Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _permainan_

[t24l03] Catatan Whiteout Survival

Imej
[Kandungan Catatan Whiteout Survival] Panduan lombong Frostfire Apakah Sepatutnya Dibeli di Foundry Shop sebagai F2P Apakah Sepatutnya dibeli di Mystery Shop sebagai F2P? Panduan lombong Frostfire Pokok kemahiran: Lv.1 Kanan: Bunuh pengawal peronda memberikan 1500 orichalcum setiap pembunuhan Lv.2 Kanan: Tingkatkan kelajuan perarakan Lv.3 Kiri: sekali seminit anda mendapat 5000 orichalcum dengan menduduki vena Lv.4 Kiri: tingkatkan 15% kelajuan pengumpulan Lv.5 Kanan: Tingkatkan kelajuan pengumpulan Lv.5 Kiri: Tingkatkan buff serangan Permainan: Teleport ke kawasan yang tidak sesak di mana anda boleh membunuh ramai pengawal peronda Gunakan semua perarakan untuk membunuh pengawal peronda Apabila anda mencapai tahap 3 kemahiran Kiri, gunakan 1 perarakan untuk menduduki vena dan panggil mereka pulang setiap 1 minit, sebelum menduduki vena semula. Sambil itu teruskan membunuh pengawal peronda. Apabila letusan urat keluar fokus semua perarakan ke letusan urat sehingga hilang juga gunakan ke...

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

Kelemahan Formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Imej
Terima kasih kerana sudi bertanya perihal kelemahan formasi 4-1-4-1 bolasepak ni. Tedi akan cuba jawab dengan sebaik dan selurus mungkin. Kepada kekawan yang mahu tahu pasal formasi yang sesuai untuk tewaskan formasi 4-1-4-1 di dalam Top Eleven bolehlah membaca kiriman Tedi yang lalu di capaian bertajuk " Cara tewaskan formasi 4141 Top Eleven " Formasi 4-1-4-1 adalah formasi bertahan di mana anda perlu memiliki pemain yang boleh menyerap asakan hebat pihak lawan. Ia boleh di-variasi-kan kepada formasi 4-3-3 dan 4-5-1 semasa menyerang. Formasi 4-1-4-1 hanya menggunakan seorang penyerang, jadi anda perlu menggunakan hantaran bola jauh untuk menghantar bola kepada penyerang. Jika anda ada pemain sayap yang laju dan boleh naik ke atas dengan cepat maka anda boleh gunakan hantaran bola pendek untuk menyesakkan kawasan lawan, tapi jika tidak, maka penyerang anda akan keseorangan menyebabkan peluang menyumbat gol adalah terhad. Penyerang yang tegap, tinggi, dan berkemahira...

Formasi Terkuat Top Eleven

Imej
Ini adalah karangan pertama Tedi dalam interpretZZ ini mengenai formasi terkuat Top Eleven. Saya telah bermain dalam 10 musim Top Eleven. Seperti mana dunia bola sepak sebenar, tiada formasi tunggal yang kebal dalam Top Eleven. Formasi paling sesuai adalah bergantung kepada kemahiran setiap pemain dalam pasukan kita. foto formasi 4-3-1-2 dianggotai Jarolim, Ashby, Kim, Sobrosa, Grund, Tepstra, Monchau, Solhi, Grosskopf, Adiatma, dan Dasmasela. Selain itu ia bergantung juga pasukan lawan kepada kemahiran dan taktikal yang digunakan oleh pasukan lawan. Di antara kedua-dua faktor yang Tedi sebutkan di atas, Tedi lebih cenderung untuk menyusun formasi terhebat pasukan Top Eleven berdasarkan kepada taktik pihak lawan. Tedi akan memantau apa formasi yang mereka gunakan, sejarah perlawanan mereka dengan pasukan lain, dan menilai strategi lawan yang berjaya mengalahkan mereka. Pada pendapat saya, formasi 4-4-2 bukanlah formasi yang bagus kerana sepanjang menggunakannya, saya tidak meme...

