Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Newcastle United FC

[t17j01] Benitez buat Klop kecewa

Imej
Analisis Perlawanan: 1. Taktikal Benitez vs Klopp 2. Analisis Gol & Impak Pemain 3. Rumusan & Kedudukan Liga Taktikal Rafa Benitez & Formasi Hari ni apa yang menjadi buah bicara ialah bagaimana Newcastle United berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Liverpool . Newcastle United yang diurus oleh Rafael Benitez telah mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 untuk menentang formasi 4-3-3 Liverpool. Detik Gol & Analisis Pemain Liverpool menguasai permainan namun jentera serangan mereka tumpul. Gol pertama disumbat oleh Coutinho melalui rembatan melencong dari luar kawasan gol. Gambar Coutinho melepaskan rembatan jarak jauh ke dalam gol Newcastle United ditonton melalui live streaming. Newcastle menyamakan kedudukan apabila Shelvey menghantar bola jauh kepada Joselu . Bentesan Matip menyebabkan bola membias masuk ke dalam gol sendiri. Rumusan & Kedudukan Liga Keputusan seri ini memuaskan memandangkan perbezaan nilai skuad (£100j vs £400j). Newcastle United...

Jersi 2011-12 Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم NEWCASTLE United hari ini mendedahkan jersi tempat-sendiri yang akan digunakan pada musim depan. Jersi keluaran Puma itu yang telah pun sedia untuk pra-tempahan, akan mula dijual pada 19 Mei. Newcastle menyertakan gambar-gambar kapten Kevin Nolan dan penjaga gol utama, Steve Harper memperagakan jersi tersebut – juga turut melancarkan 1 versi edisi terhad yang mempunyai jata kelab emas untuk pemegang tiket bermusim. Rekabentuk jersi ini pada pandangan interpretZZ, amatlah melanggar tradisi, di mana hanya 2 line putih di depan dada. Kalau tak silap, dulu ada ura-ura rekabentuk jersi Malaysia sebegini yang telah mendapat kritikan disebabkan terhasilnya tanda salib apabila ruangan untuk penaja disediakan. Gambar pemain Newcastle United memperagakan jersi yang bakal digunakan pada musim 2011-2012   20110504

Kurang bajet punca tewas

Imej
LONDON: Pengurus Newcastle Rafael Benitez berkata, perbezaan bajet perpindahan pemain punca utama skuadnya tewas kepada West Ham, semalam. Javier Hernandez yang dibeli pada 2017 dengan harga £16j (RM85 juta) meledak dua gol dan jaringan lewat Felipe Anderson - £36j (RM192 juta) menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Newcastle. Pasukan pelawat turut mempunyai penyerang bernilai £20j (RM106 juta), Marko Arnautovic yang dibeli musim lalu. Berbanding Hammers yang membelanjakan hampir £100j (RM533 juta) pada jendela perpindahan sebelum ini, Newcastle mengaut keuntungan £20j (RM106 juta) hasil urusan jual beli pemain. Benitez berkata: “Mereka membelanjakan wang ke atas pemain serangan dan sekali gus kelebihan buat mereka.” “Kami cuba melakukannya pada Januari ini tetapi persoalannya adalah wang. Apa yang mereka belanjakan, apa yang kami belanjakan anda dapat lihat di atas padang.” “Saya tak boleh merungut usaha pemain atau k...

[t23j05] UCL: Newcastle United 4 - 1 PSG

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ PSG jadi mangsa belasahan Newcastle NEWCASTLE  United mempamerkan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas juara Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri, awal pagi Khamis. Newcastle membuka tirai jaringan menerusi Miguel Almiron sebelum Dan Burn menjaringkan gol menerusi tandukan enam minit sebelum rehat untuk menggandakan kelebihan tuan rumah. Sean Longstaff memastikan pasukan yang kembali semula ke kancah Liga Juara-Juara selepas 20 tahun itu selesa dengan gol ketiga, lima minit selepas babak kedua bersambung. Lucas Hernandez cuba merapatkan kedudukan untuk PSG enam minit kemudian, namun pertahanan Newcastle, Fabian Schar melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk meletakkan Newcastle di puncak Kumpulan F dengan empat mata, satu mata di depan PSG di tempat kedua. PSG mengalami...

