Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201412

Tak jadi terbang ke Kota Bharu | 20141226

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Rakyat Malaysia Umumnya Mengetahui Bencana Banjir yang Sedang Dahsyat Melanda Negeri Kelantan Darul Naim Gambar suasana banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu di negeri Kelantan di negara Malaysia. Garaj dan padang sekolah ditenggelami air. Kronologi Keputusan dan Situasi Semasa di Lapangan Petang tadi, sekitar jam 3.30 petang, Mommy sepatutnya terbang ke Kota Bharu (Kelantan) dari KLIA 2 . Manakala Master pula akan menyusul usai kerja pada jam 8.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang . Mommy petang tadi hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas, menunggu di luar pintu sambil menanti berita terkini daripada keluarga di Kelantan . Akhirnya Mommy memilih untuk tidak menaiki penerbangan tersebut kerana Jambatan Sultan Yahya Petra telah ditutup dan Pasir ...

[t14l07] Malaysia kalah kepada Vietnam?

Imej
Semalam Malaysia kalah dengan Vietnam, 1-2 dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama di Stadium Shah Alam. Okay la, adat permainan, ada menang, ada kalah. Tapi ada pula penyokong Malaysia ni yang sibuk nak mencetuskan huru-hara. Relax la bro, hero memanglah kalah awal. Tunggu sahajalah keputusan perlawanan kedua nanti. Sedih betullah tengok keadaan sebegini, kerana ia mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi perlancongan untuk melihat panda (ada kena mengena ke?). Gambar penyokong pasukan Vietnam yang ketakutan kerana mengalami gangguan daripada penyokong Malaysia semasa pasukan Vietnam menang ke atas Harimau Malaya. Tak cekal betul hati penyokong Malaysia tu baru kalah sikit nak mengamuk. Kalau tak nak kalah baik tak payah sokong bola sepak la, biasalah tu menang kalah seri adat permainan bola sepak. Perempuan bolehlah mereka kacau. Memalukan kaum penyokong bola sepak Malaysia sahaja, inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.     Mengenai pemain Mal...

[t14l20] Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
  Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu. Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu. Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan. Lukisan Komen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam. Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya. Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing. Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas k...

[T14L07] Bersua Tok Moh

Imej
Bersua Tok Moh di TM Fan Run Satu memori yang terakam dalam benak fikiran Tedi adalah saat Tedi bersua Tok Moh ketika kami menyertai acara Team Malaysia Fan Run. Bomoh? Eh.. bukan Tok Bomoh... tapi Tok Moh. Tok Moh ni Tedi tak kenal sangat, tapi Tedi perasan muka dia ni dalam televisyen apabila ada acara sukan melibatkan kontijen Malaysia, muka dia akan masuk televisyen sama. Tengok sahajalah pakaiannya menunjukkan betapa patriotiknya beliau! Masa kami duk mengintai Tok Moh ni dari kejauhan kerana segan nak interframe , berpusu-pusu orang ramai nak ber-foto dengan beliau... cumanya kalau Khairy Jamaluddin dikelilingi gadis-gadis, Tok Moh pula dikelilingi jejaka-jejaka yang tentu sahaja mengkagumi semangat kesukanan beliau. Make your mark Team Malaysia Fan Run. Gambar seorang pelari lelaki berjersi merah putih yang mengambil kesempatan bergambar bersama Tok Moh semasa pesta larian TM Fan Run. Gambar para peserta larian memakai jersi Team Malaysia yang tidak melepaskan kesem...

Bolehkah Harimau Malaya menewaskan Vietnam?

