Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari kerja Master

[t18j09] Beli Kopi Susu Tedboy Bakery gunakan e-Dompet

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mati-mati Tedi sangkakan gambar ini adalah mengenai kopi susu yang dibeli oleh Mummy di pejabat beliau kerana sesungguhnya hanya Mummy sahaja yang menggemari minuman pelik-pelik sebegini. Tetapi jauh panggang dari api, rupa-rupanya gambar ini adalah gambar kopi susu yang dibeli oleh Master di kedai Tedboy yang terletak di sebelah bangunan Touch 'n Go. Pelik juga bagaimana Master boleht terjebak ke dalam kancah beli kopi ala-ala hipster ni sedangkan duit tak berapa nak ada? Pada masa itu Master bekerja di bawah syarikat TNG Digital iaitu anak syarikat Touch 'n Go. TNG Digital merupakan pembangun TNG e-Wallet dan sekitar tahun 2018 itu merupakan salah satu peneraju e-Dompet Malaysia. Salah satu usaha untuk membanyakkan transaksi penggunaan e-Wallet di samping sebagai satu bentuk token penghargaan kepada para pekerja, TNG Digital bagi elaun dalam bentuk e-Wallet. Pada masa it...

[t17j14] Teh Tarik Session dan rumah Desa Mentari mula disewakan

Imej
Tedi baru terjaga dari lena setelah semalam terlelap awal kerana rasa mengantuk yang amat. Pagi ni terjaga dengan niat nak belajar pasal DOJO Toolkit sikit. Tetapi memandangkan interpretZZ ni sudah lama tidak dikemaskini, Tedi terpanggil untuk mencatat aktiviti pada hari ini sebagai satu memoir. CEO ajak Master minum teh tarik Sumber gambar:  kevin's teh tarik. (AhmadDundee, Oct 2016)   Petang semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Master bekerja telah mengajak beliau menghadiri satu sesi minum teh tarik dan makan sandwich . Mereka membincangkan tentang impian dunia tanpa tunai di Malaysia dan dunia. Rupa-rupanya sesi itu adalah satu sesi untuk kakitangan syarikat itu yang akan dipindahkan ke sebuah syarikat baru. Masih tiada bayangan bagaimana anak syarikat baru itu akan beroperasi, dan tidak juga Master tahu bila masanya dia akan bertugas di tempat baru. Rumah sewa sudah ada penyewa Semalam juga pada jam 8 malam, calon penyewa rumah sewa Mommy di Desa Ment...

[t19i13] Master mencari harta karun

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini Master ada aktiviti mencari harta karun bersama rakan sekerja, meninggalkan Mummy dan anak-anak di rumah. Terpaksalah  Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan  di Klinik Kesihatan Salak. Tamat aktiviti mencari harta karun, Master dan team lead beliau singgah di Masjid Selat Melaka untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah kali pertama Master bersemahyang di masjid ini. # Friday, 13 September 2019, 14:07 # 20190913 # SONY ILCE-5000 # DSC09174 #   Bangunan apakah yang kelihatan dari bilik hotel Master di DoubleTree by Hilton ni? Nampak menarik seolah-olah setiap unit kediaman di atas ada kawasan luar mereka sendiri. Mesti mahal ni. # Friday, 13 September 2019, 16:56 # 20190913 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190913_165609 # DoubleTree by Hilton Melaka # Jam 7:24 malam, Master turun untuk dinner tapi belum ada apa-apa pun...

[t16i07] Hantaran RaFID

Imej
Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan buat Master kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga. Project Manager sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati. Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan. Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Master mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit. Selain itu Master juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM. Oh sedapnya kalian...

[t22i27] Panduan main boling pemain kidal buat Master

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lusa pejabat Master akan adakan sesi bermain boling di Bukit Jalil. Tak tahulah sama ada Master akan dapat turut serta atau tidak kerana pada masa ini Aina dan Aidan sedang demam, batuk dan selsema. Aina pula paling teruk keadaannya sehinggakan semalam dan kelmarin Aina diberi rawatan aerosol menggunakan nebuliser. Memandang sudah lama Master tidak bermain boling maka pada pagi ini Master meminta Tedi memberikan pencerahan mengenai pemilihan bola boling yang sesuai untik dirinya. Panduan ini adalah bersandarkan kepada kiriman sebelum ini bertajuk  [T15F06] Tips memilih bola boling .   Berat bola boling yang sesuai untuk Master Berat bola boling adalah dalam pound. Berat bola boling yang dicadangkan adalah 1 per 10 berat badan kita (dalam pound). Berat badan Master adalah 65.91 kilogram bersamaan dengan 145.30668 pounds. Jadi berat bola boling yang harus dipilih Maste...

