Munajat - Rabbani
Munsyid: Rabbani Munajat adalah sebuah lagu genre nasyid yang dipopularkan oleh munsyid terkenal dari Malaysia iaitu Rabbani. Nasyid bertajuk Munajat ini adalah sebuah nasyid berentak perlahan dan sayu, menggambarkan pengharapan seseorang semasa berdoa kepada Allah. Munajat adalah perkataan Arab bermaksud merahsiakan. Apabila seseorang bermunajat lazimnya dia berdoa berzikir merayu kepada Allah subhanahu wa ta'ala secara bersendirian selalunya pada waktu orang lain tidur. Lirik nasyid "Munajat" oleh Rabbani Tuhan Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan Tuhan Ku bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan Tuhan Ku sembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan Bisikkanku untukMu Munajatku mohon restu Semoga cintaku bukan palsu Pada desiran penuh syahdu Gelombang lautan rinduku Munajatku dalam syahdu Merindui maghfirah-Mu Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hatiku Ku rindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku Kebesaran-Mu pada kudrat-Mu Ia membina rohan...