Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel agama

[t14b04] Kira Bilangan Zikir Menggunakan Ruas Jari Tangan Kanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Sebelum ni Master ada reka satu cara kira zikir guna jari, namun apabila terlihat gambar ini, ternyata ianya sungguh bijak! Master selalu terlupa bilangan zikir yang dibaca dan selalu Master kata, "Tak kisah berapa bilangan pun asalkan baca." Tetapi tak seronok juga jika tidak tahu bilangan zikir kerana macam tiada sasaran yang ditetapkan. Kemudian Master menampilkan teknik kiraan zikir guna jari mengikut kaedah beliau sendiri namun tetap tidak berapa membantu kerana cara kira zikir guna jari yang diperkenalkan beliau tidak mencukupi 33 bilangan, menyebabkan Master masih perlu mengingati bilangan zikir. Sehinggalah Tedi menunjukkan gambar cara berzikir guna jari ini kepada Master, dia kata, "Sungguh cerdik!" Master berkata sedemikian kerana kiraan zikir menggunakan jari tangan kanan kaedah Rasulullah S.A.W ini cukup-cukup 33 kali , sekaligus mengelakkan Maste...

Kedudukan sewaktu sujud

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Kedudukan kedia-dua kaki yang betul dan salah semasa sujud. Jari kaki wajib dilipat.   Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, Pegawai Agama, Istana Negara.   ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

R.I.P? Maksud dan komen seorang pakcik

Imej
Hari ini terbaca komen seorang pakcik mengenai ungkapan "Rest in Peace". Maksud R.I.P Rest in Peace ini selalunya ditulis R.I.P atau RIP. Maksud ayat Rest in Peace ini boleh dirujuk kepada Wikipedia seperti di bawah:   Rest in Peace adalah ungkapan berima yang memohon keamanan dan kerehatan kepada seseorang yang telah mati. Ungkapan ini biasanya dijumpai pada kubur Katolik. Walaupun dikaitkan dengan Kristian, ia dikatakan berasal daripada Judaism dengan ungkapan asal daripada bahasa Hebrew.   Ungkapan "come and rest in peace" pula telah digunakan dalam doa kaum Talmudic dalam campuran Hebhrew dan Aramaic. Ia digunakan sehingga kini dalam perayaan orang Yahudi.   Terdapat perbezaan dalam sudut keamanan itu, ada yang kata keamanan selepas mati hanya kepada roh, ada kata hanya kepada fizikal & ada yang kata kepada kedua-duanya kerana roh dan fizikal akan bergabung kembali selepas mati.    Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace Seorang p...

Beli Buku dengan Ann Wan Seng

Imej
Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah. Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya. Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37. Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri. Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu. 20160622

[t12f18] Kids, they... Scan, Save, Copy, and Paste!

Imej
Lukisan kartun mengisahkan perbuatan seorang kanak-kanak perempuan meniru perbuatan kakaknya memakai tudung. Kartun yang amat menarik dan mempunyai mesej mendalam, terutamanya buat ibu-bapa. Kanak-kanak memang suka memperhati dan mencuba sesuatu yang baru dikenali. Sumber inspirasi mereka tentulah insan yang rapat dengan mereka yang boleh dijadikan idola. Jadi jika ada perangai yang para ibu bapa tidak berkenan pada kanak-kanak itu boleh jadi adalah cerminan kepada perangai atau sikap ibu bapa kepada kanak-kanak itu sendiri. Jika tidak masakan ada peribahasa ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul yang bermaksud "Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu" . Sumber: tidak dapat dikenalpasti.

Posisi imam makmum dalam solat jemaah

Imej
Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam. Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya. Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan. Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi. Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji. Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita bagaimana cara solat jemaah sebagai makmum.   Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com Gambar di atas menunjukkan susunan saf solat berjemaah dalam beberapa keadaan iaitu apabila jemaah mengandungi bilangan jemaah seperti berikut Dua orang lelaki Seorang lelaki & seorang wanita Dua orang lelaki ...

Sebarkan moraliti atau maksiat?