MH #17: Jungle of Dread

Imej
Selamat datang ke hutan yang akan menyesakkan dada anda! Setelah bersusah payah di Isle Tribes, kini tibalah saat yang lebih mendebarkan dalam pencarian Ancient Box Trap yang ternama itu! Seharusnya ketika ini anda telah mempunyai Ancient Box Blueprint. Persediaan: Beli perangkap shadow . Kraf tumbuh-tumbuhan lada sulah mengikut resepi di bawah. Tuai lada sulah anda. Kraf keju menggunakan lada sulah yang telah dituai. ... ...  Objektif Kumpul bahan-bahan ABT Kumpul minimum 18 Fire Salts Kumpul sedikit Runic Cheese Curd Potions Kraf Ancient Box Trap menggunakan kesemua bahan yang telah dikumpul. ... Misi seterusnya, MH #18: Acolyte Hunt menunggu anda. * Nota: Semua jadual berwarna disediakan oleh Andrea Acailawen

[t14h16] Toon Tiger: Skuad Perlawanan Pertama

Imej
Toon Tiger kembali beraksi dengan pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris Setelah sekian lama, tahun ini Tedi membantu Master untuk kembali menyertai Liga Fantasi EPL 2014/2015. Bezanya kali ini skuad Toon Tiger bukan hanya main tangkap muat sebaliknya melalui proses pemilihan yang agak memeningkan kepala Tedi. Skuad Perlawanan #01 Toon Tiger.   Barisan skuad bolsasepak Toon Tiger dengan formasi 3-5-2. Kelihatan juga penaja EA FIFA 15.   Formasi: 3-5-2 menjadi pilihan kerana Tedi tidak yakin dan tidak berpengetahuan mengenai barisan pemain pertahanan, maka Tedi memilih untuk mendapatkan mata melalui pemain tengah dan serangan. Awalnya Tedi mahu gunakan formasi 3-4-3 tetapi Marouane Chamakh tampak takkan menyerlah dalam perlawanan menentang Arsenal, maka dia terpaksa digugurkan. Penjaga Gol: Thibaut Courtois dipilih kerana dia adalah pemain Chelsea yang dijangka akan mempunyai barisan pertahanan kental. Tedi terpaksa bertaruh Courtois akan dipilih Jose Mourinho berbanding Petr...

[t14e10] Formasi apakah sesuai untuk menewaskan 4-4-2?

Imej
Semua tahu bahawa formasi 4-4-2 merupakan formasi paling stabil yang digemari ramai pengurus. Alkisahnya pasukan kelas Tedi akan menentang satu pasukan bola sepak dari kelas lain yang lebih hebat. Jadi, kami fikir kami tiada harapan untuk menang. Cuma, ada ahli pasukan yang meminta Tedi untuk memikirkan apakah formasi yang sesuai untuk mengekang formasi 4-4-2 yang digunakan mereka. Formasi 4-4-2 Formasi 4-4-2 sesuai untuk mengekang formasi yang sama jika kekuatan pasukan adalah setara. Formasi 4-5-1 Formasi ini akan membantu mengekang kemaraan penyerang dan pemain tengah pihak lawan. Rahsianya adalah pemain tengah akan membantu memenuhi kawasan tengah padang menyebabkan kesesakan di sana. Sistem ini digunakan Jose Mourinho dengan jelas semasa di FC Porto dan Chelsea, semasa beliau membina pasukannya dengan pemain tengah yang berkemahiran tinggi. Formasi 4-3-3 Berdasarkan konsep menyerang adalah pertahanan terbaik, tujuan menggunakan formasi ini adalah u...

