Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _teknologi

Rahsia Kawal Penghawa Dingin Acson Guna Redmi Note 10S (Tetapan York)

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ ❄️ Kisah Pagi Yang Beku Pagi ini Master berada dalam keadaan kebekuan di pejabat. Master mencari akal bagaimana mahu menaikkan tetapan suhu penghawa dingin tanpa perlu mengambil alat kawalan jauh fizikal. Master tahu bahawa telefon pintar Redmi Note 10S miliknya dilengkapi dengan pemancar  inframerah  dan aplikasi kawalan jauh global. Namun, Master hampa kerana tidak menjumpai jenama Acson dalam aplikasi  Mi Remote  tersebut. Oleh itu, Master meminta Tedi mengkaji cara untuk mencapai hajatnya itu. 🔍 Hasil Kajian Tedi Setelah melakukan beberapa cubaan (  trial and error  ), Tedi menemui rahsianya. Walaupun jenama Acson tiada dalam senarai, unit tersebut sebenarnya serasi sepenuhnya dengan isyarat daripada jenama York . Bak kata pepatah, "Rambut sama hitam, hati lain-lain," tetapi untuk peranti elektronik, kadangkala "otaknya" adalah sam...

[t26c18] Cara Paksa Google One Tukar Pelan Tahunan Serta-merta (Jimat RM 23.80)

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Master terkejut apabila tiba-tiba sahaja Google One minta bayaran atau akan ditamatkan langganan. Master pun buat bayaran di mana sekali lagi Master terkejut kerana langganan Google One adalah secara bulanan. Master tak suka dengan langganan bulanan ini kerana sebab pertama Master tak rajin bayar setiap bulan, kedua kerana langganan tahunan ada diskaun 16% (penjimatan sekitar RM 23.80 setahun!) . Master pun mula cari page tukar langganan bulanan itu ke tahunan, tetapi tidak ditemui, maka Master meminta bantuan Tedi untuk mencarinya. Langkah Tukar Pelan Google One ke Tahunan Rupa-rupanya, pilihan ini agak tersorok jika anda mencari di aplikasi telefon. Cara paling mudah adalah melalui pelayar web: Layari one.google.com . Klik pada ikon Settings (Gear) . Pilih menu "Change membership plan" . Pilih pelan 200GB dan tukar toggle dari Monthly ke An...

[t16f27] Android sebenarnya direka untuk kamera

Imej
Pasti ramai yang kenali Android . Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java. Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS , manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10. Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri. Bagaimana OS Berfungsi? (Penjelasan Rajah) Cuba bayangkan anda mahu mengambil gambar. Anda tekan butang "Ambil Gambar" pada skrin (Pengguna). Tetapi, perkakasan kamera di dalam telefon tidak faham bahasa manusia. Di sinilah Sistem Operasi (OS) bertindak sebagai Penterjemah Pintar (seperti robot Android di tengah rajah). OS menterjemah arahan anda dan memberitahu kamera, "Hei Kamera, sila tangkap gambar sekarang!" (Perkakasan Telefon). Tanpa OS, telefon hanyalah seketul besi yang tidak bern...

[t22l20] Unifi TV tak dapat internet dari router FiberHome Unifi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Tukar Router Unifi Unifi TV tidak ada sambungan internet MESH internet cuma 100 MBPS Akhirnya Mesh WiFi melepasi 100 MBps Tukar Router Unifi Baru-baru ini kontraktor TM datang tukar router kerana Mummy upgrade pakej Unifi kepada 800 Mbps . Mungkin sebulan lalu kerana pada masa itu Piala Dunia baru nak bermula dan sekarang Piala Dunia sudah tamat dimenangi oleh pasukan bola sepak negara Argentina. Router baru ini lebih canggih dan menyokong WiFi 6 selain itu ia juga ada mesh menyebabkan penggunaan peranti TP-Link Deco di rumah kami ini tampak tidak relevan pada masa ini, namun kami masih menggunakannya. Router baru ini juga ada 6 "tanduk" berbanding 4 "tanduk" pada  router sebelumnya. "Tanduk" yang dimaksudkan adalah antenna. Ketika pakcik kontraktor itu memasang dan menguji router baru itu semuanya kelihatan bagus. Kelajuan internet meng...

