Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202102

[t14b03] Memori Kota Bharu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Lensa Kelantan: Arkib Foto Kota Bharu & Wakaf Bharu (3 Feb 2014) Isnin, 3 Februari 2014 . Menggunakan kamera Canon EOS 500D , koleksi rakaman ini bertujuan menyimpan memori visual sekitar Kelantan untuk rujukan masa hadapan. Rakaman pertama pada jam 11:40 AM memaparkan sebuah beca beroda tiga yang dihias berwarna-warni dengan bunga plastik, sedang membawa penumpang di celah kesibukan jalan raya Kota Bharu. Subjek: Beca Berhias | 11:40 AM | 20140203-kota-bharu (92).JPG Jam 11:48 AM , rakaman fokus kepada papan tanda bas ekspres di kaunter tiket. Antara syarikat yang kelihatan adalah Ekspress KMK Starcoach (Konsortium Melayu Klang) dan Ekspres Perdana . Destinasi yang tercatat termasuk Shah Alam, Klang, Kajang, Nilai, Seremban , serta laluan utara ke Kulim, Butterworth, dan Jitra . Subjek: Tiket Bas KMK & Perdana | 11:48 AM | 20140203-kota-bharu (97).JPG Pada jam 11:49 A...

Janji

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Video Muzik Keterangan terharu ku renung wajah lenamu bagaimana biasa ku herdik diri tulus itu? kau selalu, mencuba mencarik kesabaranku  0:19 ku tahu itu, hanya untuk menarik perhatian bagaimana pengetahuan itu, tidak menebalkan sabarku? dalam sekelumit waktu bersama 0:50 dalam kesuntukan masa yang ku tidak punya 1:00 kemudian ku mimpi kejari semula semoga marahku tidak bersuara 1:11 pasti ia akan menikam jiwa hanya doa dan harapan agar ku terus bersabar mendidikmu kau hanya insan muda masih banyak perlu belajar dan mengalami 1:39 moga tiada bias  1:54 moga akan tiada pilih kasih membezakan antara dirimu dan adikmu moga kau tidak rasa terasing 2:14 maaf jika ada moga kau kan terus bahagia moga ini menjadi janji kepada diriku sendiri semoga kesan yang tinggal di dahimu  2:50 ingatkan ku akan janjiku Video Muzik Janji telah memecah tradisi kerana ini adalah karya per...

[t21b08] 9 pemain Newcastle United kejutkan Southampton

Pada hari Sabtu, 6 Februari lalu Master digembirakan oleh kemenangan Newcastle United ke atas Southampton walaupun terpaksa bermain dengan 10 sebelum 9 pemain sahaja. Ini adalah kemenangan kedua selepas kehadiran jurulatih baru bernama Graeme Jones yang tugasnya membantu Steve Bruce. Formasi yang digunakan kali ini ialah 4-2-3-1 yang menampakkan kesan positif kepada dominasi di kawasan lawan. Almiron pula berjaya jaringkan 2 gol, dikatakan hasil diberi peranan baru yang lebih kepada serangan. NEWCASTLE – Pengurus Newcastle, Steve Bruce mengakui tugasnya sebagai pengurus pasukan itu menyebabkan beliau berdepan masalah kesihatan kerana terpaksa berdepan tekanan yang tinggi. Mana tidaknya, skuad bim­bingannya itu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain berdepan Southampton selepas Jeff Hendrick di buang padang manakala pemain pertahanan Fabian Schar terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika mereka sudah membuat tiga pertukaran. Bagaimanapun, berbekalkan tenaga sembilan pemain, Newcast...

T21B21 Potty untuk kakak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamua'laikum semua. Alkisahnya umur Aina sudah pun mencecah 4 tahun. Sudah tiba masanya untuk dia belajar buang air di tandas dan tidak menggunakan lampin. Mummy telah membeli tandas khusus buat Aina secara atas talian. Tandas ini dipanggil dengan nama manja " potty " adalah khusus untuk ajar kanak-kanak buang air iaitu kencing atau berak. Mummy beli jenis yang untuk dipasang di tandas duduk dewasa, bukan jenis tandas duduk kanak-kanak yang kita kena buang najis di dalamnya nanti. Tandas ini telah sampai beberapa hari cuma pada hari ini 20210221, barulah Master meluangkan masa untuk memasangnya, dengan bantuan juruteknik muda si Aidan. Kandungan:  Sebelum dipasang ,  Aksi Aidan memasang potty ,  Setelah siap dipasang ,  Maklumat Potty Aina , dan  Panduan Pemasangan Potty Aina . Gambar aksi Aidan sibuk juga nak memasang tandas buat kakaknya si Ai...