Imej
Budaya zaman kini manusia berkongsi gambar dalam menghentam perbuatan tidak bermoral. Gambar seekor kucing di sebalik pokok, sekadar cadangan hiasan.  http://penglipurlara.wordpress.com/2014/01/02/malu-tapi-mahu/ Perbuatan tidak bermoral (atau mungkin kurang bermoral) ini sebagai contoh - wanita memakai pakaian menjolok (mencolok) mata. Lepas tu adalah mereka yang mengambil gambar-gambar "pesalah" ini lalu dikongsi dalam FB atau mana-mana media elektronik. Tidak ketinggalan juga para blogger  melalui taipan mereka. Selalunya mereka akan menghentam perbuatan tidak bermoral itu. Namun, ada sesuatu yang tidak kena! Mereka menghentam namun mereka kongsi gambar-gambar yang tidak bermoral itu! Jadi apakah yang mereka kongsikan sebenarnya? Benarkah mereka mahu menyedarkan masyarakat atau hanya mahu menangguk dalam air yang keruh? Perlukah mereka menyertakan gambar-gambar tidak bermoral itu dalam tulisan mereka? Tidak cukupkah jika mereka sekadar berbekalk...

Pergi salah, tak pergi pun salah ... serba salah...

Imej
Sudah beberapa malam kenduri tahlil diadakan keluarga arwah. http://aenze.blogspot.com/2013/02/tahlil-cinta.html Master sebagai salah seorang jiran kepada arwah sudah tentu menerima undangan ke majlis berkenaan. Master sebenarnya punyai kerisauan tersendiri dalam memenuhi undangan ke mana-mana majlis tahlil. "Saya serba salah sebenarnya nak penuhi undangan ni" "Kenapa pula?" "Iyelah, takut termakan harta anak yatim." "Betul kata tuan tu." " Tapi kalau tak pergi, tak sedap pula." "Memang betul, kalau pergi tak makan pula, takut membazir." "Itulah. Apa saya buat selama ni saya bagi duit kira macam bayar apa yang saya makan." "Beginilah tuan, kita kena rancang sesuatu supaya selepas ini keluarga si mati tak perlu sediakan makanan." Begitulah butir bicara di antara Master dan jirannya. Permasalahan takut termakan harta anak yatim apabila menghadiri majlis tahlil bukan satu...

Tak solat, tak berakal!

Imej
http://lukisandakwahislam.com/ "Akal kita ni mahal... Orang yang berakal, wajib solat. Orang yang tidak berakal, tak wajib solat. Orang yang tak solat, tak berakal!" - Ustaz Ismail Kamus Mula diterbitkan pada 20130503, karangan ini adalah mengenai hujah tokoh agama terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Ismail Kamus mengenai kaitan akal dan solat.

Teka-teki IKIM.FM

Imej
Sudah lama tak berteka-teki ni Tadi Tedi dengar radio IKIM.FM, dia bagi teka-teki. Tedi nak log apa yang Tedi ingat. Sumber: http://syamilamarlan.blogspot.my/2011/10/teka-teki_13.html Surah apa tiada huruf "MIM"? al-Kautsar Siapa Rasul Ulul-Azmi? Nuh alahissalam Ibrahim alaihissalam Musa alaihissalam Isa ibnu Maryam alaihissalam Muhammad sollallahu alaihi wassalam. Siapa sahabat yang dimakbulkan doa? Saad ibnu Abi Waqas Berapa surah dalam al-Quran? 114 surah Surah apa yang setanding 1/3 al-Quran? Al-Ikhlas Apa seruan yang sama yang dibawa oleh semua Nabi? "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sesungguhnya tiada Tuhan yang sebenar melainkan dia" Siapa sahabat yang kematiannya menggegarkan Arasy? Tak ingat...   Itu saja, banyak lagi, tapi itu saja yang Tedi ingat. Teka Teki IKIM . fm koleksi teka teki ikim 20130531