[t14g23] Cabutan bertuah Touch 'n Go

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Gambar hadiah cabutan bertuah coklat Hershey's Kisses yang dimenangi Master melalui nombor 260. # HERSHEY'S KISSES 260 brand creamy milk chocolate with almonds Net Wt. 36g 2371 # # Wednesday, 23 July 2014, 12:36 # 20140723 # 20140723-IDAZZ-ILCE5000 TnG Lucky Draw (3) # kamera DSLR SONY ILCE-5000 #   Gambar bumbung menara Ibu Pejabat Takaful Ikhlas iaitu Menara Ikhlas dari tingkat pejabat CEO Touch 'n Go. Jarang-jarang dapat naik ke tingkat ni kalau setakat pekerja pangkat biasa-biasa. Master naik kali ini sebab ada majlis cabutan bertuah di situ. # Wednesday, 23 July 2014, 12:25 # 20140723-IDAZZ-ILCE5000 TnG Lucky Draw (52).JPG # SONY ILCE-5000 # Bangsar South # ~20140723~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t22e10] Templat Mesej di Luar Pejabat untuk Profesional

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Berikut ialah senarai mesej di luar pejabat (out of office) yang boleh Master gunakan pada konfigurasi pembalasan automatik (auto-reply) email pejabat jika mahu bercuti. Thank you for your message. I am out of the office on <tarikh cuti> and will have limited email access while I am away. I will respond to your email when I return. Mesej di luar pejabat ini penting untuk memaklumkan kepada penghantar email bahawa kita sedang bercuti jadi mereka takkan tertunggu-tunggu jawapan daripada kita. Selain hanya memaklumkan bila kita bercuti, kita juga boleh letakkan nama rakan sekerja yang boleh dihubungi jika ada keperluan mengejut. ~20220510~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

T17G29 Master sah join JVCo

Imej
Gambar sekadar hiasan Semalam Master telah disahkan oleh Special Officer CEO untuk sertai JVCo. Pegawai Khas CEO juga telah berbincang dengan penyelia Master dan memutuskan bahawa Master akan sertai JVCo pada bulan November 2017 . Ini adalah kerana Master dikehendaki memulakan satu projek baru pada 1 Ogos dan wajib disiapkan pada Oktober 2017 . 3 bulan lagi baru Master akan dapat sertai pasukan baru dan projek baru. Sehubungan dengan itu Tedi sebagai penasihat khas kepada Master telah menasihati beliau untuk tidak menarik balik mana-mana permohonan kerja yang telah dihantar, sebaliknya harus merebut sebarang peluang untuk mendapat gaji yang lebih baik. Master seharusnya lebih demanding dan berkeyakinan dan jual mahal. Master seharusnya mengungkapkan kata-kata, "get me if you can" . Bulan November itu agak lewat, jadi Master harus berpegang kepada siapa cepat dia dapat. Pada petang semalam juga telah berlangsung upacara farewell untuk 3 bekas rakan sekerja Master. ...

Master Tandatangani Kontrak Kerja Baru 2020

Akhirnya Master menjejakkan kakinya ke pejabat Sumber Manusia syarikat barunya yang terletak di Cyberjaya untuk menandatangani borang-borang dan kontrak kerja barunya. Master tiba di pejabat cawangan Cyberjaya itu pada jam 9:15 lebih kurang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Faktor yang menyumbang kepada kelewatan adalah kesukaran untuk keluar simpang di taman perumahan kami, dan kesesakan lalulintas di flyover tak siap di Kota Warisan. Semasa Master menunggu dia sempat WhatsApp kawannya yang bernama OS. Pakcik OS bekerja dengan TC Sense yang kebetulan menjadi vendor kepada Touch 'n Go Sdn Bhd. Selesai sahaja Master mesej pakcik OS, mereka bertembung di pintu lif. Tak bolehlah nak berbual. Perjumpaan dengan pengurus Sumber Manusia syarikat baru Master itu adalah untuk tandatangani kontrak pekerjaan. Selain itu Master sempat juga mengisi borang potongan zakat, kali ini melalui Lembaga Zakat Selangor, tidak seperti sebelum ini yang mana Master buat potong...

