Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201308

[t13h04] Pengalaman Membeli-belah di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor dengan Kamera Canon EOS 500D

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Pusat Membeli-belah Edaran Impian Suri Gambar ini diambil pada Ahad , 4 Ogos , jam 12:23 menggunakan kamera Canon EOS 500D , dengan nama fail IMG_9450.JPG di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor . # 20130804 Gambar ini diambil di sebuah kedai bernama Edaran Impian Suri yang terletak di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Kelantan . Kedai ini adalah pusat membeli-belah bebas cukai yang menyediakan pelbagai barangan untuk borong dan runcit. Ia dipromosikan dengan papan tanda berwarna merah yang memaparkan tulisan “ Pusat Membeli-Belah Edaran Impian Suri ”, “ Duty Free / Borong dan Runcit ”, serta teks dalam tulisan Jawi, Thai dan Cina. Di hadapan kedai, pelbagai barangan seperti bekas plastik berwarna-warni dijual, manakala di dalam kedai kelihatan susunan barangan dan hiasan tanglung merah yang menarik.  Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor te...

Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.

Imej
Lemur, haiwan primat  yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia.  Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga  pemburuan.  "Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo. Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).  IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.   Sumber bacaan Tedi :   Furry lemurs 'could be wip...

[t13h11] Satu Petang di Hospital Tanah Merah Kelantan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jadi seperti yang telah disebut sepintas lalu dalam  Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4 , kami telah menghadirkan diri ke Hospital Tanah Merah Kelantan untuk melawat sepupu Mummy yang baru bersalin tidak cukup bulan di sana. Waktu Melawat SELAMAT DATANG KE HOSPITAL TANAH MERAH TINGKAT 2: WAD PEREMPUAN (WAD 4) TINGKAT 1: WAD BERSALIN (WAD 3) TKT. BAWAH: DEWAN BERSALIN HTM Ada soalan kesihatan? Waktu Melawat HARI AHAD - KHAMIS 12:30 Tengahari - 2.00 Petang 04.30 Petang - 7.00 Petang HARI JUMAAT, SABTU DAN KELEPASAN AM 11.00 Pagi - 2.00 Petang 4:30 Petang - 7.00 Petang PELAWAT DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN Sakan "ingat murah ingat sakan"   ~20130811~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Khalifah Pertama oleh Mirwana

Imej
Khalifah Pertama salah satu nasyid yang bisa membuat Tedi menangis! Khalifah Pertama dinyanyikan oleh kumpulan Mirwana melalui album mereka Hikmah Kembara. Khalifah Pertama merupakan penceritaan sebahagian kisah Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Secara kasarnya nasyid ini mengisahkan kesetiaan beliau sebagai seorang sahabat kepada Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wassalam. Komen Tedi mengenai Mirwana. Mirwana merupakan kumpulan nasyid sekolah, kalau tidak silap Maahad Muhammadiah. Keunikan Mirwana adalah mereka kumpulan nasyid yang menggunakan drum . Penubuhannya dikatakan Master adalah oleh Yassin Sulaiman yang kemudiannya menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Ada beberapa lagu Mirwana yang dinyanyikan semula oleh Brothers. Kehebatan Mirwana budak sekolah adalah pada kehebatan vokal pilihan ketuanya. Ahli Mirwana silih berganti dan mempunyai beberapa generasi. Mirwana yang dikomersialkan mengik...

[t13h13] INS Vikrant: Kapal pengangkut pesawat pertama buatan India diperkenalkan.

Imej
Kapal Pengangkut Pesawat (Aircraft Carrier) pertama dibina di Asia. Kapal Pengangkut Pesawat (KPP) adalah salah satu jentera penting tentera laut jika mahu berperang di lautan luas. KPP sinonim dengan Amerika Syarikat yang meletakkan tenteranya di merata tempat di dunia. KPP penting dalam membantu melindungi konvoi kapal perang kerana jet pejuang yang dibawanya boleh digunakan untuk melindungi konvoi daripada pesawat musuh. KPP pada zaman moden digunakan sebagai markas untuk menyerang musuh, sedangkan pada masa dahulu ia lebih efektif menenggelamkan kapal selam. Di Asia kita sedia maklum dengan kehadiran KPP dalam tentera Jepun dan China. Di Asia Tenggara pula, hanya Filipina memiliki KPP veteran yang diwarisi daripada Amerika Syarikat. Kini India setapak (atau mungkin beribu tapak) lebih maju apabila memperkenalkan KPP binaan mereka sendiri, INS Vikrant. INS Vikrant masih perlu menjalani banyak ujian sebelum ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India. Beliau dijangka akan meny...

