Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tedi marah ni

Semua Itu Silap Sistemmu

Imej
Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka. Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja. Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam". Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini. Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan. Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan. Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau? Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah? Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia. Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang bol...

T16K29 Hanya

Imej
Jalan pintas:  Kronologi ,  Hanya... ,  Lirik lagu "Hanya" oleh Melly Goeslow dari filem Ada Apa Dengan Cinta ,  Lagak si Rangga . Baru sahaja sampai dari percutian di Bangkok , Thailand . Sejurus sahaja mendarat, dikejutkan pula dengan isu di sekolah yang agak menekan jiwa. Isu yang seharusnya kecil tetapi menjadi besar dek kerana kurangnya rasa kekitaan dan lebihnya rasa keakuan. Peel yang tidak berapa molek ini tentunya akan menjahanamkan perjalanan sesebuah pasukan atau organisasi. Tedi yang kena memanglah Tedi kata tidak molek, entah-entah Tedi pun sama juga bak kata orang tua-tua  Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing . Kronologi Apa-apa pun pada pagi esok harus jua menghadap guru kelas dengan kronologi yang diperlukan. Apa itu kronologi? Kronologi apa? Kronologi percutian Tedi di Bangkok? Hanya... Tenangkan hati kejap dengan menggodek lagu Hanya daripada filem Ada Apa Dengan Cinta. Tedi suka filem ini kerana watak Rangga di...

Tak dapat Tedi nak ikut...

Imej
Sekarang Tedi dah tak berapa rajin menaip... Tapi Tedi masih rajin membaca beberapa blog. Ada di antaranya yang kandungannya sungguh menarik, tapi tak dapat Tedi ikuti sebagai pengikut. Sebabnya apabila Tedi nak ikut je blog yang tersebut, akan keluar satu mesej yang berbunyi,   "We're sorry... We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later." Atau dalam Bahasa Malaysia ia berbunyi, "Maafkan kami... Kami tak mampu melayan kehendak anda. Sila cuba semula atau kembali beberapa ketika nanti." Dah beberapa minggu masih macam ni... huhuhu. 20140328

Tedi mengaum! Harimau Malaya 4 - 0 Sydney FC

Imej
Baru selesai melawat Tinta Asyraf & Tedi tiba2 bersemangat Harimau Malaya! Sebelum Tedi mengarut dengan lebih lanjut, baca dulu " http://www.tintaasyraf.com/2013/06/malaysia-vs-sydney-olympic-fc-4-0.html ". Heboh la Harimau Malaya tak lawan dengan Singapura. Bagi Tedi, takyah lawan Singapura tu pun takper ! Level lebih kurang je dengan Harimau Malaya. Lawan la dengan mana2 negara di ASEAN ni, tak ke mana level nya! Tahniah Harimau Malaya "benam" Sydney FC, 4-0. Patutnya target 8-0, barulah boleh riya'! Hutang gambar: http://www.tintaasyraf.com/2013/06/malaysia-vs-sydney-olympic-fc-4-0.html Tedi lebih suka melihat Harimau Malaya berhempas pulas melawan pasukan kelab yang lebih tersusun permainannya . Biarlah tak naik ranking pun! Apa guna naik ranking  FIFA kalau main bola tak nampak rupa main bola? Setakat menang gitu2 jer, baik takyah la. Tak bangga langsung! Tedi pernah menonton Harimau Malaya berhempas-pulas lawan sebuah kelab Perancis yan...

Tidak boleh letak kereta semalaman di The Sphere, Bangsar South?

Imej
Semalam kami tersekat ketika keluar parking di The Sphere di Bangsar South di mana pas bermusim milik Master tidak dapat dibaca oleh reader pada penghadang (barrier) pintu keluar tempat letak kereta bermusim itu. Kemudian pengawal keselamatan yang bertugas di sana telah membenarkan kami keluar melalui kon-kon yang diletak untuk menghalang jalan masuk lori dan bas. Pagi ini Master tidak dapat masuk ke tempat letak kereta bermusim apabila barrier tersebut menunjukkan mesej "wrong presence" yang bermakna mungkin sepatutnya kami keluar tapi sebaliknya kami masuk. Jaga yang ada di sana meminta kami mengambil tiket dan pergi ke pejabat pengurusan tempat letak kereta Bangsar South. Master cuba keluar semula dari tempat letak kereta menggunakan pas bermusim (season pass) namun barrier kata kami telah melebihi tempoh yang dibenarkan maka kami perlu membuat bayaran. Ini adalah kerana semalam mungkin kami tidak direkodkan sebagai telah keluar, jadi sistem mendakwa kami telah berada...

Bahana tampal poster merata-rata.