Selamat tinggal Touch 'n Go dan TNG Digital

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Selamat Tinggal Touch 'n Go dan TNG Digital   Akhirnya setelah hampir 7 tahun berkhidmat dengan Touch 'n Go Sdn. Bhd. dan anak syarikatnya TNG Digital Sdn. Bhd., Master memutuskan untuk meletakkan jawatan dan bekerja di syarikat lain pula. 24 Jun adalah hari terakhir Master berkhidmat di TNG Digital Sdn Bhd. TNG Digital adalah syarikat yang membangunkan dompet digital TNG e-Wallet untuk Touch 'n Go Sdn. Bhd. Sepatutnya hari terakhir Master bertugas di TNG Digital ialah pada 26 Jun, tetapi Master mengambil cuti 2 hari supaya kami sekeluarga dapat bercuti berjalan-jalan pada musim Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Maklumlah rakyat Malaysia telah dibenarkan mengembara rentas negeri, maka peluang untuk bercuti ini nampak wajar sebelum Master sibuk bekerja di syarikat barunya. Ramai yang bertanya kenapa Master mahu bertukar kerja? Sebab musabab yang utama adalah Master nak bekerja di Cyberjaya. Dekat sikit perjala...

26 Nov, harinya telah tiba...

Imej
Sudah 6 saat setelah jam berdeting 12 kali. Hari ini adalah 26 November 2013, tarikh terakhir Master bekerja di syarikatnya ini. Ironinya tarikh akhir ini juga merupakan tarikh kelahiran Mommy. Jadi peristiwa manakah yang perlu diraikan? 6 tahun sudah berlalu... satu tempoh yang tidak singkat. Dahulu, Master hadir ke syarikat ini dengan hati yang berat. Dia tiada niat mahu bekerja di sini, sebaliknya hanya menurut permintaan Mommy. Temuduga dihadiri dengan saja-saja, tatkala tenaganya sudah lama hilang ditelan perjalanan menaiki kenderaan awam. Dahulu di Cyberjaya pengangkutan awam tidak secekap mana. Pohon-pohon juga tidak sebanyak mana. Tiada bayang yang memayungi langkah Master membuatkan dia kepanasan ketika saat ditemuduga. 2 kali. Ya, hanya 2 kali Master menunaikan solat istikharah. Pertama ketika Master mahu hadir temuduga di tempat kerjanya sekarang, dan kedua ketika dia bakal ditemuduga untuk kerja barunya nanti. Hanya 2 kali itulah dia beristikharah sedangkan bany...

Selamat tinggal SDU level 6

Imej
Semalam kawan-kawan sekerja Master telah menjemput beliau makan-makan sempena pemergian Master ke jabatan baru. Makan-makan itu diadakan di sebuah restoran makanan segera di Nexus di Bangsar South. Jika Master bersendirian, pasti Master takkan singgah di restoran makanan segera tersebut sebab ia ada menghidangkan arak. Apabila sesebuah kedai menghidangkan arak dengan automatiknya Master pasti bahawa penyedia makanan di sana tak ambil tahu atau tak amalkan konsep halalan toiyiban seperti yang diperintahkan dalam al-Quran. Tetapi tidak mengapalah, Master abaikan sahaja demi hormati tuan rumah, cuma kepada sesiapa Muslim yang membaca tulisan ini, Tedi seru untuk jauhi tempat makan sebegini kerana apabila ada orang Islam makan di kedai yang tergantung botol-botol arak sudah pastilah ia menjadi tanda sokongan kepada mereka, padahal sepatutnya kita anti dengan arak dan premis-premis yang ada arak. Menyentuh mengenai teman sekerja di SDU level 6 ni, Master agak sedih meninggalkan mereka keran...

Mencari Harta Karun dalam Aktiviti Bina Pasukan

Mencari Harta Karun di Melaka Jam 4:30 pagi 13 september 2019 nanti Master akan terpaksa bergerak ke Bangsar South kerana Master perlu berada di pejabat jam 6 pagi. Tujuan utama bergerak dari rumah pada jam 4:30 pagi tu adalah untuk keluar kariah sebelum Subuh untuk mendapatkan pengecualian solat Jumaat kerana bermusafir.  Beliau akan menyertai satu pencarian harta karun menaiki kereta Viva bersama kawan sepejabatnya. Pencarian harta karun tersebut akan bermula dari Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan berakhir di Jonker Walk di Melaka. Mereka perlu menyelesaikan soalan atau panduan menggunakan aplikasi Goose Chase. Tema Denim Biru Pada waktu malamnya pula ada majlis makan malam bertemakan denim biru. Nasib baik Master ada baju denim tersebut dan dipadankan dengan mana-mana seluar jeans yang selalu dipakai ke pejabatnya. Aktiviti bina pasukan pejabat Master ni akan berlangsung selama sehari setengah sahaja di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka.

