Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAE

[t22a26] Pertama Kali Gunakan e-Dompet Malaysia MAE untuk Bayar Makan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park. Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50. Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank. Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas. Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit d...

MAE: Satu-satunya e-Dompet Patuh Syariah?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Wow, terkesima Master membaca notifikasi daripada aplikasi M2U itu. Tambahan beliau dan kawannya baru sahaja berbincang mengenai e-dompet atau e-wallet patuh syariah di Malaysia ni. Master menggunakan 3 e-dompet setakat ini iaitu Boost, Setel, dan TNG e-Wallet. Baru sahaja pada bulan Ramadhan lalu Master membayar zakat fitrah menggunakan e-dompet Boost , tiba-tiba sahaja ada persoalan mengenai e-dompet patuh syariah. Mengikut pengetahuan Master, jika nak bayar zakat tak boleh gunakan kad kredit konvensional, jadi secara teorinya jika nak bayar zakat guna e-dompet, maka e-dompet itu sendiri perlu patuh syariah. Jika institusi zakat hanya mementingkan penerimaan duit tanpa menapis daripada mana duit itu datang, maka secara automatik ia akan menyumbang kepada penggalakan amalan riba yang dilarang Allah.  Wow, berat juga isu ini. Jika betullah MAE sahaja e-dompet patuh syariah, maka ini satu titik asas untuk Master mula menggunakan MAE daripa...

Popular