[t14e24] Pesanan buat diri
Kau kebuntuan namun tidak keseorangan Kau punya jalan, namun tidak ketemukan Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa Jalan itu tidak semestinya lurus Ia kan ada persimpangan, punya halangan Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan. Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya Maka bahagikan ia sebaiknya Manusia takkan pernah faham Maka jangan kau harap belas ehsan mereka Kerana hakikat manusia melihat hasil Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu Tetapkan niatmu Dan berserah kepada Illahi. Dia Maha Penentu. Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut. Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya. Cuma mungkin...