[t13h03] Selamat sampai di Kelantan melalui Gerik

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pertama kali sampai Kelantan tak sampai 8 jam Alhamdulillah, Tedi dan Mommy dan Master telah berjaya sampai ke Kelantan waktu Isya malam tadi. Kami gerak lewat, sekitar jam 1 petang atau lebih tepatnya pada waktu Zohor semalam. Kelewatan itu telah dijangka memandangkan Master mahu tukar timing belt dan juga outer-belt  kereta Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM milik Mommy. Panjangnya la nama kereta Mommy tu kan? hehehe. Kutip kacang botol Mummy hantar Mak Long dan Cik Su ke Lapangan Terbang Subang Cari bengkel untuk tukar timing belt Proton SAGA BLM Laporkan kepulangan ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang Jemput Mommy di Bangsar Cuaca panas sebabkan Master mengantuk Banyak kerepek di jalan Kuala Kangsar - Gerik Melalui Gerik Melalui Royal Belum Pulau Banding Master elakkan jalan Rantau Panjang   Kutip kacang botol Paginya sekitar jam 7, Tedi mengutip semua Kacang Botol a.k.a Kacang Kelisa yang ada di kebun. Banyak juga hasil kal...

Bapa Dolly mahu klon Woolly Mammoth pula

Imej
Selepas "kejayaan" mengklon kambing biri-biri, Dolly, kini Mammoth pula jadi sasaran. Kawan-kawan kenal Dolly? Dolly merupakan kambing biri-biri pertama berjaya diklon di dunia, tapi seperti biasa umurnya pendek. Nak lawan kuasa Allah subhanahu wa ta'ala? Cubalah sampai mati, takkan dikau berjaya. Maklumat lanjut mengenai Dolly boleh dibaca melalui pautan di bahagian rujukan. Kini "bapa" si Dolly, saintis Sir Ian Wilmut yang mengetahui luar dan dalam rahsia pengklonan, telah dilaporkan pada 1 Ogos 2013 lalu bahawa dia berfikir adalah mungkin untuk manusia berjaya meng-klon seekor Woolly Mammoth dengan menggunakan kaedah-kaedah baru. Bapa Dolly terkenal kerana dia bukan sahaja berjaya mengklon kambing biri-biri pertama di dunia, malahan haiwan mammalia pertama di dunia, pada tahun 1996.   Gambar bangkai seekor Woolly Mammoth betina tersejuk-beku yang telah berusia 39 ribu tahun (39000). Foto oleh: Kazhiro Nogi / AFP / Getty Images Salah satu masalah prakt...

T13H15 Selamat Hari Kidal Sedunia

Imej
Sempena 13 Ogos yang baru berlalu, Tedi mengucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada semua kawan-kawan Tedi. Bilakah Hari Kidal Sedunia? Hari Tangan Kiri Antarabangsa adalah hari pada tarikh  13 Ogos setiap tahun  untuk meraikan keunikan dan perbezaan individu kidal. Sambutan pertama Hari Kidal Sedunia ialah pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell , pengasas Lefthanders International, Inc . Celebrate the Lefties in your life. Si  Kidal adalah mereka yang banyak menggunakan tangan kiri dan dipanggil left-hander dalam versi Bahasa Inggeris. Manakala kidal dalam Bahasa Inggris pula disebut " lefthanded " Seperti makhluk Allah subhanahu wa ta'ala yang lain, si kidal juga memiliki keunikan dan masalah tersendiri. Hanya 10% si Kidal di dunia ini dan tentunya peralatan manusia Kidal didominasi oleh si Kanan. Alhamdulillah ada juga manusia yang sudi mencipta barangan untuk kumpulan minoriti seperti si Kidal. Papan kekunci komputer untuk Si Kidal keluaran M...

