Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Liga Perdana Inggeris 2018-2019

Kurang bajet punca tewas

Imej
LONDON: Pengurus Newcastle Rafael Benitez berkata, perbezaan bajet perpindahan pemain punca utama skuadnya tewas kepada West Ham, semalam. Javier Hernandez yang dibeli pada 2017 dengan harga £16j (RM85 juta) meledak dua gol dan jaringan lewat Felipe Anderson - £36j (RM192 juta) menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Newcastle. Pasukan pelawat turut mempunyai penyerang bernilai £20j (RM106 juta), Marko Arnautovic yang dibeli musim lalu. Berbanding Hammers yang membelanjakan hampir £100j (RM533 juta) pada jendela perpindahan sebelum ini, Newcastle mengaut keuntungan £20j (RM106 juta) hasil urusan jual beli pemain. Benitez berkata: “Mereka membelanjakan wang ke atas pemain serangan dan sekali gus kelebihan buat mereka.” “Kami cuba melakukannya pada Januari ini tetapi persoalannya adalah wang. Apa yang mereka belanjakan, apa yang kami belanjakan anda dapat lihat di atas padang.” “Saya tak boleh merungut usaha pemain atau k...

Newcastle United 0 West Ham 3: Hernandez Hentikan Magpies

Imej
Nampaknya persaingan Newcastle dan West Ham yang hanya dibezakan oleh perbezaan gol telah dimenangi oleh West Ham dengan jaringan besar. Hal ini sebenarnya tidak menghairankan kerana barisan pemain West Ham lebih ternama, menunjukkan kesungguhan pemilik West Ham untuk beraksi baik dalam Liga Perdana Inggeris tatkala pemilik Newcastle United lebih kedekut dan hanya mementingkan keuntungan berbanding kejayaan bola sepak. Rafael Benitez pun turut bersetuju dengan pendapat Tedi ni. Newcastle United telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut, tetapi beraksi buruk menentang West Ham dan dihukum apabila Javier Hernandez menjaringkan dua gol. Javier Hernandez menandakan panggilan semula namanya ke dalam kesebelasan utama West Ham dengan 2 gol ketika anak buah  Manuel Pellegrini menamatkan permainan menentang Newcastle United dengan kemenangan 3-0 di St James 'Park. Selepas permulaan musim yang buruk, Newcastle telah melepaskan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana dengan...

Newcastle akhiri kemarau tiga mata

Imej
NEWCASTLE UPON TYNE: Newcastle United akhirnya meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris pada percubaan ke-11 musim ini selepas mengatasi Watford 1-0 di St James’ Park. Ayoze Perez menanduk masuk sepakan percuma Ki Sung-yeung pada minit ke-65 untuk tiga mata penting yang membawa Newcastle keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-17. Ia adalah gol pertama Newcastle di laman sendiri sejak kekalahan 2-1 kepada Arsenal pada 15 September. Gambar Perez jaringkan gol kemenangan Newcastle United - Reuters “Saya rasa (kemenangan) ini penting buat semua orang,” kata pengendalinya, Rafa Benitez. “Menang ke atas pasukan yang bagus dengan keyakinan tinggi, menang dengan sokongan padu semua pihak di belakang pasukan dan dengan tiga pemain simpanan memberi sumbangan besar, ia amat positif.” Watford mengharungi permulaan yang baik di liga tertinggi Inggeris itu musim ini manakala Newcastle masih tercari-cari kemenangan pertama untuk menutup permulaan buruk...

Newcastle United cuba sambung kontrak Benitez

Imej
Menurut satu laporan oleh Newcastle Chronicle, Newcastle United sedang mencuba untuk menyambung kontrak pengurus Rafa Benitez sebelum kontrak Rafa Benitez tamat pada penghujung bulan Jun nanti. Newcastle United menolak sebarang hubungan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai satu tanda hormat kepada pengurus tersebut. Laporan itu menyatakan bahawa hubungan terbaru adalah daripada bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann, tetapi Newcastle United kononnya telah menolak kerana mahukan Rafael Benitez menyambung kontrak beliau. Laporan Newcastle Chronicle itu hadir setelah France Football melaporkan hal yang sama. Pengarah sukan Newcastle United, Lee Charnley dikhabarkan telah mencuba mendapatkan tandatangan Rafa Benitez sejak dua tahun lalu namun pengurus asal Sepanyol itu dilaporkan telah menolak sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun perbincangan mengenai sambungan kontrak Rafa Benitez itu telah dimulakan semula s...

Benitez nafi mahu beli Miguel Almiron

Imej
Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron . Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron. Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut. Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran' . Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain. "Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan ...

Amaran presiden Atlanta kepada Newcastle: Sediakan tawaran serius untuk Almiron

Imej
Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah. Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu. Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta. Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu). "Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports . "Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."

