Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sungai Besar

Iron Baju Susah Nak Iron

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai. Menghadap komputer riba ( laptop ) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang. Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini. Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok. Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air ( steam iron ) untuk digosok. Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur. Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci. Mungkin kawan-kawan ha...

[T20F26] Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Selesai sahaja melawat Bukit Melawati, kami meneruskan jalan-jalan PKPP kami dengan mencari tempat bermalam. Pada awalnya Mummy bercadang nak menginap di Sekinchan. Memandangkan kami hanya serbu sahaja dan tidak membuat tempahan awal, taqdir menemukan kami dengan Dorani Bayu Resort and Services yang terletak di Sungai Besar. Resort terapung di atas lautan Selat Melaka ini kami diami dengan harga RM 180 (satu ratus dan lapan puluh Ringgit Malaysia) iaitu kadar semalaman bagi chalet terapung dengan katil queen dan menghadap laut. Chalet lain di Dorani Bayu Resort ini ditawarkan dengan harga lebih rendah. Dorani Bayu Resort ni terletak bersebelahan dengan D'muara Ikan Bakar. Tedi pernah dengar nama kedai makan tersebut. D'muara Ikan Bakar adalah tempat makan terkenal bagi pencinta makanan laut, malahan di sini anda boleh juga bermalam di bilik yang disediakan. Gambar resort di atas lautan Selat Melaka # DORANI BAYU RESORT & SERVICES SD...

[t20i13] My Place Cafe at Kunci Air di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Prolog Semuanya bermula apabila Master berjaya  install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut, kerana Master tak puas hati kenapa tiada pantai di Sungai Besar, sedangkan ia terletak berhampiran laut? Salah satu lorong yang kami terokai membawa kami ke sebuah kedai makan di tepi laut berdekatan kunci air. Kedai makan itu dinamakan My Place Cafe at Kunci Air, rupa-rupanya adalah sebuah kedai makan terkenal di dalam Google Maps yang boleh dikatakan tempat menarik di Sungai Besar Selangor. Banyak gambar dan review mengenai kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni dalam Google maka tak perlulah Tedi mengarut sangat, pandai-pandailah baca dan terima ya. Lokasi Kami kepilkan Streetview kedai makan My Place Cafe at Kunci Air tersebut, gam...

[t21k08] Aina berbual dengan Rayyan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sepagi suntuk [20211110] Tedi mencari novel penuh After Darkness karya Petrichor86 jika ada cara membacanya atau membelinya secara penuh selain melalui aplikasi NovelMe, kerana membaca melalui NovelMe itu memang cekik darah, bayar RM 22 melalui Google PlayStore baru dapat baca beberapa bab. Paling celaka apabila beberapa bab awal diberikan percuma menyebabkan anda bakal terjebak membacanya. Itulah yang terjadi kepada Mummy. Aina berbual dengan Rayyan Kita abaikan bab itu dahulu, kali ini Tedi nak merakamkan satu peristiwa yang agak penting. Peristiwa ini terjadi ketika kami bersiap mahu bertolak pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada jam sekitar 8 ke 9 malam hari Isnin [20211108] . Ketika itu kami berada di rumah Mak Long Ili di Sungai Besar kerana kami saja jalan-jalan menziarahi sanak-saudara sempena kelonggaran untuk merentas negeri. Kami berada di sana sejak Ma...

Kembara Sungai Besar ke Sepang

Imej
Beli Gubahan Bunga Mummy ajak pergi ke sebuah rumah untuk beli gubahan bunga untuk diletakkan di atas rak di meja makan. Master pula sibuk menguji aircon kereta Subaru XV yang tidak menyejuk. Kereta Proton Persona yang dah 10 tahun itu pun tiada masalah aircon, kereta Subaru Xv yang kononnya buatan Jepun tu pula ada banyak masalah walaupun baru berusia 4 tahun. Sebelum kami bergerak balik dari Sungai Besar ke Sepang, Mummy masih sempat mengunjungi sebuah rumah untuk membeli bunga hiasan. Pemilik rumah ini hobinya ialah menggubah bunga, dan ada gubahannya yang dibeli orang yang meminati hiasan sebegini. * Tiinnergy. Kini pengguna sudah ada pilihan untuk menggunakan produk 100% keluaran Muslim * # Sunday, 3 November 2019, 17:07 # IMG_20191103_170751 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi: Jalan Haji Yusof, Kampung Baharu Sungai Nireh, 45100 Sungai Ayer Tawar, Selangor # RWF3+VQ Sungai Ayer Tawar, Selangor #

Popular