Posisi imam makmum dalam solat jemaah
Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam. Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya. Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan. Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi. Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji. Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita bagaimana cara solat jemaah sebagai makmum. Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com Gambar di atas menunjukkan susunan saf solat berjemaah dalam beberapa keadaan iaitu apabila jemaah mengandungi bilangan jemaah seperti berikut Dua orang lelaki Seorang lelaki & seorang wanita Dua orang lelaki ...