Berjalan ke UniKL Kuala Lumpur

Imej
12 Feb 2009 08:55 Khamis Gambar semasa Master dalam perjalanan pergi kerja ke UniKL Kuala Lumpur. Pada masa itu Master menggunakan LRT atau Komuter untuk berulang-alik ke UniKL Kuala Lumpur. Kalau naik LRT, turun di Stesen LRT Dang Wangi, tapi nak kena tukar train di Masjid Jamek. Kalau naik komuter, boleh naik di Stesen KTMB Bank Negara, tapi nak kena menapak jauhlah melepasi SOGO dan sebagainya. Gambar ini menunjukkan sebuah kereta Perodua Kelisa diekori sebuah van sedang melepasi persimpangan berlampu isyarat, di mana ketika itu ramai penunggang motosikal sedang menanti giliran mereka untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan juga landasan monorail.

Negatif Oktober

Imej
Bulan Oktober 2018 ini adalah satu bulan yang dinantikan tetapi menjadi tragis buat diri Master. Dikhianati... itulah perasaan Master apabila janji bos beliau untuk kenaikan gaji tidak dipenuhi. Bos jabatan Sumber Manusia pula buat tidak mengerti, tapi masih berkata manis di bibir. Lama Master mengambil masa untuk sedarkan diri bahawa ini semua kehendak Illahi. Lama Master membenarkan negativity menyelubungi diri. Master mula berkata sendiri-sendiri, pinggan tak retak nasi tak dingin , kau tak hendak, aku pun tak ingin. Kadangkala Master menyumpah seranah dalam bahasa Inggeris seorang diri. Nampaknya Mommy pun turut terkesan dengan kegelapan yang menyelubungi jiwa Master. Mommy sangkakan Master ada  girlfriend lain. Siapa sahaja boleh marah jika dituduh sedemikian, tapi Master rasa lucu. Inilah akibatnya memendam rasa dan hanya membuat sangkaan. Tapi Master faham, mungkin ini bukan angkara bos besar yang berjanji tersebut, mungkin ia adalah angkara bos kecil yang membe...

Mr F ke Axiata Digital

Hari ini adalah hari yang agak menyedihkan buat Master sebab seorang kawan sekerja beliau kerana hari ini adalah hari terakhir Mr F bekerja bersamanya. Mr F akan memulakan kerja baru di Axiata Digital untuk produk e-wallet berjenama Boost. Sebab utama beliau ke sana adalah peluang untuk belajar teknologi baru yang digunakan oleh Boost, di samping faedah yang disediakan syarikat Axiata Digital kepada para pekerja. Malam ni Tedi tolong filter dan upload gambar ke Cameron Highland hari tu. Banyak pula gambar yang sangkut semasa upload.

Master update resume

Imej
27 Mac 2018: Kemaskini CV Master mula kemaskini dan hantar resume kepada sebuah syarikat di Cyberjaya. Adakah Master akan bekerja di Cyberjaya selepas ini? Entahlah... Apa yang penting pada masa sekarang ni ialah update resume dan hantar sahaja kepada mana-mana job opening yang bersesuaian, mungkin di Cyberjaya dan Bangsar South. Semalam ada job hunter tanya Master jika berminat untuk bekerja di Mont Kiara... macam jauhlah pula... Dua Jumaat Lalu Pada dua minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Masjid Ar-Rahah untuk menunaikan solat Jumaat, Master sempat berbual dengan seorang pakcik yang tidak dikenali. Perbualan itu berlaku dalam sebuah lift. Pakcik itu adalah pekerja Amway bahagian kewangan. Master tanpa segan silu bertanya jika ada kerja kosong di AMWAY. Pakcik tu kata ada.. memang ramai diperlukan, dan ada email dalaman syarikat AMWAY meminta para pekerja mereka mencadangkan sesiapa sahaja untuk bekerja. Bagi jawatan yang sesuai dengan Master, lokasi pejabatnya adalah ...

Popular