Kedai Baiki Basikal di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tayar Basikal Gilank Meletup Maka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar basikal Gilank yang baru dibeli di kedai superviral tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda-ronda di sekitar taman perumahan kami. Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kurang 19 hari. Mungkin Master dan Aina berat sangat. Pada hari Sabtu, Master membawa basikal itu kembali ke kedai superviral manalah tahu pemborong dan penjual basikal itu ada sediakan perkhidmatan membaiki basikal, ternyata tekaan Master sebelum itu tepat, kedai tu hanya tahu jual basikal dan alat ganti basikal sahaja, mereka tidak sediakan perkhidmatan membaiki basikal. Maksudnya kedai superviral itu bukanlah kedai basikal sejati yang cintanya kepada basikal. Maka bermulalah episod kami mencari kedai repair basikal di sekitar BBST ni. Jika dicari menggunakan enjin carian Google mak...

Aiman Afif intai kesebelasan utama KDA FC

Alor Setar: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aiman Afif menganggap peluang beraksi dalam tempoh lebih lama pada perlawanan pra musim adalah medan terbaik untuknya membuktikan keupayaan bersama skuad Hijau Kuning. Pemain berusia 20 tahun itu diturunkan ketika aksi pra musim bertemu skuad Projek Sukan MSN Bawah 21 (U21) semalam sekali gus membolehkannya mengintai peluang membarisi skuad utama kendalian Aidil Sharin Sahak. "Kami perlu rebut peluang yang diberikan sebaiknya semasa perlawanan pra musim ini untuk membuktikan kemampuan supaya dapat terpilih ke barisan skuad utama pada perlawanan Sumbangsih dan aksi Liga yang akan bermula nanti. "Walaupun semalam kami beraksi dengan pihak lawan yang lebih muda, namun pemain dilihat dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan dalam perlawanan itu sebagai persiapan untuk menghadapi aksi liga," katanya. Sementara itu seorang lagi pemain tengah KDA FC, Tam Sheang Tsung juga bertekad untuk terus bekerja keras membuk...

KDA FC asah kuku dalam lima aksi persahabatan

Alor Setar: Lima perlawanan persahabatan diatur Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi memastikan tahap keserasian dan persefahaman pasukan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan aksi Liga Super 2021 yang akan dimulai dengan perlawanan Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada 5 Mac depan. Menerusi maklumat yang diperolehi dari Media KDA FC, Kedah yang sudah melengkapkan dua perlawanan persahabatan menentang Penang FC, bakal menempuhi tiga lagi perlawanan di sekitar Lembah Klang iaitu menentang Selangor FC 2 (SFC 2) pada 24 Februari, Skuad Projek MSN Bawah 21 (U21) pada 26 Februari dan yang terakhir pada 27 Februari menentang Sarawak United FC (SUFC). Dua perlawanan persahabatan menentang Penang FC (PFC) sebelum ini telah berlangsung pada 19 dan 21 Februari lalu di Alor Setar dan Pulau Pinang. Menurut Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak, sebaik menamatkan dua perlawanan persahabatan, skuadnya masih belum lagi mencapai tahap seratus...

Kedah FA tamat rundingan bersama syarikat automatif

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menamatkan rundingan bersama sebuah syarikat automatif yang sebelum ini berhasrat memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya tidak bersedia memenuhi beberapa permintaan syarikat terbabit yang dianggap terlalu besar. "Proses mengambil alih 80 peratus saham KDA FC oleh sebuah syarikat yang diumum beberapa minggu lalu, tidak dapat dimuktamadkan kerana permintaan syarikat itu tidak dapat dipenuhi KFA dan kerajaan negeri. "Permintaan mereka terlalu besar. Antaranya tanah yang masih berstatus pertanian hendak ditukar kepada tanah industri, lepas itu ada cara bayaran yang saya tidak dapat beri kelulusan kerana ia akan mendatangkan kerugian kepada rakyat Kedah," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, antara permintaan lain syarikat terbabit adalah u...

