Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puasa

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Selamat bersahur daripada Irfan

Imej
Hai semua, Irfan ucapkan selamat bersahur. Sahur jangan makan banyak-banyak sangat, jangan banyak makan makanan bergoreng nanti haus, kurangkan juga minuman berkafein dan minuman manis. \(^^,)/

Menu Sahur Corn Flake dengan Madu

Imej
Adus... tak larat rasanya perut Tedi ni untuk sahur sebab buka puasa makan banyak gila. Berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant Sumber gambar: AMBER Chinese Muslim Restaurant Ramadan Buffet @ Nexus Bangsar South Semalam kami berbuka puasa di Amber Chinese Muslim Restaurant [ lokasi ] di Nexus Bangsar South . Tedi bantai makan macam-macam sebab nak jadikan harga RM 34 untuk sajian buffet tu berbaloi buat Tedi. Tedi makanlah kebab daging, sotong bakar, cendawan sedap, udang goreng, dan yang paling banyak Tedi bantai ialah Mi Tarik sebab tak pernah makan. mang sedap Mi Tarik di sana tapi ia ada banyak jenis, yang satu jenis tu Tedi tak gemar sangat sebab kuah dia macam sup. Mi Tarik yang Tedi gemar tu kuahnya pekat. Akibat dek perbuatan Tedi yang semberono itu kesannya masih terasa sampai ke sahur pagi ni. Sendawa pun masih ada kesan rempah-ratus Mi Tarik semalam. Hakikatnya Tedi adalah di antara puak yang memboikot berbuka puasa secara buffet ni tapi semalam ada function deng...

Guna Inhaler Semasa Puasa

Imej
Saya mempunyai penyakit lelah dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya berpuasa, jika saya berpuasa, adakah puasa saya sah? Azie, Jasin. Jawapan daripada Ustaz Haslin Baharim: Walaupun memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga ternuka yang dalam membatalkan puasa, namun penggunaan inhaler adalah perkara yang darurat dan tidak dapat dielakkan. Selain itu penggunaannya terlalu sedikit dan tidak sehingga membatalkan puasa. Ulama terkini sepakat dengan menyatakan penggunaan alat inhaler secara tidak melampau dan mengikut keperluan, ia tidak membatalkan puasa. Ia diqiaskan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung yang dibolehkan ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sempurnakan wudhu dan selatu di antara jari-jemari serta bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke hidung (istinsyaq) kecuali saat engkau sedang berpuasa." - Muttafaqun Alaih. Perbuatan berkumur sudah pasti meninggalkan kesan l...

Popular