Jual Newcastle sebelum Januari

Imej
Sekali lagi Mike Ashley, pemilik Newcastle United FC yang juga bos SportsDirect.com kata nak jual kelab kepada pemilik baru. Para penyokong NUFC memang menantikan saat ini kerana Mike Ashley tidak berminat memperkasakan Newcastle United FC tetapi lebih kepada menjana keuntungan. Walaubagaimanapun, telah beberapa kali sebelum ini Mike Ashley "menipu" dengan janji-janjinya untuk menjual Newcastle United. LONDON: Pemilik Newcastle United, Mike Ashley mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris itu sebelum musim perpindahan Januari depan dengan rundingan ketika ini sangat memberangsangkan. Ashley pada Oktober lalu berkata, beliau belum menerima tawaran yang sesuai selepas mengumumkan untuk menjual kelab itu. Ditanya sama ada Newcastle sesuai untuk dijual sebelum musim perpindahan di buka 1 Januari ini, Ashley berkata ia kemungkinan boleh berlaku sambil berharap dapat mencari pemilik yang mampu memuaskan hati semua pihak. “Saya harap ia berlaku sebelum musim perpindahan pada ...

Leeds United intai Freddie Woodman

Imej
Leeds United berminat dengan penjaga gol bawah-21 Newcastle United dan juga England, Freddie Woodman , menurut beberapa laporan. Leeds pada waktu ini kekurangan pilihan penjaga gol, di mana hanya Bailey Peacock-Farrelltheir sahaja penjaga gol yang cergas dan mempunyai pengalaman senior. Penjaga gol Jamal Blackman yang dipinjam dari Chelsea telah kembali ke kelabnya setelah kakinya patah. manakala Will Huffer yang berusia 20-tahun membuat penampilan pertamanya di Championship ketika menentang Bristol City dalam bulan November ini disebabkan oleh krisis kekurangan penjaga gol di kelab Leeds United. Freddie Woodman adalah penjaga gol skuad bawah-21 England dan Newcastle United. The Mirror melaporkan bahawa Leeds akan beralih kepada Woodman yang berusia 21 tahun itu dalam jendela perpindahan pada bulan Januari nanti sebagai penyelesaian kepada isu tersebut. Woodman hanya membuat satu penampilan bersama skuad senior Newcastle United, ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA mu...

Benitez puji Rondon "yang berbeza" selepas jaring 2 gol

Imej
Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez gembira dengan dua gol jaringan Salomon Rondon selepas kemenangan ke atas Bournemouth. Rondon meledak dua kali apabila Toon menang 2-1. Benitez berkata selepas perlawanan: "Apabila kami menandatangani Rondon, kami bercakap mengenai seorang penyerang yang boleh menang pertarungan di udara, boleh mempertahankan bola dan pada masa yang sama boleh bergerak dengan bebas dan mudah." "Dia berbeza dengan Ayoze, Muto atau Joselu dan ini berita baik untuk kami kerana kami mempunyai pilihan yang berbeza yang boleh kami uruskan bergantung kepada permainan." "Dia benar-benar beraksi baik, dan dia masih boleh memperbaiki kecergasan perlawanannya - iaitu dengan bermain lebih banyak dalam perlawanan - tetapi jika dia terus berlatih keras dalam sesi latihan, dia akan menjadi lebih baik dan lebih baik. "Dia tidak begitu pantas, tetapi dia cukup kuat dan seperti yang saya katakan sebelum ini, dia masih boleh meningkat maju."...

Pemain muda Elias Sorensen bakal jadi penyelamat Newcastle United?

Imej
Bos Newcastle United, Rafa Benitez mungkin akan memasukkan Elias Sorensen untuk membantu dalam perlawanan Liga Perdana selepas prestasi hebatnya bersama pasukan Bawah-23. The Sun berkata Benitez telah menaikkan pangkat pemain berusia 19 tahun itu untuk menyertai latihan pasukan pertama menjelang pertembungan pada hari Sabtu ini sebagai tuan rumah melayan kunjungan Bournemouth. Pemain muda Denmark, Sorensen menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 menentang Manchester United Bawah-23 tahun Jumaat lalu untuk meraih gol ke 13 pada tahun ini. Rafael Benitez dikhabarkan akan memasukkan pemain muda Danish si Elias Sorensen untuk membantu jentera serangan Newcastle United. Toon telah menjaringkan hanya tujuh gol Liga Perdana pada musim ini dan berada di tangga kedua jaringan gol paling sedikit iaitu selepas Huddersfield yang hanya jaringkan 5 gol. Joselu mengetuai penjaring terbanyak dengan dua gol manakala Salomon Rondon, Yoshinori Muto dan Ayoze Perez hanya menyumbat satu gol setaka...

Newcastle sambar Muto

Imej
NEWCASTLE United sah menandatangani penyerang Jepun, Yoshinori Muto dari Mainz menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini. Newcastle minggu lalu menyatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Bundesliga itu. Perpindahan Muto lengkap hari ini selepas dia memperoleh permit kerja. "Saya amat berbangga dapat beraksi bersama kelab sebesar ini," kata Muto yang muncul pemain Jepun pertama menyertai Newcastle. Media British melaporkan nilai perpindahan Muto adalah sekitar AS$12.40 juta (RM50 juta). "Saya berharap dapat meraih keputusan yang baik. Sebab itu saya mahu berada di sini. Saya juga mahu beraksi dengan baik dan berada dalam sejarah Newcastle," katanya. Muto, 26, adalah pemain keempat yang menyertai Newcastle selepas kelab itu mendapatkan penjaga gol, Martin Dubravka; pemain tengah, Ki Sung-Yueng dan pertahanan, Fabian Schar. Newcastle akan memulakan kempen liga dengan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di St Jam...

Popular