Tazkirah Subuh 29 Ramadhan

Imej
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi .  Masjid al-Muhajirin Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha? Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda:  takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari,  manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat. Eidil Fitri VS Jumaat Mandi sunat Mandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri. Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat. Solat Solat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah. Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah ...

Puasa

Imej
Nasyid "Puasa" oleh Hadad Alwi sungguh syahdu. Ketika Master mendendangkan lagu ini, Tedi tersentak daripada lalai. Lagu apakah ini? Sungguh syahdu. Hampir sahaja Tedi menitiskan air mata, menyurai sebak di dada. Tedi amati, Tedi hayati. Liriknya sungguh puitis. Tedi ikuti sebaris demi sebaris, tiada Tedi fahami. Hanya apabila keseluruhan nasyid ini didendangkan Master, barulah Tedi memahami rintihan hati penulis lirik lagu ini. Haddad Alwi. Foto dari " Haddad Alwi feat. Anti dan Vita - Jagalah Sholatmu Lyrics " Lirik "Puasa" dan komentar Tedi : Lewat sudah hari ini panas puasa Puasa untuk hari ini sudah berlalu atau selamat dilaksanakan. Alhamdulillah. Alun azan tanda buka, basahi jiwa Berbuka puasa (iftar) itu ditandakan dengan laungan azan Maghrib. Ketika kita basahi tekak dengan air, alunan azan Maghrib itu pula "membasahkan" jiwa. Ku sirami kering sepi di ujung hari  Pembasahan jiwa itu diharap dapat menyuburkan jiwa yan...

Eidil Fitri 2013: Beransur pulang.

Imej
Setelah hampir 12 jam, akhirnya tiba di Sepang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala yang telah mempermudahkan kenderaan itu bagi kami sedangkan kami tidak pernah ada daya upaya untuk mengawalnya. Perjalanan kami balik ke kampung dan kembali ke bandar sempena Eidil Fitri 2013 agak lancar. Tedi dan Mommy dan Master telah selamat tiba daripada Kelantan pada jam 3 pagi tadi. Kami bertolak dari Kelantan pada jam 3 petang semalam. Perjalan kami kali ini dibantu pleh applikasi Waze. Master menggunakan jalan Bunut Susu - Rantau Panjang - Panglima Bayu - Jeli ketika menghala ke Gerik. Jalan agak clear tambahan dapat mengelakkan Bukit Bunga melalui jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkenaan. Itupun Master terpaksa berpatah balik setelah terlajak dek kerana papan tanda yang diletakkan adalah selepas simpang. Pendakian ke Gerik amat lancar.  Kereta banyak namun kami masih boleh memintas kebanyakannya mungkin kerana kereta kami agak ring...

Jepun akan lupuskan Kapal Tsunami 2011 - Kyotoku-Maru

Imej
Kapal Tsunami merupakan "mercu tanda" peninggalan tsunami di Jepun pada 2011. Fenomena tsunami lazimnya akan meniggalkan monumen berbentuk kapal atau bot yang tersadai di tengah daratan. Situasi ini dapat dilihat pada peristiwa Tsunami Acheh dan juga Tsunami Jepun. Bunga-bungaan yang diletakkan berhampiran sebuah bot ikan yang tersadai di Kesennuma, Jepun. Kagum Tedi tengok bot ikan dia, macam kapal tangki! Foto AP: Azusa Uchikura Kapal yang didaftar sebagai No. 18 Kyotokumaru  itu telah dihanyutkan sejauh 800-ela ke daratan pada Tsunami Jepun 2011. Sejak itu ia telah menjadi simbol kehancuran yang dialami Jepun dalam kejadian itu. Kyotokumaru adalah sebuah bot ikan, tidak seperti bot nelayan di Malaysia, bot nelayan Jepun ni dah macam kapal tangki. Mengikut cerita  Godzilla yang Tedi tonton, kapal sebegini bukan sahaja menangkap ikan malah boleh terus mengetinkan ikan tersebut. Boleh dikatakan ia adalah kilang pengetinan ikan bergerak, atau lebih tepat kilang p...

Idul Fitri 13 - Jalan sumbat raya ke-4

Imej
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus. Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya.   Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya.   Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan. Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana.   Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.   Bergegas ke Hospital Tanah Merah Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal.   Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya.   Konvoi kami bersatu semula d...

Popular