Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Xiaomi Redmi Note 5A Prime

[t19c16] Aina Nak Adik? Kisah Cari Katil Bayi di Mamakiddies Alam Nusantara

Imej
Info Kedai Barangan Bayi: Mencari car seat atau katil bayi di Shah Alam? Pengalaman melawat Mamakiddies di Alam Nusantara untuk melihat kelengkapan bayi secara terus sebelum membeli. Isi Kandungan: Lawatan ke Mamakiddies Shah Alam Barangan dijual atas talian Katil Bayi untuk Adik Aina Jelajah Kedai Mamakiddies Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam. Alang-alang ke sana, kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor . Walaupun di tingkat 3, kedai barangan bayi Mamakiddies ni ada lif, jadi jangan risau terpaksa memanjat tangga. Siapa nak panjat tangga beli barang ya tak? Tedi pada mulanya agak gusar apabila tahu kedai barangan bayi Mamakiddies ni terletak di tingkat 3, mahu Tedi kena tolong Master angkat barang nanti, sebab siapa nak dukung Aina pula turun tangga? Itupun kalau dia nak didukung, selalunya...

[t18l22] Aina dan Gaun Krim

Imej
Memori 2018: Majlis Pertunangan di Seksyen 19, Shah Alam Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga telah menuju ke Seksyen 19, Shah Alam. Tujuan utama kami adalah untuk menghadiri majlis pertunangan salah seorang anak saudara Mommy. Perjalanan Dua Jentera Kami bertolak dari rumah sebelum jam 1 petang dengan menaiki dua buah kereta bagi menampung bilangan ahli keluarga yang agak ramai: Subaru XV 2015 STI: Dipandu oleh Mommy, membawa penumpang Tok Ma, Mak Long, Ammar, dan sudah semestinya, Aina. Perodua MyVi: Dipandu oleh Master, bersama Tok Abah, Tedi, dan Mak Su Izati. Kami menggunakan Lebuhraya Elite melalui Plaza Tol Bandar Serenia yang masih baru ketika itu, dan keluar di Plaza Tol Ebor . 22 Disember 2018, 15:18, Sabtu Animasi Aina dengan gaun kanak-kanak berwarna krim. Ketika ini Aina berumur 1 tahun 10 bulan 0 hari. 201812221518 Persinggahan di De Palma Hotel Setibanya di Shah Alam, Master memandu MyVi terus ke De Palma Hotel . Sebaik sahaja meletakkan kereta, kami mendapati ...

[t19d07] Aina Pandu Bas di AEON Mall Nilai

Imej
Sudah beberapa hari Aina ajak pergi ke taman, setiap hari ketika ke rumah pengasuh duk ajak pergi taman. Taman bagi Aina cukuplah jika ada tempat untuk kanak-kanak berusia dua tahun tu berlari-lari, dan jika ada gelongsor untuk dia panjat dan turun adalah lebih baik lagi. Hari hujan, maka untuk ke taman permainan kanak-kanak adalah mustahil, jadi taman yang sesuai untuk Aina adalah taman indoor  di mana jika di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini kami selalu tuju ke Giant Nilai.  Animasi Aina memandu sebuah bas di AEON Mall Nilai. # Teks: Delicacy Dining Car. # Sunday, 7 April 2019, 19:08 # VID_20190407_190750-ANIMATION # AEON Mall Nilai. No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tetapi petang tersebut kami ke AEON Mall Nilai sebab Mummy nak jemput gelang tangan yang ditempah di sana hujung minggu lalu di kedai emas Habib Jewels yang terletak di tingkat tanah AEON Mall. ...

