Watak Iron Man baru dipegang seorang gadis
Tempat Tony Stark sebagai Iron Man akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams. Riri adalah seorang pelajar genius di MIT yang baru berusia 15 tahun. Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik kepadanya. Riri Williams seterusnya mengambil tempat Tony Stark dalam siri komik bary bertajuk Invincible Iron Man. Pencipta dan penulis siri Iron Man, Brian Michael Bendis menyatakan bahawa dia mahu mencipta versi moden dalam cerita superhero. Dia berasa bahawa kisah sworang gadis muda yang hidupnya dipenuhi tragedi tapi berjaya ke kolej adalah sesuatu yang memberi inspirasi. Michael Bendis juga mahu memberikan kaum wanita lebih banyak wakil di dalam komik. Keputusan Marvel untuk menggantikan watak Tony Stark dengan Riri Williams menyebabkan 2 kem peminat Iron Man terbentuk. Ada yang tidak sabar dan gembira menerima kehadiran Riri Williams. Ada juga yang mengecam kerana Riri patut menjadi Iron Wom...