[t17k30] Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford. Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol. Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.   Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh. Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lal...

[t17j11] Grant Hanley ingin sertai Newcastle

Imej
Grant Hanley tetap mahu sertai Newcastle manakala Blackburn Rovers bertegas dengan mahukan yuran perpindahan yang tinggi. Grant Hanley dijangka akan meminta penjelasan tentang kedudukannya di Blackburn Rovers kelab itu menolak dua tawaran pembeliannya oleh Magpies. Dipercayai bahawa Hanley berkeinginan untuk berpindah ke Tyneside tetapi Rovers tampak enggan melepaskan kapten mereka itu. Tawaran £3.5 juta dan £4.5 juta setakat ini ditolak tatkala Blackburn meminta jumlah di sekitar £6 juta. Kelab itu mempunyai kedudukan kuat dalam perbincangan ini kerana kontrak Grant Hanley masih berbaki dua tahun. Hanley pula berasa dia telah berkhidmat dengan baik selama 8 tahun dan mahu mencari pengalaman baru. Penolakan tawaran pembelian oleh Blackburn Rovers adalah halangan pertama dalam siri pembelian  pra-musim buat Newcastle United setelah pembelian lancar beberapa pemain iaitu Matz Sels, Jesus Gamez, Dwight Gayle, Matt Ritchie and Issac Hayden . Newcastle Unite...

[t10h16] Manchester United 3 - 0 Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 20100816 Manchester United menewaskan Newcastle United 3-0 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim 2010/11.

[t21b08] 9 pemain Newcastle United kejutkan Southampton

Pada hari Sabtu, 6 Februari lalu Master digembirakan oleh kemenangan Newcastle United ke atas Southampton walaupun terpaksa bermain dengan 10 sebelum 9 pemain sahaja. Ini adalah kemenangan kedua selepas kehadiran jurulatih baru bernama Graeme Jones yang tugasnya membantu Steve Bruce. Formasi yang digunakan kali ini ialah 4-2-3-1 yang menampakkan kesan positif kepada dominasi di kawasan lawan. Almiron pula berjaya jaringkan 2 gol, dikatakan hasil diberi peranan baru yang lebih kepada serangan. NEWCASTLE – Pengurus Newcastle, Steve Bruce mengakui tugasnya sebagai pengurus pasukan itu menyebabkan beliau berdepan masalah kesihatan kerana terpaksa berdepan tekanan yang tinggi. Mana tidaknya, skuad bim­bingannya itu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain berdepan Southampton selepas Jeff Hendrick di buang padang manakala pemain pertahanan Fabian Schar terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika mereka sudah membuat tiga pertukaran. Bagaimanapun, berbekalkan tenaga sembilan pemain, Newcast...

[t16e08] Aston Villa heret Newcastle untuk tersingkir bersama mereka

Imej
Newcastle hanya mampu seri dengan Aston Villa. Nasib kita kini seperti telur di hujung tanduk, dan kita tahu kini bahawa nasib Newcastle United terletak kepada baki 1 perlawanan terakhir. Namun sebelum perlawanan menentang Tottenham itu, The Toon mungkin akan tersingkir lebih awal jika Sunderland berjaya menewaskan Evertoon dalam perlawanan di pertengahan minggu nanti. Peluang yang ada pada Newcastle hanyalah apabila Sunderland kalah dalam baki 2 perlawanan mereka manakala Newcastle menang menentang Tottenham, satu perkara yang agak mustahil memandangkan Sunderland berjaya menundukkan Chelsea 3-2 dalam perlawanan malam tadi. Harapan semakin kelam, Newcastle sudah terjebak kakinya dalam kelompok penyingkiran mengekori Norwich City yang sudah pasti akan tersingkir, dan hanya keajaiban sahaja dapat membantu kita. Penyokong Aston Villa tiada semangat kesukanan. Menyoroti perlawanan semalam Tedi kecewa dengan sikap penyokong Aston Villa yang mengganggu perlawanan dengan mencampak bel...

