NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...