Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel susu

Senarai Susu Tanpa Laktosa di Malaysia

Imej
Info Kesihatan & Nutrisi Bayi: Kesedaran mengenai alahan laktosa (lactose intolerance) dalam kalangan ibu bapa di Malaysia semakin meningkat. Memilih susu formula tanpa laktosa yang tepat adalah langkah kritikal dalam penjagaan pediatrik bagi memastikan tumbesaran bayi tidak terganggu. Pada masa kini manusia di Malaysia sudah sedar akan harga kesihatan, sehinggakan minum susu yang dianggap bagus tu pun kini ditapis juga. Kebelakangan kini manusia di Malaysia mula mencari susu tanpa laktosa. Kenapa mahukan susu tanpa laktosa sama ada susu formula tanpa laktosa ataupun tidak? Ini adalah beberapa jenama susu tanpa laktosa di Malaysia yang Tedi kenal pasti. Abbott Similac LF: Rumusan Khas Tanpa Laktosa Susu tepung tanpa laktosa untuk bayi berusia dari 0 sehingga 12 bulan . Beratnya ialah 850 gram. Kandungi DHA, AA dan Nukelotida LF adalah akronim kepada Lactose Free Cara penyediaan: Susu tepung formula untuk bayi tidak melalui proses sterile dan tidak p...

T17I03 Cari susu bebas laktosa di Kota Bharu

Bayi Aina sekarang ni mengalami masalah berak cair selepas minum susu. Susu yang kami gunakan sekarang adalah susu Lactogen dan juga Enfalac. Doktor nasihatkan kami untuk beri Aina susu bayi rumusan khas tanpa laktosa kerana semasa bayi cirit-birit akan ada satu tempoh di mana perut bayi tak mampu proses laktosa dengan baik. Laktosa yang Tedi fahami adalah gula kompleks daripada protein haiwan.   Terjah Pasaraya PKT Wakaf Bharu Pada 20170903 jam 3.30 petang lebih kurang, Master telah keluar seorang diri ke Wakaf Bharu. Destinasi pertama beliau adalah ke pasaraya PKT yang terletak bersebelahan Pasar Wakaf Bharu. Master malas hendak ke TESCO Kota Bharu kerana jalan sesak dari Pengkalan Kubor ke Kota Bharu di bulatan Wakaf Bharu. Malangnya susu Mamex LF yang dicari tiada di sana. Master terpaksalah meredah kesesakan jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pasaraya Salamku Pasir Pekan. Tapi ketika dalam kesesakan jalan tersebut, Master akhirnya membuat keputusan untuk menerus...

Harga Susu Cair Tesco KB Malaysia #QB11

Imej
Misi mencari harga susu cair di TESCO Kota Bharu Malaysia diteruskan namun Tedi kehampaan kerana tiada susu cair di sana, yang ada hanyalah susu sejat dan krimer sejat. Tiba-tiba Tedi terfikir, adakah orang Malaysia memanggil susu cair itu sebagai susu sejat atau krimer sejat? Adakah susu cair yang dicari itu sebenarnya adalah susu sejat atau krimer sejat? Mungkin benar kerana susu sejat atau krimer sejat memanglah cair...

Enfalac A+ Rumusan Khas di Tesco Nilai

Imej
Sekarang Tedi ikut Master beratur di Tesco Bandar Baru Nilai nak bayar barang yang kami beli di sini. Tedi kadangkala keliru sama ada Tesco ni Tesco Bandar Baru Nilai atau Tesco Putra Nilai? Tak kisahlah. Kami ke sini kerana membeli susu Rumusan Khas Enfalac A+ Post Discharge untuk bayi Aina. Susu formula ini dirumus khusus untuk bayi pra matang atau bayi tidak cukup bulan. Berat satu tin ialah 900 gram dan harganya ialah RM 132 (satu ratus dan tiga puluh dua Ringgit Malaysia) lebih kurang. Susu ini dipilih untuk berikan bayi Aina zat yang diperlukan oleh seorang bayi yang tidak cukup bulan sepertinya. Apa-apa pun susu terbaik sudah tentunya susu ibu. Susu formula khas Enfalac A+ ini juga dipilih sebab bayi Aina sesuai dengannya. Tapi tak lama kot bagi Aina susu ni sebab harganya tu mahal juga. Sebulan mungkin 3 tin susu ni diperlukan untuk menyusu Aina. Kami beli di Tesco Nilai ni sebab di sini sahaja susu ini boleh didapati selain di Giant Nilai. Masalahnya di Giant Nilai ...

Popular