[t17l09] Leicester tetap hormati kemampuan Newcastle

Imej
LEICESTER – Pengurus Leicester City, Claude Puel mengakui beliau sentiasa menghormati Newcastle United dan Rafa Benitez menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana England malam ini. The Foxes bakal melakukan kunjungan ke Stadium St. James Park malam ini dengan sasaran mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak diambil alih Puel Oktober lalu. Bagaimanapun, bekas pengendali Southampton itu menegaskan beliau tidak akan memandang rendah kemampuan Newcastle biarpun pasukan tersebut sering menampilkan aksi kurang konsisten. “Kami sentiasa menghormati pasukan seperti Newcastle. Mereka merupakan sebuah pasukan yang berkualiti serta memiliki pengurus berkaliber. “Mereka bermula dengan agak baik pada saingan musim ini dan sangat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas, jadi kami perlu berwaspada dengan permainan mereka,” kata Puel. Jurulatih dari Perancis itu berkata, mereka bakal berdepan cabaran sukar pada aksi malam ini memandangkan Newcast...

[t08d08] Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda.   Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Leicester City 1 - 2 Newcastle United ,  Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo ,  Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon ,  Makan di Restoran Saba Cyberjaya ,  Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya ,  Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan Untuk catatan pada hari ini, 8 April. Leicester City 1 - 2 Newcastle United Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perda...

[t16g27] Aston Villa kelab paling dibenci

Imej
Dengan ketiadaan  Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat  Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan  Championship League musim depan. Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) . Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas. Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka ...

Pendapat Benitez berkenaan prestasi Georginio Wijnaldum

Imej
Pemain yang telah jaringkan 9 gol buat Newcastle itu gagal hasilkan gol sejak Januari. Dia juga tidak bermain dengan baik beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya apabila beraksi di tempat lawan. Bagaimanapun, Rafa Benitez, kelihatan tidak mahu gugurkan Wijanldum daripada kesebelasan utama, mungkin kerana dia adalah kapten PSV Eindhoven yang menjuarai Eredivisie musim lepas. Apabila ditanya berkenaan prestasi Wijnaldum, Benitez menjawab: “Apabila kamu punyai pemain dengan pengalaman antarabangsa, pemain yang boleh memberikan kelainan, kamu pastinya mahu lihat mereka menangi perlawanan. Apabila kamu perhatikan dia dalam latihan, kamu akan nampak dia punyai banyak kualiti yang boleh membawa perbezaan. Kami akan bantu dia melakukannya.” Wijnaldum telah berubah daripada Pemain Terbaik Tahunan Belanda yang menjaringkan 9 gol pada awal musim kepada seseorang yang tidak dikenali. Tapi dalam perlawanan yang sengit sebegini, pastinya dia mahu pertingkatkan diri, dan se...

[t16d19] Newcastle United harapkan Manchester City terganggu dek Real Madrid

Imej
Pagi esok jam 2.45 pagi waktu Malaysia akan menyaksikan Newcastle United melayan Manchester City. Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid. Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu. Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas. City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang.  “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berle...

Newcastle United 0 West Ham 3: Hernandez Hentikan Magpies

Imej
Nampaknya persaingan Newcastle dan West Ham yang hanya dibezakan oleh perbezaan gol telah dimenangi oleh West Ham dengan jaringan besar. Hal ini sebenarnya tidak menghairankan kerana barisan pemain West Ham lebih ternama, menunjukkan kesungguhan pemilik West Ham untuk beraksi baik dalam Liga Perdana Inggeris tatkala pemilik Newcastle United lebih kedekut dan hanya mementingkan keuntungan berbanding kejayaan bola sepak. Rafael Benitez pun turut bersetuju dengan pendapat Tedi ni. Newcastle United telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut, tetapi beraksi buruk menentang West Ham dan dihukum apabila Javier Hernandez menjaringkan dua gol. Javier Hernandez menandakan panggilan semula namanya ke dalam kesebelasan utama West Ham dengan 2 gol ketika anak buah  Manuel Pellegrini menamatkan permainan menentang Newcastle United dengan kemenangan 3-0 di St James 'Park. Selepas permulaan musim yang buruk, Newcastle telah melepaskan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana dengan...

[t16d18] Yeay... Newcastle kalahkan Swansea 3-0

Imej
Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing. Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti. Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea. Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris. Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awa...

