Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kedai makan

[T21H27] Contoh Nama Kedai Makan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mencari nama kedai makan unik sudah tentu adalah salah satu ciri-ciri ketika mahu memberi nama kepada perniagaan kedai makan kita. [Kandungan] Kata Kunci untuk Nama Kedai Makan Contoh nama kedai makan Kata Kunci untuk Nama Kedai Makan Tetapi nama kedai makan unik sahaja tidak memadai, patut kena ada kata kunci yang menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan iaitu kedai makan yang selalunya terdiri daripada : perkataan yang menampakkan jenis kedai , perkataan yang menampakkan jenis makanan yang dijual, perkataan yang menunjukkan peralatan memasak sebagai kiasan, perkataan berkaitan perbuatan atau pengalaman yang sesuai dengan aktiviti makan, nama bahan untuk memasak (walaupun tiada kena mengena dengan menu) Contoh kata kunci nama kedai makan berasaskan jenis makanan ialah: ayam golek budu kari (curry) gulai gulai kawah kuey teow laksa mi (mee) nasi ayam nasi kandar nasi kerab...

[t11l11] Sehari di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka. Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur. Sambil makan kenduri kita boleh pergi jalan-jalan beriadah di Tasik Titiwangsa ini. Ini adalah pengalaman pertama kami sekeluarga ke Tasik Titiwangsa, sebagai keluarga, kalau sebagai orang bujang tu mungkin dah banyak kali sebab Master dulu selalu berlari-lari anak di sekitar Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini. Maka, silalah layan koleksi gambar di bawah ya... Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa Antara hiasan yang ada termasuklah sampan kayu dan peralatan nelayan tradisional seperti lampu minyak tanah, bubu,jaring dan lain-lain # Sunday, 11 December 2011, 13:53 # 20111211-kenduri-yati-TM (9).JPG # Canon EOS 500D #   Gambar ke-14 adalah gambar plak perasmian Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa yang menceritakan siapakah yang merasmikan pe...

[t22a26] Pertama Kali Gunakan e-Dompet Malaysia MAE untuk Bayar Makan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park. Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50. Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank. Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas. Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit d...

[t19b14] Warung Jenderam Impian

Imej
Gambar warung yang kami singgah pada waktu pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Makanannya sedap dan tidak membosankan. # Warung Jenderam Impian # sarapan pagi : nasi lemak berlauk, mee goreng, bihun goreng, lontong, kuih-muih # sedia menerima tempahan, no telefon 016-7660420 # mee sup utara, bihun sup utara, nasi ayam penyet # gambar dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A pada 14 Feb 2019 jam 08:02 pagi hari Khamis # 20190214-080251 # 20190214 # 201902  

Pelancaran Logo ISD, dan singgah di Ikan Bakar Sri Tanjong

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pelancaran Logo Jabatan Master Hari ini merupakan satu sejarah bagi jabatan di mana Master bekerja kerana mereka melancarkan logo jabatan mereka buat pertama kali. Logo ini direka oleh kawan sepasukan Master dan terpilih untuk memenangi pertandingan mereka logo jabatan tersebut. Singgah makan di kedai makan Ikan Bakar Sri Tanjong di Bentong Singgah makan di kedai makan Ikan Bakar Sri Tanjong ketika dalam perjalanan balik kampung ke Kelantan. Kami bergerak pulang terus dari pejabat Mummy dan Master di Kuala Lumpur sebaik sahaja mereka habis kerja.  # Friday, 30 December 2016, 20:56 # 20161230 # DSC_6774-COLLAGE.jpg # Sony D2533 # Ikan Bakar Sri Tanjong # 012-7111305 # 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang # https://goo.gl/maps/hxH8wtyeNMD872W4A  # ~20161230~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Makan-makan di Secret Recipe, CBD Perdana, Cyberjaya