Imej
Selamat berjuang Harimau Malaya! Gambar poster perlawanan semi final AFF Suzuki Cup di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014 jam 8:45 malam. Harga tiket kanak-kanak ialah MYR 10 (sepuluh Ringgit Malaysia) dan harga tiket dewasa ialah MYR 40 (empat puluh Ringgit Malaysia).   Esok, para Harimau Malaya akan berjuang menaikkan nama Malaysia dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 . Jika Harimau Malaya bermain seperti ketika mereka menentang Thailand , Tedi percaya kita ada peluang untuk menang. Namun jika mereka bermain seperti ketika menewaskan Singapura 3-1, mungkin kita akan kecewa. Kerana dalam perlawanan tersebut ternyata bahagian tengah kucar-kacir dengan hantaran bola yang selalu terkandas atau terlepas kepada pihak lawan. Selain itu pihak penyerang pula sering naik ke atas bersendirian, dan seolah-olah kelam-kabut untuk terus menghantar bola atau menendang bola tanpa menunggu kawan-kawan tiba untuk memberi sokon...

Adakah lembu minum susu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Apabila Tedi ditanya soalan ini, dengan spontan Tedi menjawab "Ya!" http://azwandengkil.com/jalan-jalan-di-sabah-part-3 Namun setelah membaca beberapa bahan bacaan berkaitan lembu, maka jawapan yang diperolehi agak klise. Lembu tidak minum susu, sebaliknya hanya anak lembu minum susu . Apabila lembu telah makan rumput, ia akan kurang bergantung kepada susu. Majoriti lembu akan bercerai susu setelah mencapai usia 9 minggu. Setelah bercerai susu, lembu seperti kebanyakan haiwan mammalia lain akan kehilangan keupayaan untuk menghadamkan susu . Manusia pula sebahagiannya mempunyai keupayaan untuk menghadamkan susu dalam diet harian setelah bermutasi. Anak lembu sangat memerlukan susu ibunya untuk hidup. Lembu dewasa pula mungkin akan muntah jika minum susu , selain membina lemak dalam badan mereka. ~20140612~ jika kiriman ini berman...

Please dont take, customer order

Imej
Terharu melihatkan kesungguhan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan apa yang termampu. Pada jam 11:00 pagi semalam, kami menjemput Pak Long dan Mak Long yang baru sahaja tiba dari Kelantan melalui penerbangan menaiki kapal terbang  FireFlyz di Lapangan Terbang Subang (FireFlyz Subang) . Kemudian kami segera ke MYDIN USJ untuk membeli sedikit barangan keperluan untuk disedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan. Sampai di MYDIN, kami mengalas perut terlebih dahulu. Ada satu kedai yang jual nasi lemak (Tedi tak ingat nama kedai) nyata mengecewakan apabila nasi gorengnya hangit. Selepas makan kami menuju tingkat 3 di MYDIN USJ tersebut yang meletakkan barang-barang yang dijual pukal \ borong. Kami beli setakat 2 kotak biskut tawar, kain pelikat, kain sarung dan 1 kotak sabun Antabax. Kali ini untuk kain-kain, kami memilih kualiti berbanding kuantiti kerana pada masa musibah sebegini tentunya bilangan barang yang diperlukan amat banyak. Ramai rupanya yang memborong b...

Balik atau tak balik?

Imej
Dilema betul memikirkan di antara kehendak dan keperluan... Hari ini di pejabat Master rata-rata manusia berbicara mengenai kepulangan ke kampung yang dilanda musibah banjir. Mereka akan pulang dengan membawa barang-barang keperluan terutamanya makanan. Selain itu ada juga yang mengumpul derma untuk membantu kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir. Kami pula masih berkira-kira hendak pulang atau tidak? Kerana tiket kapal terbang sangat mahal. Jika hendak beli yang murah, tentu saja pada hari yang agak tidak sesuai. Boleh saja beli tiket yang mahal itu, dengan harapan kepulangan kami nanti akan berbaloi. Tapi kadangkala terfikir juga jika harga tiket itu disalurkan kepada saudara-mara yang menjadi mangsa. Alternatif lain mungkin sahaja pulang dengan kereta tapi dengan jalan yang rosak selepas banjir, ia agak merbahaya... Tedi berasa, baiklah pulang sahaja, kurang-kurang menjenguk keluarga, walaupun Tok Ma melarang kerana bekalan air bersih tiada di sana. Kalau Master dapat cuti...

Popular