My Place Cafe at Kunci Air, rupa-rupanya adalah sebuah kedai makan terkenal di dalam Google Maps yang boleh dikatakan tempat menarik di Sungai Besar Selangor. Banyak gambar dan review mengenai kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni dalam Google maka tak perlulah Tedi mengarut sangat, pandai-pandailah baca dan terima ya. Lokasi Kami kepilkan Streetview kedai makan My Place Cafe at Kunci Air tersebut, gam...

[t17k19] Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Imej
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan. Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara. Kambing Bakar atau Kambing Grill Kambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut. Aiskrim Gulung Memang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula. Thailand-Malaysia Food Fest Pesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan. Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan. Somtam dan Tom Yam Ais Cream Kelapa Original Thailand Pelbagai Jenis Kerabu Orang Thailand memang popular dengan pelbagai jenis kerabu. Paling ...

Saffana's Bamboo Rice & BBQ

Imej
 Tak pernah Tedi sangka boleh jumpa nasi buluh di Cyberjaya ni.   Malam ni kami singgah ke Affin Islamic Bank  cawangan  Shaftbury Square di Cyberjaya untuk bayar hutang kereta melalui mesin deposit tunai di sana. Kemudian selepas selesai urusan bayar hutang kereta tersebut, Mommy kata nak ke Tea Live . Tapi dalam perjalanan ke kedai minuman TeaLive tersebut tiba-tiba sahaja Mommy nampak restoran nasi buluh . Nama restoran tersebut adalah Saffana's Bamboo Rice & BBQ . Ia menawarkan hidangan Malaysia dan Arab . Contoh menu adalah seperti nasi putih dengan ayam bakar, pelbagai hidangan penyet, ada hidangan nasi arab, ada juga grill , ada juga pasta. Besar betul gelas air suam, barulah puas minum air.    Gambar nasi buluh dengan ayam bakar. Mommy kata nasi tu lembut. Sup kosong pun sedap juga. Nasi Mendy Lamb pun tak kurang sedapnya cuma rasa herbanya kuat. Mommy kata kambingnya sedap. Jumlah harga hidangan kami ialah RM 40 setelah dibundarkan kep...

[t16f26] Best sangat ka pau cendawan Putrajaya ni?

Imej
26-Jun-2016 17:43 Tengah beratur nak beli pau cendawan di Bazaar Ramadhan Putrajaya. Punyalah ramai manusia beratur nak beli pau cendawan ni, Tedi tak tahulah berapa ratus meter kami kena beratur. Ini sebab Mommy nak rasa pau cendawan yang heboh di media sosial tu. Kalau ikutkan Tedi, sesedap mana pun kalau kena beratur macam ni,  rela Tedi tak rasa. Tak rugi pun tak rasa sebab kita takkan pernah tau rasanya,  jadi tidaklah rasa rugi sangat. Baru sahaja tokay pau cendawan tu darang,  dia kira ada berapa orang tengah beratur dalam barisan yang macam ular keba palu ni. Dia kata terhad 3 biji pau untuk sekeluarga, dan Tedi termasuk dalam mereka yang boleh dapat pau cendawan tu untuk petang ni. Nak cerita panjangnya barisan ni,  ia melangkau 3 deretan gerai.  Tak boleh nak ceritalah,  kalau rakam video baru nampak kot. Harga Pau Cendawan Putrajaya Tak tahulah berapa harga pau cendawan 3 biji tu,  tapi kalau setakat untuk benda yang boleh ditelan tak...

[t19b14] Warung Jenderam Impian

Imej
Gambar warung yang kami singgah pada waktu pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Makanannya sedap dan tidak membosankan. # Warung Jenderam Impian # sarapan pagi : nasi lemak berlauk, mee goreng, bihun goreng, lontong, kuih-muih # sedia menerima tempahan, no telefon 016-7660420 # mee sup utara, bihun sup utara, nasi ayam penyet # gambar dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A pada 14 Feb 2019 jam 08:02 pagi hari Khamis # 20190214-080251 # 20190214 # 201902  

[T18E22] BALQIS Restaurant Ayer@8

Imej
Selepas sahaja kami membeli-belah barangan bayi untuk Nor Aina di Manjaku Baby Mall Putrajaya , kami ke Presint 8 untuk cari kedai makan atau restoran untuk berbuka puasa. Mommy cadangkan makan di Balqis Restaurant. Mommy kata di restoran tersebut ada nasi arab. Memang kami pun mahu mencuba makan nasi arab di restoran kedai nasi arab di sekitar Putrajaya Cyberjaya selain Saba yang selalu kami singgahi. Memandangkan kami tidak biasa di Presint 8, kami berpusing-pusing jugalah di sekitar Ayer@8  tu. Tujuan utama adalah nak cari surau. Mula-mula kami tanya security guard tapi hampas sungguh kerana mereka tak fasih Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tak tahulah mereka upah syarikat mana untuk sediakan khidmat kawalan keselamatan di sana. Akhirnya dengan bantuan seorang pakcik di luar sebuah kedai, Master dapat juga mencari surau yang jika ikut panduan Pakcik tu berbunyi, dari Marrybrown nampak Omar Ali, dan di belakang Omar Ali tu ada tangga naik ke surau. Master pada mulanya t...

Makan di Fizo Mawar Kitchen

Imej
Ke Klinik Sonotron Tawakal Jumaat, 20180323, sekitar jam 7 malam. Kami terus bergerak menuju Seksyen 8 Bandar Baru Bangi kerana ada temujanji dengan Klinik Sonotron Tawakal pada jam 9:30 malam. Waze membawa kami melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di susur Kajang. Dari plaza tol Kajang ke Bandar Baru Bangi tidaklah jauh. Kemudian kami menuju ke Petronas seksyen 7 di Bandar Baru Bangi kerana Master nak menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai solat Maghrib, kami mula mencari kedai makan untuk disinggahi. Banyak kedai makan untuk disinggahi, tetapi pada waktu itu sudah 8 malam, dan masa sudah suntuk untuk menepati temujanji rawatan Aina di Sonotron Tawakal Bangi. Nasib baik ada beberapa kedai yang sederet dengan Sonotron Tawakal tu walaupun jaraknya agak berjauhan tetapi kurang-kurang dalam kawasan yang sama, tidak perlu keluar ke jalan besar jika mahu ke Sonotron Tawakal. Jika RSMY Bangi dalam kawasan yang sama mahu sahaja Master mengulang makan nan cheese meleleh di sana .   ...

Popular