[t17b05] Giant Keep B10 in 3 minutes

Imej
Lama Tedi tidak mencatat pasal Summoners War . Malam ni Tedi nak rekodkan pasal pasukan Giant's Keep B10 milik Tedi yang kini berjaya mencapai kelajuan perang 3 minit. Monster yang Tedi gunakan mengikut susunan adalah Veromos 6*, Theomars 6*, Chasun 6*, Belladeon 6* dan Bernard 5*. Summoners War Dragon's Keep B10 team bawah 3 minit 20170205

[t14k09] Berjaya tangkap Harvester Mouse

Imej
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya salah seorang rakan seperjuangan, si RM berjaya memburu Harvester Mouse sekaligus membolehkan dia membina Zugzwang's Tower Key. Ini adalah langkah penting untuk kumpulan kami memiliki perangkap taktikal terulung. Selamat berjaya RM, dan nanti Tedi akan kumpul info mengenai Zugzwang's Tower. 20141109

[t13g01] Football Manager : Felda United di tempat ke-3 Liga Super Malaysia 2021

Imej
Akhirnya setelah 8 musim bersama Felda United FC, berjaya dapat Top 3 dalam Liga Super Malaysia. Artikel ini adalah berkaitan dengan permainan komputer Football Manager . Jika anda tiada pengetahuan mengenainya, kiriman ini mungkin tidak berguna sama sekali kepada anda.   Komen pra-musim 2021. Musim 2020 merupakan tahun dukacita di mana Felda United terhumban hampir ke dasar kedudukan liga. Felda United kelihatan tidak kental bertahan dan kelam-kabut apabila ditentang oleh musuh dengan formasi 4-1-2-1-2. Rumusan untuk musim 2021. Musim 2021 telah berakhir & ajaibnya Felda United berjaya duduk di tangga ke-3 . Hal ini mengejutkan ramai pihak kerana bajet Felda United sungguh terhad . Kami tidak membeli pemain melainkan melalui perpindahan percuma sahaja . Selain itu Tedi turut menggunakan ramai pemain muda yang dibentuk melalui akademi kelab yang tak berapa ok tu. Dah berulangkali Tedi minta lembaga pengarah supaya majukan akademi kelab, namun mereka enggan . Me...

Game of Khans Cheat Sheet

Imej
Game of Khans adalah permainan video yang boleh dimainkan dalam telefon pintar dengan memuatturun aplikasi Game of Khans. Permainan mobile ini berlatarbelakangkan perjuangan bangsa Monggol, tetapi kesemua watak dalam permainan mobile ini adalah rekaan semata-mata. Jika kawan-kawan buta sejarah, Genghis Khan adalah tokoh terkenal dalam peluasan empayar Monggol sehingga dibina satu patung gergasi untuk merakam kegemilangan Genghis Khan ini. Game of Khans - Inspire your people, Rule with wisdom.   Affinity buat Advisors dalam Game of Khans Affinity adalah satu sistem di mana para Advisors (penasihat) akan menerima kuasa tambahan, selalunya apabila pemain berjaya mengumpulkan koleksi Advisors mengikut bakat masing-masing. Sebagai contoh jika pemain mengumpulkan koleksi 5 orang Advisors dari kumpulan Fierce Warriors dan mencecah tahap Affinity 5 bintang (jumlah bintang keseluruhan bagi semua advisor), pemain akan mendapat peningkatan Power (kuasa) sebanyak 3%. Tidak perlu kump...

MH#30 Sunken City

Imej
Akhirnya Tedi berjaya menjejakkan kaki ke Sunken City, memandangkan kawasan ini masih baru, banyak yang perlu dijelajahi.   Pra-keperluan Perolehi  Sunken Souvenir  dari  Muridae Market Cartographe r 228,000 keping emas 90 Molten Glass Pangkat Diperlukan  Count/Countess   Pengenalan Kawasan Semuanya bermula di Stesen Shuttle Selaman Laut. Sebelum menyelam kita kena kumpul Oxygen Canisters sebagai bekalan ketika menyelam ke dasar laut nanti.   Salah satu helah adalah dengan mengumpul seberapa banyak oksigen, sebelum menyelam ke dasar laut dan kumpul barangan untuk naik-traf perangkap hidro. Taktik ini sebaiknya dimulakan dengan 500 oksigen sekali selaman. Helah kedua adalah kumpul 110 oksigen, menyelam, timbul, kumpul 210 oksigen, kemudian 510 dan seterusnya 1010. Taktik ini mengambilkira pembelian Fishy Fromage yang membantu meningkatkan kadar pengumpulan oksigen. Selam kejap, kemudian beli Fishy Fromage - kata kunci di situ.  ...