Imej
Tedi singgah tempat kerja Master. Dek kerana perut Tedi yang buncit ni kelaparan, maka Tedi mengambil keputusan drastik untuk mencari makanan di kafe berdekatan. Tempat kerja Master terletak di sebuah IPT. Biasalah di IPT banyak aktiviti. Bila banyak aktiviti, maka banyak la poster untuk menghebahkan aktiviti masing-masing. Berjalan menuju kafe, Tedi melihat seorang makcik terkial-kial menghilangkan kesan double-tape yang digunakan oleh para penampal poster di dinding. Dia terpaksa kikis kesan double tape tersebut sehingga menghakis cat di dinding. Hutang Gambar:  Gegar Minda Tedi pergi la makan. Malangnya di kafe itu hanya jual makanan manusia sedangkan Tedi hanya makan ikan segar daripada sungai! Nasib baik la tepi kafe tu ada sungai, maka Tedi pun berenang-renang la mencari sesuap dua ikan. Renangan Tedi itu sekali-sekala diiringi biawak2 yang romantik di sana. "Yeah, ikan besar, bolehlah kenyang sejam dua!" Hutang gambar:  The Story of Bear & Fi...

Apa pula masalah YES 4G ni?

Imej
Huddle YES 4G asyik berkelip-kelip merah Masalah betul la dengan YES 4G ni, LED pada Huddle duk berkelip-kelip merah. Apabila tanya pada Master, dia kata itu maksudnya Huddle tu tengah update   firmmare . Ketika  update  tu jangan dimatikan huddle. Huddle YES 4G, kalau network ok patutnya LED warna hijau. Hutang gambar:  http://on4free.com/ads/yes-4g-huddle/ Tapi, Master kata update  tu sekejap sahaja. Tak lama. Tapi ni dah berjam-jam tunggu ni. Tedi bawa Huddle tu naik tingkat atas, eh, LED tak berkelip la pulak (bertukar kepada warna kuning)! Agaknya dah habis update  kot? Tedi bawa turun bawah, Huddle tu berkelip-kelip balik... erm, masalah dengan network  kot? Tedi bawa naik atas dan biarkan ia di sana, lepas tu Tedi minta tolong Master set jarak wifi  tu bagi kepada medium , selalu guna short je sebab nak jimat bateri. Nak jimatkan bateri apanya kalau asyik cas je? Agaknya rangkaian YES 4G di Bandar Baru Salak...

Tension-lah Tedi macam ni!

Imej
Macam mana tak tension apabila asyik-asyik Tedi je kena? * karangan ini dilawat semula pada 16 Mac 2018 daripada batch 96 dengan 40 jumlah lawatan *   Cikgu AA, "Tedi, bila boleh beres? Cikgu ada mesyuarat untuk projek ni pada Isnin nanti." Dengan senang hati Tedi jangkakan akan siap pada hari ini, jika tiada masalah. Tapi masalah memang timbul kerana projek ni diambil alih daripada bekas kawan sekelas Tedi. Nak sesuaikan diri tu satu masalah, tambahan peralatan yang digunakan Tedi pula ada masalah untuk disesuaikan dengan projek ni. Tiba-tiba Cikgu MG masuk dan tanya, Tedi, "Kalau demonstrasi projek HUR Isnin depan, boleh?" Tedi jawab, "Tak sempatlah cikgu". Tapi macam biasa, siapalah nak dengar pendapat Tedi ni? Sebelum ni janji bukan main, bahagian Tedi boleh ditangguhkan dulu, kononnya. "Awak buat ringkas je. Asalkan nampak rupa dah cukup." , itulah ayat klise Cikgu MG. Ringkas konon, Tedi yang berhempas-pulas, siapa yang tahu. Mi...

Untuk muslimah bertudung sahaja...

Imej
Seorang artis dikutuk peminat kerana melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh muslimah bertudung. “Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…” Hutang gambar:  http://www.suhainisaperan.com/   Berasap telinga Tedi mendengar kenyataan itu dari corong radio. Apa? Muslimah bertudung jer tak boleh buat aksi2 kurang sopan tu? Maksudnya muslimah tak bertudung boleh la buat apa yang dia nak? Ini adalah mentaliti yang sungguh sesat ( literally ). Sepatutnya kalau mengaku muslim patut patuh kepada apa yang dilarang & apa yang disuruh, tidak berdasarkan kepada pemakaian seseorang. Mungkin si pengucap nak kata "kal...

Mereka itu bangsat

Imej
Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil (Dengkil Bypass) pasti biasa tersangkut di lampu isyarat persimpangan Dengkil, yang terletaknya kedai Cendol Bakar @Dengkil tu. Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil tersebut dari Cyberjaya menghala ke Kota Warisan, pasti juga biasa melakukan pusingan-U di jalan Dengkil-Bangi yang terletak di simpang kiri di lampu isyarat persimpangan Dengkil tersebut. Sumber foto:  Paya Indah Wetlands (PIW)

Popular