[t18l13] Aina dan Roti Canai; Tengok Air Pancut Menara TM

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 13 Disember 2018 22:15, Khamis Animasi Aina sibuk nak makan roti canai Xiaomi Redmi Note 5A Salah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa. Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap. Dia selalunya akan menyibuk apabila Master nak makan roti canai kosong. Ketika ini Aina baru berumur 1 tahun 9 bulan 22 hari. Melihat Air Pancut di Menara TM 13 Disember 2018, 20:39, Khamis Aina sedang memerhatikan air pancut di Menara TM. Xiaomi Redmi Note 5A  Jika kawan-kawan perasan, Aina makan roti canai tu pada jam 10 malam. Kami balik lewat sebab tunggu Mommy habis kerja, dan semasa tunggu Mommy tu, Master sempat bawa Aina jalan-jalan tengok air pancut di sekitar Menara TM. Aina macam biasa pantang nampak air nak terjun masuk dalam kolam selain nak sentuh air tu, tapi Master tak bagi dia sentuh walaupun setitis air pancut tu sebab air pancut ka...

[t18l17] Mama Dobi di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajama'in. Assalamu'alaikum, karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian:  Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing ,  Kedai Dobi bukan layan diri, Mama Dobi , dan  Jom naik atas, takut . 17 Disember 2018, 20:51, Isnin Mama Dobi - Wash and Dry Specialist Nombor telefon: Manja 017-3386723, Shawal 014-3995598 Cucian biasa RM 2.50 per kg, cucian karpet RM 1 per kaki, comforter atau toto RM 15 sehelai. chemical, plastik dijual di sini penghantaran dan pengambilan disediakan Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing Tedi baru sahaja selesai sidai baju di ampaian dan buang sampah sedikit. Gamaknya jiran sebelah pun cuak semacam je apabila dengar bunyi bising di tong sampah. Badan tak berapa sihat, macam nak selsema tapi tak jadi, adalah sedikit  running nose kata orang putih, kalau kata orang Melayu hingus meleleh, mungkin panas dalam ...

Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Basuh toto guna mesin basuh 15 kg Basuh Toto Mesin Basuh 10 KG di De'Salju Laundry Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Tajuk karangan ni sebenarnya sudah wujud sejak 12 Oktober 2018 lagi, ketika itu Tedi dan Master bertelagah nak guna mesin basuh berat berapa kilogram untuk basuh toto? Hari ini masalah itu kembali menghantui kami dan kerana itulah Tedi teringat tentang tajuk karangan ini sekaligus berazam untuk menyudahkannya walaupun hanya dengan menaip di telefon pintar. Bila lagi nak dapat masa untuk mengarang ya tak? Di kedai dobi layan diri 24 jam Laundrybar ini ada 3 mesin basuh dengan berat berbeza iaitu 10 kg, 15 kg, dan 28 kg. Kami nak basuh toto seh...

[t21k15] Ketibaan Pengganti Redmi Note 5A Prime

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala, tadi sebaik sahaja kami tiba di rumah setelah bercuti di hotel Lexis Hibiscus Port Dickson, telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S yang dibeli oleh Master melalui portal e-dagang Shoppee pun tiba melalui khidmat penghantaran J&T Express. Betul-betul belum pun sempat turun kereta, telefon pintar itu sampai. Jika kawan-kawan pernah membaca kiriman bertajuk  Mencari Pengganti Redmi Note 5A Prime  sebelum ini Master telah meminta Tedi menyenaraikan calon pengganti telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime beliau dan akhirnya Master telah terpikat dengan keluarga telefon pintar Redmi Note 10 yang terdiri daripada Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G, dan Redmi Note 10 Pro. Berrsandarkan bajet tidak lebih MYR 800 , Master sudah pasti bahawa beliau hanya mampu membeli telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10 . Tetapi pucuk ...

T21G17 Mencari Pengganti Redmi Note 5A Prime

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jika mengikut rekod dalam karangan  Bermula era Redmi Note 5A Prime , bermakna telefon pintar Master itu telah berusia 3 tahun. Macam masih baru, tetapi ada beberapa aplikasi tidak boleh dipasang. Sebelum ini Tedi pernah kisahkan mengenai hajat Master untuk beli telefon pintar baru setelah  Redmi Note 5A Prime tak boleh hidup  iaitu pada 20200918 dan kini setelah 10 bulan, Master masih belum beli telefon  pintar baru. Benda masih boleh guna kenapa nak tukar kan? Tapi tadi prinsip Master tergugat kerana ternampak iklan telefon pintar OPPO A93 berharga RM 799 dalam jualan kilat Lazada, bermakna Master hanya ada tidak sampai 24 jam untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak telefon tersebut? Apa yang membuatkan tergugat iman Master tu sebab harga asalnya tu RM 1299. Kalau tak pakai sendiri, boleh bagi Tokki agaknya ni sebab Tokki pun guna telefon pint...

