Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Subaru

Deruman Gemuruh Subaru 2.5 liter

Imej
Tanpa ragu-ragu lagi Tedi akui yang Tedi pernah dengar bunyi deruman yang sungguh ketara, dan apabila Tedi palingkan kepala kelihatan Subaru di kejauhan. Ia adalah bunyi deruman enjin yang sungguh bergemuruh dan Tedi tahu maksudnya, sebuah enjin boxer 4-flat 2.5 liter sedang menghala ke arah Tedi, dan kebisingan derumannya itu bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga Tedi ini. Tapi kenapa bunyi enjin boxer 2.5 liter Subaru amat berbeza dengan bunyi enjin-enjin lain di jalanan? Nasib baik ada kawan Tedi dari Engineering Explained yang sudi menjelaskan berkenaan fenomena ini. Enjin boxer Subaru adalah enjin rata melintang-bersetentang di mana silinder-silinder omboh enjinnya disusun secara melintang melawan satu sama lain. Susunan itu menghasilkan enjin yang tidak berapa tinggi, sekaligus membenarkan kereta-kereta Subaru lebih rapat ke tanah. Rekabentuk itu sahaja sudah cukup untuk memberikan enjin boxer Subaru bunyi yang berlainan, namun enjin 2.5 liter mempunyai satu lagi ciri...

Popular