Kursus jenazah tak laku

Imej
"Borang kursus jenazah di masjid bersepah-sepah tak laku. Borang masuk U, borang biasiswa, tiket konsert, berebut-rebut takut tak dapat. Dunia akhir zaman..." - Ustaz Azhar Idrus Posisi mayat lelaki dan perempuan di hadapan imam semasa solat jenazah. Sumber: Cara ringkas solat jenazah. Solat jenazah dilakukan dengan berdiri tegak menghadap kiblat dan jenazah diletakkan di hadapan imam. Hanya ada 4 takbir, tidak perlu ruku',  tanpa i'tidal, tanpa sujud, tanpa duduk antara dua sujud, tanpa duduk tasyahud awal dan tanpa tasyahud akhir. Ketika solat berjemaah untuk solat jenazah, kena berdiri rapat-rapat, tak perlu ruang untuk sujud, cukup dapat berdiri selesa. Ini contoh berdiri rapat-rapat ketika solat jenazah.  http://minus-ska.blogspot.com/2013/03/solat-jenazah.html 20140920

Sedekah yang tidak punya

Imej
Kembara 100 kilometer sehari dalam perjalanan ke tempat mengaji bukanlah satu jarak yang dekat. Tempoh masa yang diambil untuk tiba di destinasi memungkinkan Tedi melihat banyak peristiwa terutama hal melibatkan perlakuan manusia. Terutamanya apabila menempuh kesesakan di Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Expressway), satu ujian yang memaksa manusia memperlihat peribadi sebenar mereka. Kelam-kabut menempuh kesesakan trafik, mungkin mengejar masa masuk ke pejabat supaya tidak "merah", manusia memandu kenderaan mereka berpusu-pusu mencari lorong yang sesuai menuju destinasi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing. Ketika ini masing-masing tampak mementingkan diri, fokus kepada sasaran mereka untuk segera tiba tak kira dengan apa cara pun, sehinggakan ada yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Master kadangkala sengaja menghalang separuh laluan kecemasan itu supaya hanya motosikal boleh lepas, tapi hanya apabila hatinya panas, tidak taha...

Jadilah hamba yang bersyukur

Imej
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri? Tentang mengapa kita perlu  bersyukur,  atau mungkin apa perlunya kita  bersyukur. Di kala impian belum tercapai, kita selalu banyak memohon dan terus bersabar menantinya.  Namun di kala impian tercapai, kita lupa daratan. Apa khabar iman kita semua? Semakin bertambah atau menurun atau sama sahaja? Diharap iman kita semakin bertambah. Dugaan datang silih berganti tetapi adakah kita  redha ?  Tahukah kita segala dugaan, cubaan dan ujian yang Allah hadiahkan buat kita itu tanda kasih-Nya? Terdapat lebih kurang tujuh puluh ayat dalam Al Quran yang menyebut tentang syukur. Kenapa perlu diulang sedemikian rupa? Marilah kita menjadi orang yang  bersyukur  atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Berdoalah agar kita digolongkan sebagai orang yang  bersyukur . Ingatilah janji-Nya, akan Dia tambahkan nikmat jika bersyukur dan akan dihadiahkan azab jika kita kufur. ...

Hati itu umpama gelas

Imej
Salah satu mutiara kata yang terngiang-ngiang di telinga Tedi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh agama yang hebat. Namun hanya kerana politik, ramai yang memperlekehkan keilmuan beliau. Tedi lebih kenali Nik Aziz sebagai tokoh agama. Bacaan Tedi berkaitannya pun fokus kepada agama. Ternyata beliau punyai ilmu yang mendalam. Tedi pernah mengikuti tulisan beliau mengenai kisah para Nabi yang ternyata begitu mendalam. Nik Abdul Aziz Nik Mat Salah satu mutiara kata beliau yang Tedi selalu terfikirkan ialah, "Hati itu umpama gelas" . Ayat itu sungguh ringkas, sekali baca memang tiada apa yang boleh difahami. Adakah maksud beliau hati itu rapuh seperti gelas? Atau hati jernis seperti gelas? Atau hati itu kosong seperti gelas dan perlu diisi? Ternyata semua telahan Tedi itu tidak mengena. Nik Aziz menyatakan, "Hati itu seperti gelas. Apa yang tumpah daripadanya adalah apa yang kita isi." Sungguh benar kata-kata itu. Kalau dalam hati di...

Gelaran hanya sementara

Imej
Gelaran Hanya Sementara   Bila saya mati, gelaran Dato Bentara Setia saya sudah tidak ada lagi, yang tinggal hanya Nik Aziz. Sama ada Tun, Tin ke Tan semuanya tidak ada lagi, yang ada hanyalah pahala. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah S.W.T kelak... Kad Merah Malaikat Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat solat sekalipun berada di padang bola sepak. Kalau di padang bola sepak, tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah. Tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat...