Imej
Malam tadi ikut Mommy dan Master makan-makan di sebuah cawangan Secret Recipe di Cyberjaya. Suasana dalaman Secret Recipe CBD Perdana Cyberjaya. Baca kiriman ini kerana ada cerita kawannya hampir termakan besi di Old Town Coffee:  Cyberjaya’s Old Town Coffee and Secret Recipe. Kami makan-makan di sana kerana Mommy nak makan Japanese Soba . Datang pelayan nak ambil pesanan. Mommy pesan Japanese Soba dan Master pesan Spageti Aglio Alio , lebih kurang macam tu lah namanya, kurang periksa pula Tedi. Tiba bahagian minuman pula. Mommy pesan plain water . Pesan air pun cakap omputeh. Giliran Master pula. "Teh tarik ada?" , tanya Master tanpa melihat senarai minuman yang ada. Bagi Master kedai makan Malaysia wajib ada teh tarik. Kalau tiada, sila pergi berniaga di negara lain. "Errr?" , si pelayan terkedu. "Abang ni, order elok-elok la." , Mommy pula menyanggah pesanan Master itu. "Betullah ni!" , tegas Master. Akhirnya Master...

Warung Che Lan, Taman Seroja, Sepang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Warung Che Lan adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia. Master pada awalnya hanya minum sahaja di ketika mendobi di Laundrybar Taman Seroja . Master mula makan atau membeli makanan di Warung Che Lan ni pada hari raya Aidil Fitri 2019 apabila kebanyakan kedai makan lain di Bandar Baru Salak Tinggi ni masih tutup bercuti. Ketika itu Mummy sedang berpantang di Kelantan setelah selamat melahirkan Aidan . Rezeki mereka, sejak itu kami mula membeli makanan di sini melalui panggilan telefon. Mereka tidak menghantar makanan, tetapi boleh tempah melalui panggilan telefon untuk jimatkan masa. Sampai sahaja di sana terus ambil makanan dan balik. Nombor telefon Warung Che Lan terbaru: 011-3703 7951 Nombor telefon pada menu makanan terbaru kedai makan Warung Che Lan Tom Yam Kelapa. Kamarul : 018-3731016, Lan: 018-3945433. # Thursday, 9 July 2020, 21:48 # IMG_20200709_214847.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # http...

Restoran Barra di Bangi di Selangor di Malaysia

Imej
Balik dari Pump on the Go, kami singgah makan di Restoran Barra sebab Mak Su Izzati kata makanan di sana sedap. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik Tak sia-sia rupanya makan di Restoran Barra ni. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik. Lauk kambing tu pun sedap, Tedi tak pasti masak apa? Mungkin kari kambing kot... lupa nak periksa namanya. Tedi rasa Roti Nan Cheese Mozarella di Restoran Barra ni lebih baik berbanding Roti Nan Extra Cheese di Restoran RSMY Bangi . Nan Cheese Mozarella dengan ayam tandori kari kambing di Restoran Barra Bangi. # Sunday, 15 September 2019, 18:56 # 20190915 # EFFECTS.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # XQ66+RH Bandar Baru Bangi, Selangor # KakP Pisang Cheese  Selain itu ada juga jualan oleh KakP Pisang Cheese di mana kami beli Pisang Keju dan Pisang Coklat. Rasanya sedap tapi makan sekali-sekala bolehlah kerana Tedi lebih sukakan pisang goreng biasa. Pisang Goreng Cheese KakP ni dituang susu pekat...

Full Laa Mak Cafe Taman Seroja BBST

Imej
Pengenalan Full Laa Mak Cafe adalah sebuah kedai makan di Taman Seroja yang sediakan masakan panas. Tedi selalu silap eja nama kedai makan ni jadi Fulamak Cafe. Kedai makan ni menyediakan menu yang namanya pelik-pelik. Tapi jika anda nak makan masakan biasa saja boleh terus tanya tuan kedai. Full Laa Mak Cafe selalunya menjadi pilihan terakhir Master apabila kedai makan lain tutup. Ini adalah kerana liputan rangkaian telefon Celcom di sini tidak kuat. Sizzling Yee Mee Tak sangka pula ada Sizzling Yee Mee dalam menu masakan di sini walaupun kuahnya mungkin tidak sesedap sizzling yee mee yang Master pernah makan di kedai lain. 20 Aug 2018 22:02 | IMG_20180820_220225_HHT.jpg | 9.7 MP | 4160 × 2340 | 536 KB | Redmi Note 5A | ƒ/2.2 1/13 3.79 mm ISO3200   Peta lokasi Full Laa Mak Cafe

Popular