Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mommy Tedi

[t14d30] Hadiah pintu Majlis Perkahwinan Mak Lang Yan siap

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Apakah itu hadiah pintu? Sebenarnya Tedi hanya membabi buta memilih istilah "hadiah pintu" sebagai terjemahan langsung kepada isitlah "door gift" . Ia adalah cenderamata yang kita berikan kepada tetamu untuk menghargai kehadiran mereka ke majlis yang kita anjurkan. Boleh juga sebagai tanda kenangan. Kali ini hadiah pintu yang Mommy sediakan adalah untuk majlis perkahwinan Mak Lang Yan. Beberapa kumpulan hadiah pintu untuk majlis kenduri Mak Lang Yan sudah sedia Kali ini Mommy menggunakan konsep minimalis dan tema warna ungu. Tema warna itu tak boleh buat apalah kan sebab pengantin yang pilih, hehehe. Walaupun tema minimalis dipilih, isinya cuba dimuatkan dengan sesuatu yang orang ramai boleh gunakan pada kemudian hari, dan mengikut perkembangan zaman pada masa ini ia diisi dengan makanan ringan. Jika hanya diisi dengan makanan ringan tiadalah tanda kenangan ...

Pemergian yang tidak disangka

Imej
Ini mungkin satu imbauan, buat diri Tedi sendiri, buat semua. Ajal takkan alpa, menanti masa menjemput kita. Kerana dia turuti perintah Tuhan-Nya, mentaati peraturan dan rencana-Nya. Hari ini mungkin hari berduka, bersedih, bergundah-gulana buat dirinya. Tatkala mendengar pemergian suami yang tersayang, sedangkan baru beberapa minit sahaja berpisah jalan. Nun di sisi jalan sana, tatkala dilewatinya, ketika dalam destinasi ke tempat kerja. Terlihat seorang lelaki menggelupur dikerumuni orang ramai, penangan kecelakaan jalanraya, ketika menunggang motosikalnya ke tempat kerja dengan niat menyara keluarga. Dilihatnya namun tiada dia berhenti, kerana perlu hantar adiknya ke Terminal Bersepadu Selatan di tengah kota. Namun sampai saja di sana, apabila diperiksa telefon pintarnya, berita sedih yang menanti. Lelaki yang menggelupur tadi, yang dilewati tadi, adalah suaminya sendiri. Jarang Tedi mencoret berkenaan mati. Jarang sekali. Pernah sekali Tedi coretkan "Tiga pemergian...

Bekas Jarum Peniti dan Kerongsang DIY

Imej
Lazimnya pemakai tudung akan menggunakan banyak jarum atau kerongsang... Jarum dan kerongsang berbagai gaya itu pula lazimnya akan diletak merata-rata. Sama juga buat Mommy, maka beliau telah mencari inisiatif untuk membuat bekas letak jarum dan kerongsang. Inilah hasilnya.... Pada awalnya memanglah digunakan, tapi sekarang macam tak guna je.... sama je Tedi tengok... hehe Teringat pada suatu masa dahulu Tedi selalu mengutip jarum peniti ni menggunakan besi berani atau magnet. Besi berani itu selalunya diperolehi daripada speaker radio, kalau besar pembesar suara radio tu, maka lebih besarlah magnetnya. Jarum peniti ni dulu Tok Mak selalu gunakan untuk "cantumkan" bahagian baju sebelum dijahit. Kalau jarum ni berterabur atas lantai memang susahlah nak dikutip sebab ianya halus dan tangan Tedi ni besar, jadi kita kenalah gunakan apa sahaja teknik dan teknologi yang tercanggih di abad ini untuk mengutip jarum-jarum tersebut. Di bawah ini adalah gambar jarum peniti yang...

Popular