Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pertanian

[t21h04] Pokok Betik Sudah Patah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pokok betik di belakang rumah patah. Buahnya banyak manakala batang pokok betik itu halus. Master telah menyokong pokok betik itu dengan kayu sebelum ini kerana pokok betik itu tumbang mungkin kerana buahnya terlalu berat, namun lain pula yang jadi apabila batang pokok di bahagian yang disokong dengan kayu itu patah. # Wednesday, 4 August 2021, 18:54 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20210804_185411 # Rumah BBST # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Sungkupan Kulit Kuaci

Imej
Photoshoot raya Sekarang tengah berdiri di lobi sekolah kerana sebentar lagi ada sesi fotografi untuk sambutan hari raya yang bakal menjelma. Lama sangat menunggu cikgu besar menyertai kami, Tedi pun ambil kesempatan ini untuk menconteng apa yang patut.   Ubahsuai rumah siap Semalam siap sudah kerja-kerja pengubahsuaian bahagian hadapan rumah kami.,   Aina kurang minum susu Aina pula semalam kurang minum susu. Tak tahulah sebab apa? Nak kata demam, suhu badannya 36 darjah Celsius sahaja. Gambar Aina si bayi perempuan yang berumur 3 bulan 26 hari. Gambar diambil semasa dalam perjalanan menghantar Aina ke rumah Mak Lang Yan yang menjaganya semasa Master dan Mummy bekerja. Hidungnya bercalar dicakarnya sendiri. Kukunya keras dan melukakan hidungnya jika Aina menggaru hidung # Friday, 16 June 2017, 08:09 # 20170616 # DSC_8905.JPG # Sony D2533 # Lokasi gambar dirakam: https://goo.gl/maps/kaqm9Hs8q5B2FHmYA     Master dan kuaci Itu semua cuma sampingan sahaja....

Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Petang tadi selepas tiba dari Bukit Rokan Utara, Tedi menjenguk serai di laman belakang sebab ada pesanan untuk membawanya ke pejabat Master esok. Saja Master bagi serai tu kepada kawan-kawannya kerana serai ni apabila terlalu banyak akan menyebabkan rumpunnya reput mungkin kerana faktor kebasahan dek kurangnya disinari cahaya mentari. Jadi petang tadi semasa Tedi menuai serai yang sesuai, Tedi cabut rumpunan yang mereput sebelum Tedi asingkan kepada serai tua dan anak serai. Anak serai Tedi tanam semula dengan mencucuknya ke dalam tanah bekas tempat asalnya itu. Ketika ini Tedi terfikir pasal peribahasa jangan pisang berbuah dua kali, yang maksudnya takkan perkara yang sama berulang dua kali iaitu selalunya ditujukan kepada perkara buruk seperti ditipu dan sebagainya. Tedi selalu terfikir kenapa dilarang pisang berbuah dua kali? Rupa-rupanya itu bukan larangan tapi s...

Usahakan ternakan untuk diwarisi anak

Imej
Dari jurutera syarikat cari gali minyak, individu ini bertukar kerjaya sebagai penternak berjaya. Biarpun kerjaya antara kedua-duanya terlalu jauh berbeza, ia bukan halangan bagi pemilik Ladang Ternak Haji Kassim, Datuk Asmawi Kassim, 45, untuk berbuat demikian. Baginya, bukan satu perkara merugikan apabila terpaksa melepaskan jawatan terakhir sebagai konsultan di syarikat petroleum itu kerana beliau sudah membuat perancangan masa depan. “Jika dalam bidang cari gali minyak saya tidak boleh ‘menyerahkan’ tugas kepada anak tetapi dalam bidang penternakan saya boleh berbuat demikian dan berharap mereka mampu mewarisi apa yang saya lakukan sekarang demi masa depan mereka. “Selepas 17 tahun berkhidmat dalam beberapa syarikat gergasi dengan pelbagai tugas berbeza antaranya sebagai jurutera gerudi dan konsultan petroleum, saya mengambil keputusan berhenti pada 2012. “Berbekalkan modal permulaan mencecah RM200,000 saya membeli sebidang tanah seluas kira-kira e...

Popular