[t17a04] Jersi Newcastle United di Warta Bangi

Imej
Mata dah mengantuk tapi Tedi nak siapkan juga satu kiriman ringkas buat malam ini, memandangkan dah 5 hari tidak mencoret dalam interpretZZ. Tadi kawan Master pergi merayap ke Plaza Warta di Bangi. Tujuannya nak cari barangan di Mr DIY, tapi Pakcik AMP tu tersesat pula ke Sports Direct yang ada di sana. Dia kirimkan gambar jersi-jersi di sana, dan salah satunya adalah jersi putih biru muda Newcastle United.   Harga yang ditawarkan oleh Sport Planet Warta Bangi untuk jersi Newcastle United bagi musim 2016/16 ini adalah hanya RM 99 daripada harga asal RM 269. Memang agak menggoda tapi pada zaman Najib ni terpaksalah memandang jersi itu dengan sebelah mata. Agak susah untuk mencari jersi Newcastle United dan agak mengujakan apabila melihat jersi ini dijual. Sports Direct yang dimiliki oleh pemilik Newcastle United pun Tedi tak pernah jumpa menjual jersi-jersi Newcastle United. Agak menarik juga melihat gambar-gambar ni, next time boleh ajak Mommy untuk shopping di sana pula. ...

[t18c17] Newcastle United mungkin dapat durian runtuh £20m?

Imej
Banyak hal yang berlaku di kelab bola sepak Newcastle United, sehingga ramai terlupa hal-hal yang lebih penting. Apakah hal penting tersebut? Sudah tentulah perkara paling penting adalah untuk NUFC mengekalkan penyertaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Kemudian baru kita boleh risaukan sama ada Rafa Benitez akan terus bersama kita, dan harapnya Mike Ashley akan pergi meninggalkan kita. Kedua-duanya akan bergantung kepada kejayaan Newcastle United terus kekal bertanding dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi kita juga lupa bahawa jika Newcastle berjaya kekal dalam liga ini, kelab bolasepak tersebut mungkin akan menerima durian runtuh. Durian runtuh bermaksud bonus atau keuntungan yang tidak disangka-sangka. Selain itu, kemenangan ke atas Huddersfield pada perlawanan seterusnya akan membolehkan kelab NUFC, dan para penyokongnya menghitung berapa tinggi Newcastle United boleh berada dalam carta kedudukan Liga Perdana Inggeris 2017/2018. Kedudukan terkini Liga...

[t19d18] Tawar RM1.6 bilion beli Newcastle

Imej
LONDON: Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar £300 juta (RM1.647 bilion) untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United, menurut laporan media British hari ini. Jika berita ini benar maka ia adalah berita gembira bagi para penyokong Newcastle United yang telah muak dengan pengurusan Mike Ashley. Beberapa media termasuk BBC, berkata firma kewangan milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners sudah membuat tawaran kepada pemilik Newcastle, Mike Ashley  (gambar) . Newcastle masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan. PCP Capital Partners dipercayai sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle mengenai potensi pengambilalihan sejak beberapa minggu lalu. Usahawan pakaian sukan, Ashley mengumumkan dia mahu menjual kelab itu pada Oktober selepas 10 tahun mengetuainya, membayar £134.4 juta pound (RM738.03 juta) untuk membeli Newcastle pada 2007. Jutawan berusia 53 tahun dari London itu membuktikan dia a...

[T21J10] Tiga calon pengurus baharu Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Tiba-tiba sahaja media ambil peduli mengenai siapa pengurus Newcastle United. Sebelum ini ketika para penyokong Newcastle United meroyan menolak Steve Bruce, tiada siapa yang peduli. Namun setelah Newcastle United diambilalih oleh PIF dari Arab Saudi, ramai mula mengaitkan nama-nama jurulatih yang "bagus" untuk mengurus Newcastle. Layan sahajalah berita di bawah. LONDON – Pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah mula me­rancang bagi merombak barisan kejurulatihan dengan mengambil keputusan untuk memecat pe­ngurus semasa, Steve Bruce dalam masa terdekat. Sebagai rekod, nasib pengendali berusia 60 tahun itu telah menjadi tanda tanya apabila Newcastle sah menjadi kelab terkaya dunia selepas diambil alih secara rasmi oleh konsortium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion). Difahamkan...

Popular