Muat sepanjang 160 sentimeter
Gaya Hidup & Automotif: Memilih kenderaan yang tepat untuk aktiviti keluarga seperti membeli-belah di IKEA Cheras memerlukan pertimbangan ruang kargo yang serius. Adakah Subaru XV cukup praktikal untuk memuatkan perabot panjang? Jom ikuti pengalaman Master dan Tedi. Besok ada larian jadi Tedi akan berusaha untuk lelapkan mata pada ketika ini juga. Tapi sebelum tu kenalah buat catatan baru dalam interpretZZ. Hari ini sepanjang hari kami berada di IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane yang telah menyebabkan kami sesat barat di sana. Perjalanan dari Sepang ke IKEA Cheras tak sampai sejam jika tiada kesesakan lalu lintas. Gambar kereta Subaru XV STI berwarna oren yang selalu kelihatan di Malaysia. Ketika kami sampai di sana sudah ramai manusia beratur untuk dapatkan sarapan percuma yang ditawarkan. Memandangkan kami tiada ketabahan untuk beratur menanti makanan, kami keluar berjalan kaki melintasi jalan ke kedai makan di seberang IKEA Cheras . Hajat Momm...