Darussyifa Taman Seroja

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi ini ketika meletakkan kereta untuk singgah bersarapan pagi di  Kedai Makan Nasi Kerabu Aini di Taman Seroja di BBST di Sepang di Selangor di Malaysia , kami meletakkan kereta di hadapan bangunan Pusat Rawatan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi. Tedi perasan ada satu notis di pintu jeriji bangunan pusat rawatan Islam tersebut. Notis penutupan. Pusat Rawatan Darussyifa' Bandar Baru Salak Tinggi akan ditutup buat masa ini dan tiada sesi rawatan akan dijalankan. Ia sebagai langkah berjaga-jaga atas situasi kes Covid-19 semasa yang semakin meningkat. Harap maklum dan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian rasmi (nombor telefon) DS BBST di 011-10900545. # Thursday, 18 February 2021, 09:29 # 20210218 # IMG_20210218_092926.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi:  https://goo.gl/maps/YGhDKXTAwEUcx9McA  # Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, ...

Kedah tunggu isyarat perlawanan persahabatan

Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sedang merancang beberapa siri perlawanan persahabatan menjelang aksi Liga Malaysia (Liga M) yang bermula dengan perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada 5 Mac depan. Ketua Jurulatih skuad Hijau Kuning Aidil Sharin Sahak berkata pihaknya kini sudah mengusulkan beberapa siri perlawanan persahabatan yang diperlukan Kedah sebagai persiapan penting bagi memulakan aksi liga Malaysia yang berbaki kurang dari 20 hari. "Kita sudah menghantar beberapa cadangan membabitkan perlawanan persahabatan yang diperlukan Kedah dengan beberapa pasukan kepada pihak pengurusan KDA FC. "Buat masa ini, kita sedang menanti kelulusan dari pihak pengurusan dan pasukan-pasukan yang dirancang itu untuk perkembangan selanjutnya. "Namun kita juga faham kerana seperti juga pasukan Kedah, pasukan lain juga memerlukan masa untuk berlatih terlebih dahulu sebelum perlawanan persahabatan diadakan kerana s...

Beli basikal Gilank dengan tempat duduk kanak-kanak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini selepas jemput Aina dan Aidan dari taska, tiba-tiba sahaja Mummy nak tengok-tengok basikal di kedai Viral di Taman Seroja. Kemudian Mummy berkenan dengan satu basikal lipat berjenama Gilank. Harga asal basikal ini ialah MYR 599 (lima ratus sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia). Selain itu Mummy turut tambah aksesori tempat duduk kanak-kanak di belakang basikal lipat tersebut. Harga asal tempat duduk kanak-kanak itu ialah MYR 89 (lapan puluh sembilan Ringgit Malaysia). Basikal boleh lipat berjenama Gilank dibeli Mummy di kedai Viral di Taman Seroja dengan harga RM 589. Basikal ini kira okay walaupun mungkin basikal paling tak stabil pernah Tedi tunggang. Basikal ini menggunakan gear Shimano, bukan calang-calang ya. Mummy tambah pula pasang tempat duduk bayi pada basikal tersebut. Brek basikal Gilank ni menggunakan sistem brek cakera. Satu kekurangan yang agak nya...

Newcastle rentap ego Everton

LIVERPOOL – Pengurus Newcastle United, Steve Bruce menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park kelmarin mencerahkan peluang untuk menjarakkan kedudukan daripada kelompok tiga bawahan liga. Bruce, 60, mengakui, kemenangan itu kembali melonjakkan semangat skuad bim­bingannya yang sebelum ini dilanda krisis kecederaan dan tahap kecergasan menyaksikan Newcastle gagal mengutip tiga mata daripada sembilan perlawanan terakhir liga. “Kami adalah pasukan yang sukar dikalahkan apabila tiada lagi masalah kecederaan dan pemain juga berada pada tahap kecergasan terbaik. “Jika tidak, kami akan menjadi sebuah pasukan yang sentiasa bergelut untuk mencapai keputusan positif. Saya tahu ia sukar tetapi saya mengambil tanggungjawab ini biarpun ramai orang mengkritik pasukan ini. “Saya percaya dengan kualiti pemain-pemain saya dan mereka telah membuktikannya hari ini ke atas salah satu pasukan besar seperti Everton,” kata­nya. Dalam masa sama, Bruce tur...

Popular