Google vs Microsoft: gaduh pasal applikasi pemain video

Imej
Sudah lama Master tak borak dengan Tedi pasal teknologi telefon ni, pastu tiba-tiba tadi Master duk citer pasal Google bergaduh dengan Microsoft. Alkisahnya Microsoft sudah bangunkan satu apps untuk mainkan video YouTube atas Windows Phone. Applikasi tu pulak boleh download video dan mainkan video tanpa iklan . Sudah tentu la Google marah kerana Google hantu iklan! Google beri amaran kepada Microsoft dan suruh Microsoft tarik apps tersebut. Microsoft kata mereka akan cuba selesaikan secepat mungkin. Microsoft salahkan Google kerana tak sediakan aplikasi yang sesuai. Google kata, guna yang web aje dah memadai. Ada ka patut? Berlagak sungguh. Microsoft jawab mereka dengan senang hati boleh masukkan iklan tu kalau Google beri kerjasama. Lantak korang la. Nak gaduh, gaduh la. Tedi bukan layan Youtube pun. Kawan-kawan boleh baca sendiri di: YouTube warns Microsoft over ad-free Windows Phone app Google and Microsoft squabble over YouTube app 20130516

Google bersiap-sedia saingi Microsoft Office

Imej
Wah, ini satu bacaan panjang yang sungguh baik pada pagi ni. Ternyata persaingan Google dan Microsoft semakin sengit! Kesian Microsoft, terpaksa bersaing dengan banyak pihak, sebelum ni Apple, sekarang Google pula. Lepas ni tak tahu la kompeni mana lak nak rebut keuntungan yang diperolehi Microsoft selama ini. Camner Google nak saingi Microsoft Office? Google sebelum ini cuba menyaingi Microsoft melalui Google Docs. Tapi kalau la kawan2 pernah cuba Google Docs ni, selalunya kita akan gunakan Microsoft Office jugak sebab Google Docs ni macam tak ngam dengan Microsotf Office nyer dokumen. Kita perlukan apps yang  ngam dengan Microsoft Office sebab masih ramai lagi orang yang guna Microsoft Office, kan? Jadi, Google beli la QuickOffice untuk mendapatkan teknologi mereka yang membolehkan Google Docs lebih ngam dengan Microsoft Office. Inilah persaingan, membawa keuntungan kepada pengguna. Tidak mustahil suatu hari nanti Microsoft Office terpaksa sediakan perkhidmatan percu...

Musuh terbaru GOOGLE memusnahkan kabel gentian optik!

Imej
Ramai sedia maklum bahawa Google sering bercakaran dengan Apple. Seteru Google banyak sekali termasuklah Apple, Bing, Facebook, kerajaan China dan Yahoo. Persaingan mereka itu melibatkan banyak masa dan wang. Namun kini ada musuh yang lebih ganas menghantui Google berbanding musuh tradisinya si Apple. Siapa sangka Sang Jerung pemangsa semulajadi bisa menjadi musuh kepada Google. Tak sangka musuh mereka kali ini datang dari kalangan kawan-kawan Tedi iaitu Sang Jerung. Sang Jerung telah diumumkan melanggar dan mengunyah kabel fiber optik bawah laut milik Google yang merentasi Lautan Pasifik sejauh 100,000 (satu ratus ribu) batu. Dikhabarkan bahawa Sang Jerung keliru dengan denyutan elektrik yang dihasilkan kabel tersebut yang menyerupai denyutan elektrik yang dihasilkan mangsa mereka. Kabel gentian fiber optik milik Google dilindungi bahan menyerupai Kevlar yang sering digunakan sebagai bahan utama jaket kalis peluru. Sebagai langkah perlindungan, Google tidak meminta bantuan Abang Long ...

[t20h13] Paparan Terlebih Bila Extend Display Komputer Riba INTEL dan AMD ke TV

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master apabila coding  memang memerlukan dua monitor kerana sambil coding perlu merujuk kepada bahan berkaitan, maklumlah Master bukanlah seorang pengaturcara yang hebat semua benda ada dalam kepala. Coding adalah satu istilah dalam dunia pengaturcaraan. Ia bermaksud perbuatan menulis kod-kod yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Tulis tu tidaklah bermaksud tulis dengan pen. Semua arahan itu tentunya ditaip dalam komputer. Monitor TV jenama dawa Extend display komputer riba ke TV Overscaling atau overscan Bagaimana nak baiki masalah overscaling pemproses Intel? Baiki masalah overscaling pemproses AMD Monitor TV jenama dawa Kebetulan Mak Su ada tinggalkan monitor TV LED HDMI berjenama dawa di rumah kami setelah beliau berpindah ke rumah sewa baru. Tedi tak pernah dengar jenama ini mungkin buatan China, malas pula Tedi nak periksa. Tapi kalau kawan-kawan nak beli monitor jenama dawa ni Tedi nasihatkan sistem bunyinya agak men...