T18D12 Bermula era Redmi Note 5A Prime

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu ála rasulullahi wa alihi wa sohbihi ajmaín Karangan ini adalah catatan aktiviti kami sekeluarga pada 12 April 2018. Bawa baby Aina ke Pusat Rawatan Harian dan Klinik Pakar HKL Hari ini aktiviti kami bermula dengan membawa si bayi, Nor Aina, ke Hospital Kuala Lumpur. Kali ini temujanji Aina adalah dengan klinik pakar neurosurgeri kalau tak silap. Tujuan pemeriksaan kali ini adalah memastikan retak pada kepala Aina takkan membawa kesan buruk kepadanya. Belakang kepala Aina retak setelah dia tercampak dalam sebuah kemalangan yang kami sekeluarga alami di Cyberjaya. Tedi belum berkesempatan merakam kisah kemalangan tersebut. Segala puji bagi Allah. Doktor yang memeriksa bayi Nor Áina memaklumkan bahawa dia tidak mengesan sebarang pembesaran pada keretakan pada kepala Aina. Doktor tunjukkan di bahagian mana yang retak pada kepala bayi Aina, dan kata selalunya ia dibiarkan pada bayi kerana ia boleh sembuh sendiri, tetapi boleh jadi juga keretakan i...

Kedai Baiki Basikal di Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tayar Basikal Gilank Meletup Maka hendak dijadikan cerita pada petang Jumaat tayar basikal Gilank yang baru dibeli di kedai superviral tu telah meletup tayar belakang semasa Master membawa Aina ronda-ronda di sekitar taman perumahan kami. Usia basikal ini semasa tayarnya meletup baru lebih kurang 19 hari. Mungkin Master dan Aina berat sangat. Pada hari Sabtu, Master membawa basikal itu kembali ke kedai superviral manalah tahu pemborong dan penjual basikal itu ada sediakan perkhidmatan membaiki basikal, ternyata tekaan Master sebelum itu tepat, kedai tu hanya tahu jual basikal dan alat ganti basikal sahaja, mereka tidak sediakan perkhidmatan membaiki basikal. Maksudnya kedai superviral itu bukanlah kedai basikal sejati yang cintanya kepada basikal. Maka bermulalah episod kami mencari kedai repair basikal di sekitar BBST ni. Jika dicari menggunakan enjin carian Google mak...

Bangsar South Shuttle Bus

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Alhamdulillah, pada malam ini Tedi merajinkan diri untuk sunting satu gambar sebagai tatapan pada masa hadapan. Gambar bas "Bangsar South Shuttle Bus" ini menjadi pilihan setelah sekian lama tidak muat naik gambar bas, hehe. Kiriman-kiriman lama mengenai gambar-gambar bas pun mungkin perlu dilawat semula dan disunting untuk disesuaikan dengan paparan mobile. Bangsar South Shuttle Bus. BKK 2936. Gambar bas shuttle yang mengangkut penumpang secara percuma dari Bangsar South (nama lama Kampung Kerinchi) ke Stesen LRT Universiti (sempena nama Universiti Malaya yang terletak berhampiran). # Wednesday, 30 October 2019, 14:04 # 20191030 # IMG_20191030_140434.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/AG7iiyf4dhjpqnxg8  # Entah kenapa pada malam ini Tedi memilih untuk menggunakan lebar gambar 1024 dan tidak 600 seperti biasa. Mungkin Tedi sudah ...

