Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel artis

Hentam Shila Hamzah... tapi...

Imej
Aiseh, tertengok la pulak! Ha! Kan ayah Shila Hamzah dah marah tu! Sampai sekarang Tedi keliru kenapa nama dia ND Lala? Tanya Master memang tak dapat jawapan la sebab Master bukan layan sangat pasal artis ni. Dia kenal Mawi dan Akademi Fantasia pun sebab terbaca pada pembungkus nasi lemak! Sebelum tu tak pernah dengar AF pun. Kolot kan Master tu? Hutang gambar:  Konflik Shaarnaz Dan Nd Lala Konflik ni pun Tedi tak pernah ambil tahu, tapi Tedi kongsi la sebab dah hutang gambar. ----- Apa ceritanya Tedi oiii... tiba-tiba ambil tahu hal Shila Hamzah? Sekarang ni dalam bloglist Tedi diserbui oleh gambar2 sesusuk tubuh berbungkus baju senam yang sendat menampakkan susuk2, kontur2, bentuk2, atau permukaan2 yang tak sepatutnya dilihat oleh seekor Beruang Tedi yang comel & nafi macam Tedi ni. "Naif la sangat!" Tedi terlawat la pula salah satu kiriman itu semata-mata tertekan "more" kerana nak baca ayat twitter Shila Hamzah. "Tak kisah la tu, terlawat...

Jalaluddin Hassan dan budak sekolah menengah..

Imej
Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya. Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome . Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni." Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous  juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master. Manakala Master pula blur  dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut. Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas. Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni." Master menepuk dahi beliau... "Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master. 19 Mac 2014.

Popular