Komen telefon OPPO R9s

Imej
Hari ini Tedi nak kaji sikit pasal telefon pintar OPPO R9s sebab Mommy berkira-kira nak beli telefon tersebut. OPPO R9s secara umumnya telah diberi penilaian 8.2. Kelebihan Oppo R9s Melalui kajian Tedi telefon OPPO R9s ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik untuk telefon yang seharga dengannya. Jadi jika kalian hanya mahukan prestasi kamera maka bolehlah sambar telefon ini dengan pesanan jangan pedulikan kelemahan lain, atau boleh beli telefon lebih mahal untuk kamera sebagus OPPO R9s ni. Oppo R9s menggunakan teknologi caj super pantas VOOC menyebabkan ia boleh dicaj 75% hanya dalam 30 minit! Baterinya juga mengkagumkan kerana tahan lebih lama. OPPO R9s juga gunakan rekaan nipis dan ringan. Ia juga ada paparan menarik selain sokongan dual-SIM. Ia mempunyai ruang 64GB dan sokong SD mikro tambahan, malangnya SD mikro tambahan ini akan gunakan slot SIM 2. Kelemahan telefon OPPO R9s Kelemahan OPPR R9s adalah ia menggunakan rekaan dan perisian yang ditiru. Perisiannya sedik...

[t17f27] Teruk benar line Celcom di Kampung Delima Wakaf Bharu Kelantan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kebanyakan pengunjung rumah Tok Abah semasa beraya di sini rata-ratanya mengeluh sebab line Celcom sangat teruk di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan. Bukannya teruk tahap capaian lemah atau kelajuan internet yang perlahan tapi sehinggakan line internet Celcom sekejap ada sekejap tiada, macam biskut Chipsmore la pula. free wifi available here, Ramly burger chop (burger shop?) Harga burger Biasa RM 3.00, Special RM 3.80, Double RM 4.50, Double Special RM 5.50, akok jagung, akok nise. Gambar kedai jual burger di depan De5 Homestay Wakaf Bharu Tumpat Kelantan. Apalah teruk benar? Kata liputan Celcom tu terluas di Malaysia, tapi line Maxis okay saja di sini. Ini bukan masalah sekali-sekala. Ini masalah yang berlaku saban hari. Malahan rangkaian Webe pun terjejas kerana Webe menumpang rangkaian Celcom. Mungkin penduduk kampung di sini masing-masing gunakan Maxis maka merek...

[t23b21] Apakah Keburukan E-Dompet?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ E-Dompet adalah satu bentuk aplikasi atau platform yang membolehkan pengguna untuk membuat transaksi secara digital. Seperti semua teknologi atau aplikasi, ia mempunyai kelebihan dan kelemahan. Berikut adalah beberapa kelemahan atau keburukan yang mungkin dikaitkan dengan penggunaan E-Dompet. Risiko Keselamatan Penggunaan E-Dompet mungkin meningkatkan risiko kehilangan wang atau maklumat peribadi jika akaun pengguna disusupi oleh pihak yang tidak sah. Keterbatasan Penerimaan Pengguna E-Dompet mungkin menghadapi keterbatasan dalam penerimaan pembayaran atau transaksi melalui E-Dompet, terutamanya jika pedagang atau peniaga yang mereka hadapi tidak menerima kaedah pembayaran ini. Betul juga, dan penyedia khidmat e-Dompet di Malaysia ni agak bernasib baik kerana Covid-19 dan juga inisiatif kerajaan telah menggalakkan perkembangan e-Dompet. Kini para peniaga lebih ramai memilih untuk ...

[t16l23] Huawei tiru Samsung?

Imej
Manusia sering berkata, meniru adalah satu bentuk pujian paling ikhlas. Oleh sebab itu, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung mungkin tidak lama lagi akan berbesar hati dengan Huawei, kerana terdapat khabar angin yang mencadangkan telefon pintar P10 keluaran Huawei akan mempunyai skrin melengkung dan pengimbas cap jari di bahagian depan, sama seperti telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge. Maklumat yang datang dari pembocor maklumat di Weibo, @reviewer_xiaokang, turut menambah bahawa Huawei P10 juga mungkin menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar. Walaupun mereka tidak menyertakan sebarang bukti untuk menyokong hebahan itu, tiada satu pun di antara dua perkara itu sukar untuk dipercayai. Ini adalah kerana cerita sebegini sudah lama didengar dan sudah dapat dilihat pada rekaan Huawei melalui Huawei Mate 9 Porsche Design. Khabar angin dari sumber terawal juga menyatakan Huawei P10 akan menggunakan skrin 5.5 inci pada resolusi 1440 x 2560, menambah keyakinan bahawa ia a...