Redmi Note 5A Prime tak boleh hidup

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Buat hal pula Redmi Note 5A Prime ni Hari ini telefon pintar Master si Xiaomi Redmi Note 5A Prime tu buat hal pula tak mahu hidup, walaupun ada paparkan logo Mi dan kadar cas bateri sebanyak 36%. Hard Reset Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime Hasil carian Google mengatakan boleh hard reset untuk hidupkan telefon pintar Redmi Note 5A tersebut. Cara untuk hard reset telefon pintar Xiaomi redmi Note 5A Prime ialah dengan menekan butang kuasa dan butang kuatkan suara secara serentak. Apabila logo Mi keluar, lepaskan tekanan ke atas butang kuasa sambil kekalkan menekan butang kuatkan suara. Master cuba beberapa kali namun hampa. Inilah rupa telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime yang dibeli Master dua tahun dua bulan lalu dengan harga RM 599. Masalah Bateri atau Motherboar d? Selain itu ada juga ki...

Selamat tinggal Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hari ini menjadi satu lagi sejarah apabila doktor mengatakan bahawa Aina tidak perlu lagi hadir ke Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur. Doktor menyatakan bahawa parut di dahi Aina sudah matang, tiada kelihatan sebarang gejala yang membimbangkan. Doktor kata parutnya itu takkan dapat dihilangkan, tunggu sahaja apabila dia sudah besar nanti jika Aina mahu melakukan pembedahan plastik. Aina mengalami kecederaan itu setelah kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan pada 21 Disember 2017. 9 Januari 2019 jam 11:36 pagi hari Rabu Temujanji terakhir Aina di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur. Aina sedang makan jelly yang diberikan seorang jururawat di luar klinik pakar tersebut. Pada masa ini Aina berumur 1 tahun 10 bulan 18 hari. Dirakam menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.   9 Januari 2019 jam 9:35 pagi hari Rabu Tiba di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala ...

Panorama dari Pantai Permai

Imej
15-November-2019 Gambar pemandangan malam dari Perumahan Pantai Permai. # Friday, 15 November 2019, 19:18 # 20191115 # EFFECTS # Xiaomi Redmi Note 5A # Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur # 18-Disember-2018 18 Disember 2018 09:25 Selasa Gambar panorama Bangsar South dan Bangsar dari Pantai Permai. Gambar ini diambil oleh Master selepas meghantar Aina. Jujukan gambar dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A sebelum dicantumkan oleh Google Photos Assistant 201812180925 18 Disember 2018 09:21 Selasa Aina sempat berposing sebelum dihantar Master ke rumah pengasuh. Xiaomi Redmi Note 5A 201812180921

Lampu Panel LED CSL

Imej
Lampu panel LED kegemaran Master dibeli pada harga RM 27 (dua puluh tujuh Ringgit Malaysia). Lampu panel LED ini tidak gunakan mentol sebaliknya menggunakan sekeping panel LED. Master beli untuk dipasang dalam bilik air di bilik tidur utama. Ini adalah set kedua dibeli Master. # Monday, 2 September 2019, 17:31 # IMG_20190902_173105 # Xiaomi Redmi Note 5A

Menu Buka Puasa Biskut dan Sup

Imej
Puasa pada tahun 2019 ini merupakan satu puasa yang agak bermakna bagi kami sekeluarga sebab Aina dah berusia 2 tahun. Budak perempuan ni pun dah pandai nak berbuka puasa walaupun tak puasa, dan mungkin Aina adalah ahli keluarga kami yang paling sibuk semasa berbuka puasa. Aina ni susah nak makan nasi. Lebih banyak nasi ditaburnya berbanding yang masuk ke dalam mulut dan perut. Aina juga hantu biskut, dan hantu sup. Dia memang suka makan biskut terutamanya biskut cream crackers. Sup bagi Aina adalah sebarang jenis kuah dan istilah itu agak tepat kerana orang putih memanggil kuah sebagai sup ( soup ). Pada hari pertama berbuka puasa pada tahun 2019 ni, punyalah banyak makanan atas meja (banyak untuk 3 orang makan), Aina tetap nak makan biskut. Lebih haru lagi dia nak sup, dan hasilnya... biskut cream crackers cecah sup tulang padu punya. Hari pertama berbuka puasa bersama, Aina mencipta menu berbuka puasanya sendiri iaitu biskut cream crackers dicicah dengan sup daging. Umur Aina p...

Popular