Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nafuzi Zain

[t24c24] Jumlah pemain import KDA FC masih jadi tanda tanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih berteka-teki mengenai jumlah keseluruhan pemain importnya bagi menghadapi saingan yang dijangka mencabar dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025 ini. Selepas dua minggu memulakan latihan, penantian utama sudah pasti terarah kepada jumlah keseluruhan pemain import yang akan digunakan Sang Kenari selepas mengumumkan dua pemain import iaitu Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan yang terkini bekas pemain Terengganu FC (TFC),  Sony Norde . Menurut Ketua Jurulatih KDA FC,  Nafuzi Zain , baki kesemua import sudah dipastikan bersama pasukan pada musim ini, dan kini hanya menunggu masa untuk tiba dalam tempoh terdekat ini. "Mengenai baki pemain-pemain import pasukan, selepas ini akan ada lagi pemain-pemain lain selain Nurullaev dan Sony Norde yang telah diumumkan menyertai pasukan. "Ini termasuk beberapa pemain import...

[t24c25] Habib, Nafuzi bersatu di Kedah Darul Aman FC

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ ALOR SETAR: Desas-desus mengenai hala tuju pemain import Habib Haroon musim ini akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Pengumuman kemasukan pemain yang beraksi bersama Terengganu FC (TFC) pada musim lalu itu dibuat media rasmi KDA FC sebentar tadi sekali gus menyaksikan Habib menjadi pemain import ketiga skuad kendalian Nafuzi Zain. Dua pemain import yang sudah dimuktamadkan Sang Kenari sebelum ini ialah pemain sayap Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan dan Sony Norde dari Haiti. "KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali di Liga M ketika bersama Terengganu FC dan aksi beliau di Liga Malaysia musim lepas menarik perhatian pengurusan untuk diikat bergandingan dengan pemain berpengalaman lain. "Pemain berusia 23 tahun ini memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari...

[t23b19] Bin Zayed penaja utama Kedah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Bin Zayed penaja utama Kedah ,  Siapakah Bin Zayed International? Bin Zayed penaja utama Kedah KEDAH  Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023. Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini. "Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia. "Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu sat...

Popular