[t10g31] Web: Selamat Tinggal Hotmail, Selamat Datang Outlook.com

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Outlook.com daripada Microsoft. Mel berasaskan web ini merupakan pertaruhan terbaru Microsoft untuk menafikan penguasaan Google Mail. Outlook.com menggantikan Hotmail.com, namun masih ada pilihan untuk bertukar di antara 2 web-mail tersebut. Secara keseluruhan, Outlook.com mewarisi banyak ciri-ciri Hotmail, di mana ciri-ciri pada Hotmail itu mungkin merupakan asas penyelidikan dan pembangunan mereka. Berasaskan antaramuka Metro, web-mail ini semakin ringkas dan ringan. Menu mini pada setiap email   Pilihan untuk mengosongkan kotak mel anda.   Kekal dengan 3-tingkap, cuma di bahagian kanan yang selalu diisi dengan iklan kini diganti dengan alatan untuk berhubung melalui media sosial.   Cara baru mengurus hubungan. http://www.zdnet.com/goodbye-hotmail-hello-outlook-com_p2-7000001893/ ~31 Julai 2010, 20100731~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya...

Maklumat peribadi 150000 pengguna Muslim Match bocor

Imej
Maklumat peribadi 150,000 pengguna dan 7,000,000 mesej peribadi di antara ahli Muslim Match dilaporkan telah dikirim ke dalam internet setelah laman temujanji (dating)  itu didakwa telah digodam ( hack ). Laman web Muslim Match mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,  "Kami telah dimaklumkan mengenai dakwaan kebocoran keselamatan dan kami sedang memeriksa sistem kami di samping memperbaiki keadaan dan mengetatkan tahap keselamatan sistem kami". Di antara maklumat yang dibocorkan saperti yang ditemui oleh penyelidik keselamatan Tory Hunt ialah nama, alamat email, majikan, status perkahwinan, status muallaf, pengawal Skype, dan lokasi. Syarikat pengelola laman carian jodoh tersebut memaklumkan bahawa operasi laman web itu akan ditutup sehingga bulan puasa (Ramadhan). Tidak dapat dipastikan bagaimana laman tersebut telah digodam, tetapi berdasarkan kepada kelemahan tahap keselamatan laman web temujanji tersebut, punca kebocoran maklumat itu mungkin disebabkan oleh suntikan SQL. Ta...

[t17d21] Kenapa beratur di lorong tambah nilai?

Imej
Baiklah, mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan mula melaksanakan kutipan tol elektronik sepenuhnya di sepanjang lebuhraya mereka dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia. Inisiatif yang disebut sebagai ETC ( electronic toll collection ) itu bermaksud tiada bayaran tunai akan diterima di lebuhraya PLUS bermula 26 April 2017. Kesesakan di Lorong Tambah Nilai Touch 'n Go di Plaza Tol Bagi menjayakan inisiatif ETC tersebut, pihak konsesi lebuhraya lazimnya akan menyediakan lorong-lorong khusus di plaza tol mereka yang menyediakan khidmat tambah nilai atau top-up kad Touch 'n Go di samping Pusat Khidmat Pelanggan sedia ada. Kehadiran lorong tambah nilai Touch 'n Go di plaza-plaza tol itu sudah tentulah akan memudahkan para pengguna, tetapi sering kali ia menyusahkan pengguna yang lain apabila berlaku kesesakan di plaza tol kerana ramai pengguna menambah nilai kad Touch 'n Go mereka. Menyedari hakikat ini, pihak ...

Kiosk reload dan jual kad Touch 'n Go di KLIA2

Imej
  05:32 pagi, KLIA2. Kami baru sahaja menghantar Tok Mak dan Tok Ayah menaiki kapal terbang untuk bercuti di Bandung. Tibalah masanya untuk ambil kereta di tingkat CP7 tempat letak kereta B. Sebelum itu kami perlulah membayar tiket dahulu di CP4 atau lobi tempat letak kereta. Di situ Tedi melihat ada satu mesin untuk tambah nilai ( reload ) kad Touch 'n Go yang Master kata namanya ialah Self-service Kiosk atau Kios Layan Diri Touch 'n Go . Apa yang Tedi sempat baca pada mesin itu ialah tambah nilai ( reload ) kad TnG adalah percuma , dan kita boleh juga membeli kad baru Touch 'n Go melalui mesin itu. Jadi kepada kawan-kawan di sekitar kawasan Sepang yang mahu mencari tempat jual kad touch n go tidak perlulah bersusah-payah lagi kerana anda boleh mendapatkannya di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go di KLIA2.   Kiriman lain yang berkaitan dengan kad Touch 'n Go: Tukar kad Touch 'n Go (TnG) tamat tempoh Tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go (TnG) di ERL KLIA2 Loron...