T17I04 Mario bukan Tukang Paip

Imej
Secara rasminya watak Mario dari permainan video Mario Bros diisytiharkan bukanlah seorang tukang paip . Ia bukanlah satu kejutan kerana kelihatan watak Mario ini boleh melakukan apa sahaja. Profile terbaru Mario menyatakan bahawa Mario adalah atlet serba boleh yang boleh sertai apa sahaja jenis sukan. Gambar watak utama bernama Mario dalam permainan video Mario Bros. Asalnya watak Mario ini dicipta sebagai seorang tukang kayu dengan nama gelaran The Jumpman , satu watak dalam permainan video tahun 1981, Donkey Kong , yang berlatarbelakangkan kawasan pembinaan. Donkey Kong adalah francais permainan video, yang dibintangi oleh seekor gorila bernama Donkey Kong ciptaan Shigeru Miyamoto pada tahun 1981. Francais ini terdiri daripada dua genre permainan sebelum ditambah dengan pelbagai genre. Genre permainan pertama adalah jenis teka-teki aksi atas platform skrin tunggal, yang menampilkan Donkey Kong sebagai watak lawan dalam suasana industri pembinaan. Donkey Kong dan Mario dipe...

Memburu Relic Hunter

Imej
Memandangkan Tedi agak kebosanan, salah satu cara untuk mendapatkan objektif baru adalah dengan memburu Ancient Relic Hunter. Langkah 1 – Cari Ancient Relic Ini kerana tikus Ancient Relic Hunter ni adalah seekor tikus yang nomad, selalu berpindah-randah, jadi kita kena cari dia melalui bantuan kawan-kawan yang terserempak dengannya. Tapi sebelum tu kita kena cari Ancient Relic sebab tikus ni hanya datang apabila ada benda tu. Rupa seketul Ancient Relic. Jadi Tedi telah meminta bantuan salah seekor kawan Tedi untuk mencari Ancient Relic yang selalunya diperolehi apabila kita dapat tangkap bos-bos tikus-tikus itu. Selalunya dia akan bertapa di Acolyte Realm untuk memburu Acolyte Mouse. Untuk maklumat lanjut sila ke  http://goo.gl/VpKHM Langkah 2 – Tangkap Relic Hunter Ancient Relic Hunter telah menukar modus operandi beliau daripada kitaran 7 hari kepada kitaran  25 hari di 25 lokasi berbeza  (sejak kemaskini pada 20130506). Para pemburu m...

T21E27 Rekod Farming Empires and Puzzles

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Farming sudah tentulah bermaksud bercucuk tanam. Tetapi dalam permainan komputer ia bermaksud kita mengumpul sesuatu dengan memburu di suatu tempat tertentu. Biasalah dalam permainan komputer kena kumpul bahan-bahan tertentu untuk digunakan dalam misi yang disertai. Begitu juga permainan mobile Empires and Puzzles. Troops Farming Troops adalah angkatan yang memberikan hero nilai tambahan, jadi salah satu cara untuk kuatkan hero adalah dengan melatih troops untuk meningkatkan attribute mereka. Permainan Empires and Puzzles bagi kita menaiktaraf troops dengan "memakan" troops lain. Jadi kita kena kumpul troops untuk membantu troops tadi berlatih. Tetapi di manakah lokasi terbaik untuk kutip  troops ? Ada yang kata Season 1 Stage 1 hingga Stage 9.1 adalah sama kadar penemuan  troops . Manakala ada yang secara khusus kata Season 1 Stage 8.7 adalah lokasi terbaik untu...

Popular