Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel suasana balik kampung

[t14g31] Restoran Naimah Adik-Beradik

Imej
Restoran yang terletak di Bandariang, Gerik ini merupakan kedai makan pertama kami temui selepas menembusi Lebuhraya Timur Barat pada tengah malam Kehadirannya membawa berita gembira setelah berjam-jam (2 jam lebih) menempuhi Lebuhraya Timur Barat yang gelap gelita dan tiada hentian rehat. Ralat: sebenarnya ada hentian rehat di Lebuhraya Timur Barat tetapi pada waktu malam dalam suasana gelap gelita dan sunyi mungkin tidak dibuka atau kami yang tidak perasan kehadirannya dan jika perasan pun adakah kami akan berhenti? Mungkin tidak. Ketika ini kami dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Sepang , di mana sebelum meniggalkan Kota Bharu kami sempat singgah di  Kedai Serbanika ECO . . Restoran Naimah Adik Beradik KM 5.2 Jalan Raya Timur Barat, Bandariang, Gerik, Perak, Malaysia.   Kelihatan banyak kereta berhenti di sini menandakan kedudukan kedai makan ini amat strategik bagi pengguna Lebuhraya Timur Barat.   20140731

Surau ar-Raudhah Sri Jerus

Imej
Lalulintas Sesak di Pasir Puteh Setelah lama tersangkut dalam kesesakan lalulintas di Pasir Puteh, kami singgah di sebuah Stesen Minyak CALTEX di pertengahan jalan Seperti yang telah dijangka, kesesakan lalu lintas takkan dapat dielakkan apabila ke Kelantan . Jadi pada hampir jam 6 petang kami singgah di sebuah  stesen minyak CALTEX Malaysia . Untung di sana ada  Surau Ar-Raudhah Sri Jerus . Kami berehat sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Wakaf Bharu . Gambar surau ar-Raudhah Sri Jerus, Pasir Puteh, Kelantan Tedi dapati Stesen Minyak CALTEX di Kelantan ni memang banyak, seolah-olah menjadi stesen minyak rasmi di Kelantan. Sedangkan di negeri lain, Tedi susah menemukan stesen minyak ini. Adalah menjadi fenomena biasa apabila melalui Lebuhraya Timur Barat , berbondong-bondong  lori CALTEX dalam perjalanan menghantar minyak . Gambar sebuah stesen minyak Caltex di Pasir Puteh, Kelantan Maksud Jerus Wah, susah juga nak cari maksud nama Jeru...

Hentian sebelah Ceneh Baharu

Imej
Papan tanda Hentian Sebelah Bandar Ceneh Baharu. 06:47 pagi, 27-Julai-2014... kami tiba di hentian ini setelah bergerak dari Sepang pada jam 12 malam.   Surau ada tersedia namun mungkin tidak berapa terurus.   Tandas awam pun ada.   Bas ekspress pun berhenti di hentian sebelah Bandar Ceneh Baharu     17 November 2014

Popular