Google memetakan Kepulauan Galapagos

Imej
Pemetaan Kepulauan Galagos dijalankan oleh pendaki upahan Google yang menggunakan peralatan Google Street View Trekker. Kepulauan Galapagos : rumah kepada kura-kura terbesar di dunia. lokasi yang menjadi inspirasi kepada Teori Evolusi Darwin . Google sedang bekerja keras untuk memetakan setiap inci kepulauan itu sama ada di atas atau di bawah permukaan laut. Pemetaan ini dilakukan untuk membolehkan pengguna Google Street View melihat panorama di Kepulauan Galapagos. Google berkerjasama dengan Charles Darwin Foundation dan Galapagos National Parks Directorate . Para pendaki yang diupah Google membawa peralatan Street View Trekker seberat 42-pound yang disandang di belakang. Kamera yang sama tetapi dengan versi kalis air digunakan untuk merakam kepelbagaian hidupan laut di sekitar kepulauan itu sebagai sebahagian usaha Catlin Seaview Survey . Google Maps Galapagos Islands Above And Below The Water . .. memetakan wilayah NKRI .. peluang dan usaha serta rahsia ay...

[t20g21] Master Tolak Huawei

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada masa sekarang banyak iklan gajet Huawei dimainkan. Jika kita tonton YouTube sahaja entah berapa banyak iklan Huawei, belum masuk " review " daripada para YouTuber mahupun artis. Kenapa banyak sangat iklan Huawei? Jika kawan-kawan tak tahu, Huawei telah diharamkan di Amerika Syarikat. Pengharaman ini mungkin atas dasar perang ekonomi yang  dilancarkan oleh Donald Trump. Pengharaman ini juga menyebabkan Huawei kerugian kerana kehilangan pasaran yang menguntungkan. Selain itu Huawei juga tidak dibenarkan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Google, ini menyebabkan mereka tidak boleh gunakan sistem operasi Android yang terkenal itu. Huawei membangunkan sendiri sistem operasi mereka yang dinamakan HarmonyOS dan juga stor aplikasi mereka sendiri yang diberi nama AppGallery .  Oleh sebab itu Huawei telah bertindak agresif dalam membangunkan prod...

Tonton TV melalui HyppTV Everywhere

Imej
Tonton TV melalui HyppTV Everywhere Malam ini Master nak tonton Final Piala Malaysia di antara Selangor dan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah Alam Malangnya Mommy nak conquer TV kerana ada Gegar Vaganza, padahal siaran Gegar Vaganza tu yang tahun lepas lepas lepas pun ada ulangannya. Terpaksalah cari alternatif macam mana nak tonton TV, perlukah Master menonton siaran lansung Final Piala Malaysia itu di kedai makan? Malas pula Master nak tonton di luar kerana tidak seseronok menonton di rumah sendiri Teringat pasal HyppTV Everywhere Master teringat pasal HyppTV Everywhere dan mula install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar ZTE Blade , kemudian register akaun, dan kemudian login. Mudah saja. Tapi apabila nak tonton TV, duk loading sahaja tanpa ada sebarang gambar. Kemudian di rumah Master cuba pula guna web browser untuk menonton HyppTV Everywhere. Selepas beberapa kali cuba install plugin yang diperlukan dengan sedikit sumpah seranah ke atas TM akibat kesukara...

[t16i22] 10 Langkah Tangani Serangan Ransomware

Imej
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi Tedi. Pertama kerana ada permintaan untuk menambah satu fungsi baru ke dalam Modul Akses Terlindung. Keduanya, kerana ada satu isu peningkatan trafik yang menyebabkan salah satu pengguna sistem Tedi terhalang daripada menghantar data. Apa yang membimbangkan adalah setelah disiasat, didapati bahawa ada mesin mereka yang telah diserang ransomware yang Tedi gelar perisian tebusan. Ia adalah satu perisian hasad yang akan menyulitkan fail dalam komputer anda, dan meminta anda membayar tebusan jika mahukan kandungan fail itu dinyah-sulitkan. Bagi kita semua, penting untuk kita menangkis serangan ransomware ini kerana tentunya kita tidak mahu membayar untuk fail milik kita sendiri, tambahan fail-fail itu kita perlukan dalam kehidupan kita di zaman IT ini. Untuk menangani serangan ransomware, pegawai IT dan keselamatan maklumat perlu melakukan perkara berikut: Pastikan semua aset digital dan lokasinya ditanda kan dengan jelas untuk men...

Popular