Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Laporan Alam Sekitar: Kepupusan pertama mamalia akibat perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia secara langsung. Mamalia Pertama Pupus Angkara Perubahan Iklim Manusia Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini disahkan pupus angkara perubahan iklim dunia. Bramble Cay melomys: Mangsa perubahan suhu dunia akibat kegiatan manusia. Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil yang mendiami kawasan terpencil. Kali terakhir ia dilihat adalah pada tahun 2009 oleh seorang nelayan profesional. Sejak itu, tiada lagi kelibat haiwan unik ini yang dilaporkan muncul di habitat asalnya. Punca utama kepupusan adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut yang mel...