Aina Aidan Balok 2020
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sempena cuti Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 jatuh pada hari Isnin, kami pergi bercuti ke Kuantan. Timurbay Seafront Residence Di Kuantan kami menginap di homestay di rumah pangsa yang dinamakan Google Maps sebagai Timurbay Seafront & Beach Residence. Nak juga guna nama Inggeris walaupun dah merdeka 63 tahun. Acah-acah hebatlah tu. Rumah pangsa ini terletak di Jalan Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26080 Balok, Pahang. Orang yang menginap di sini boleh berkunjung ke Pantai Balok, Tanjung Lumpur, Teluk Chempedak malah ada juga yang ke Kemaman untuk makan sata. Gambar pemandangan laut dan pantai dari Timurbay Seafront Residence di Kuantan di Malaysia. Kami mendapat unit homestay menghadap laut. # Sunday, 30 August 2020, 07:54 # IMG20200830075401 # OPPO OPPO Reno2 # Rumah pangsa ini terdiri dari 2 blok iaitu Tower A dan Tower B. Punyai 4 buah lift dari tingkat G sehingga 13A. Menurut seorang pekerja setiap tingk...