Master selalu ada ulser dalam mulutnya. Master perasan jika dia rajin berjaga pada waktu malam ulser selalu datang. 

Apa itu ulser mulut?

Alah luka-luka kecil dalam mulut tu ada di pipi, ada yang di bawah lidah, malahan di gusi pun boleh ada ulser. Ada satu ulser dalam mulut pun dah mengganggu selera makan. Pedih bila makan makanan pedas, tak pedas pun pedih juga.

 

Maksud ulser mengikut kamus

Ulser dalam tulisan jawi: اولسر

Tetapi untuk lebih mengetahui makna yang lebih tepat lebih baik kita rujuk kamus:

Definisi : (Ubat) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 
ist kerosakan pada permukaan sesutu organ atau tisu yg mengakibatkan luka. 
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah untuk ulser kecil dalam mulut akibat jangkitan kulat ialah "afta".

 

Punca ulser dalam mulut

Ulser terbaru yang menyerang Master ada 3 sekaligus dan besar pula tu. Tiba-tiba sahaja mereka datang. Menimbulkan seribu persoalan.

Tedi bertanya kepada cermin ajaih bernama Google apakah sebab ada ulser dalam mulut dan jawapannya ialah: 

Penyebab yang paling biasa adalah kecederaan, seperti tergigit bahagian dalam pipi.  Sebab-sebab lain termasuk ulserasi aphthous, ubat-ubatan tertentu, ruam kulit di mulut, jangkitan virus, bakteria dan kulat, bahan kimia, beberapa penyakit perubatan sistemik dan yang jarang menjadi punca ialah keganasan.

Pasal tergigit pipi tu jelas puncanya. Mesti ingat kalau tergigit pipi atau bibir. Tak tahulah kalau tergigit waktu tidur.

Tapi kalau ulser bawah lidah dan di gusi mestilah bukan disebabkan tergigit. Macam mana nak gigit bawah lidah dan gusi?

Jadi punca ulser mulut Master mesti benda lain.

 

Punca ulser bawah lidah

Menurut Dr David Murchison dari University of Texas;

Kerengsaan di bawah lidah atau kawasan mulut yang lain boleh menyebabkan lepuh dan terbentuk menjadi ulser di bawah lidah.
Beberapa makanan yang biasanya menyebabkan luka mulut di bawah lidah anda adalah perasa kayu manis, ubat gigi, atau ubat kumur.

Dr. Murchison mencadangkan agar kita elakkan penggunaan bahan perengsa dan menggunakan rawatan topikal untuk merawat kesakitan dan mencegah lebih banyak kerengsaan di mulut anda.

 

Rujukan