T21H08 United Kingdom jual makanan kucing halal pertama di dunia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ MANCHESTER: Makanan kucing halal pertama di dunia akan dijual di United Kingdom (UK) dengan harga 7 pound (MYR 40 : empat puluh Ringgit Malaysia sahaja). Lapor Daily Mail , syarikat bertapak di Manchester , Tiana berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kedai menjual makanan haiwan. Makanan haiwan itu dijangka dilancarkan bulan depan. Menurut Tiana, lebih 500,000 penduduk Islam mempunyai kucing di UK dan sebab itu ramai mahu memberikan binatang peliharaan mereka dengan makanan halal. Syarikat Tiana dari United Kingdom mengeluarkan makanan haiwan peliharaan halal untuk kucing anda. Namun, penghasilan produk itu menimbulkan polemik dalam kalangan ulama yang mempersoalkan keperluan haiwan memiliki makanan mengikut agama. Laman web itu tertera tidak dibenarkan memberikan haiwan peliharaan dengan makanan haram. Namun, Imam dari Leicester, Sheik...