Doa Pagi

Bismillahu ma na da'u Fi ghudu wir wa rawa Laka minna kullu hamdin Fi masa'i wa sobah Hablana minka rosyada Wahdina subula solah Inna taqwallahi nurun wa tariqu lil falah Dengan namamu Ya Allah Kami meminta pada waktu pagi dan petang  bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang  kurniakan kami dari sisi-Mu petunjuk  Tunjukkan kami jalan kebaikan  Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah  Cahaya dan jalan kejayaan Ini adalah lirik nasyid bertajuk Doa Pagi nyanyian munsyid Hijjaz dari Malaysia. Ia adalah sebuah nasyid yang ringkas dengan bacaan doa pagi dalam bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Nasyid ini dimulakan dengan kokokan ayam dan kemudian disertai bunyi unggas ketika munsyid Hijjaz memulakan bacaan doa pagi Bahasa Arab. Perkataan bahasa Arabnya yang Tedi fahami sedikit sebanyak adalah seperti berikut: Bismillah : dengan nama Allah bi : dengan ismi : nama ma : apa na : kami da'u : berdoa la ka : untukmu la : untuk ka : kamu ...

Pahang tak benar guna 25 perkataan bersumber Islam

Imej

Untuk muslimah bertudung sahaja...

Imej
Seorang artis dikutuk peminat kerana melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh muslimah bertudung. “Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…” Hutang gambar:  http://www.suhainisaperan.com/   Berasap telinga Tedi mendengar kenyataan itu dari corong radio. Apa? Muslimah bertudung jer tak boleh buat aksi2 kurang sopan tu? Maksudnya muslimah tak bertudung boleh la buat apa yang dia nak? Ini adalah mentaliti yang sungguh sesat ( literally ). Sepatutnya kalau mengaku muslim patut patuh kepada apa yang dilarang & apa yang disuruh, tidak berdasarkan kepada pemakaian seseorang. Mungkin si pengucap nak kata "kal...

Hentikanlah berbohong atas nama Islam dengan alasan ambil sumber lain.

Imej
Seringkali Tedi merasa malu dengan perangai umat Islam di Malaysia ini. Apabila berlaku sesuatu isu yang menginjak maruah umat Islam, terutamanya kalimah Allah, mereka secara tiba-tiba akan menjadi wira, wira papan kekunci! Contohnya Tedi pernah membaca kiriman mengenai seorang gadis melumurkan najis dan darah haid di atas bendera ISIL yang ada kalimah Allah. Dan hari ini ada pula kiriman yang wanita itu dah mati, dibayar tunai oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Tapi sahihkah berita itu? Tedi mengkaji dan mendapati bahawa gambar yang digunakan adalah gambar dari sebuah kemalangan pada tahun 2008 di San Paolo, Brazil . Manakala tiada pula berita mengenai kematian si Aliaa Magda Elmahdy.   Foto seorang gadis kemalangan BMW pada tahun 2008, mungkinkah foto ini digunakan untuk menghentam Aliaa Magda Elmahdy. Jika Aliaa masih hidup dan dia tahu kiriman sebegini, pastinya dia ketawa berdekah-dekah dan memperlekehkan seluruh umat Islam. Jika itu berlaku, siapakah sebenar...

Cara Tidur Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam

Imej
Berapa jam yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam tidak menyebutkannya secara khusus sebaliknya Baginda sollallahu alaihi wassalam sekadar bersabda: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas" - (Hadith riwayat Bukhari-Muslim) Di dalam riwayat yang lain, Baginda sollallahu alaihi wassalam bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk" - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masa untuk tidur berbeza di antara seseorang manusia dengan manusia yang lain, yang penting tidur itu menghilangkan rasa mengantuk dan mendatangkan kecergasan kepada tubuh badan. Mereka yang mempunyai kepakaran tentang permasalahan tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur adalah tidak sama untuk semua orang. Tidur yang optimum adalah yang tidak mendatangkan mengantuk ketika kita sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah...

Popular