T17K11 Tiada Pari-pari Jahat, yang jahat hanya kita
Wow!!! Sambil kelip-kelip mata sikit jangan nampak ada air mata... Hihihi.. Ini Kali kedua Tedi tonton filem Syurga Yang Tidak Dirindukan . Tedi tak pernah rasa filem ni adalah sebuah filem sedih. Gambar para pelakon wanita Syurga yang tidak dirindukan. Tapi tadi pada part si Nadia anak Patresya buat persembahan barulah Tedi perasan dalam persembahannya itu ada satu mesej yang sangat mendalam dan mengusik perasaan Tedi. Dia kata bahawa di dunia ini tiada pari-pari baik atau pari-pari jahat. Yang jahat adalah kita kerana kita asyik dalam kebahagiaan sehingga kita tak perasan penderitaan orang lain. Penderitaan mereka itu membuat mereka menjadi jahat. Jika kita saling membahagiakan nescaya tiada kejahatan di dunia ini. Pari-pari : dewa atau roh perempuan yang elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Ayatnya itu sungguh dongeng sebab tajuk persembahannya itu ialah Dongeng Madani . Tetapi ia ada kebenarannya. Tekanan hidup mungkin akan memaksa seseorang untuk mela...