Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201910

[t19j10] Aidan meniarap

Imej
Tiba-tiba sahaja Aidan meniarap di depan kami dan melakukan aksi berenang kuak kupu-kupu. Sebenarnya Aidan telah beberapa kali meniarap tapi selalunya tak lama dan bukan atas tilam yang landai. Hari ini dia meniarap atas tilam landai yang menyukarkan bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari tu menggolekkan badannya. Aidan juga mengangkat kepala dan buat aksi nak merangkak. Ini adalah kali pertama kami dapat rakam aksi beliau begini. Perkembangan bayi si Aidan ni pada usia 4 bulan 13 hari telah menunjukkan usaha untuk bergolek dan meniarap. Aidan juga telah mengangkat kepalanya semasa meniarap sekaligus mengelakkannya daripada lemas. Harus diperhatikan bahawa bayi yang baru belajar meniarap mungkin akan kepenatan dan kelemasan terutama di atas alas yang lembut. Kolaj jujukan gambar perkembangan bayi dengan aksi Aidan mula meniarap. Ketika ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari. Thursday, 10 October 2019, 21:53 # IMG_20191010_215344-COLLAGE # Kamera telefon pintar ...

[t19j25] Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya. Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak. Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama. Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada  engine starter , Master telah meminjam kabel  jumper  milik Pak Lang Epul untuk  jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut. Jump Start Enjin Kereta Proton Persona Jump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enji...

Plaza Tol Southville City

Imej
Sejak dibuka, Plaza Tol Southville City kini menjadi laluan utama kami apabila hendak ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Jika sebelum ini kami perlu menggunakan Plaza Tol Nilai untuk memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kini kami ada pilihan yang lebih baik dengan jarak yang lebih pendek di mana kami dapat jimat 10 kilometer jarak perjalanan. Sebelum itu juga, laluan utama kami untuk ke Kuala Lumpur adalah dengan menggunakan Lebuhraya Maju (MEX) yang kini semakin sesak ditambah dengan jaraknya yang jauh. Kadar tol dari Southville ke Kuala Lumpur ialah MYR 2.10 (dua Ringgit Malaysia dan sepuluh sen sahaja). Kami juga selalu menggunakan Tol Southville ini untuk ke Bandar Baru Bangi dengan kadar tol 40 sen. Sebagai perbandingan kadar tol melalui MEX ialah MYR 3.50 (tiga Ringgit Malaysia dan lima puluh sen sahaja). Gambar Plaza Tol Southville City pada waktu malam. Plaza Tol ini adalah pintu masuk ke Lebuhraya Utara Selatan. # Friday, 11 October 2019, 21:30 # IMG_20191011_213020...

Naiktaraf Java 7 ke Java 8 untuk Spring 3.2.12

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Master meminta bantuan Tedi untuk mengkaji kesediaan Spring Framework 3.2.12 dinaiktaraf daripada JAVA 7 kepada JAVA 8? Rumusan Laporan Kesediaan Spring 3.2.12 untuk menggunakan JAVA 8: Pada dasarnya versi 3.x 3. hanya menyokong sehingga Java-7 sahaja. Sekiranya kita mahu berhijrah ke Java-8 kita harus menggunakan versi Spring 4.x. Pada masa ini kita menggunakan springWebMvc : 'org.springframework: spring-webmvc:3.2.12.RELEASE'. Spring 3.2.12 masih boleh dioperasikan di atas JAVA 8 dengan binaan sasaran JAVA 7.   Pelbagai Versi Spring Framework: Spring Framework boleh didapati dalam beberapa versi seperti berikut 5.2.x adalah barisan pengeluaran terkini (biasanya tersedia pada akhir September 2019). 5.1.x ialah arus perdana semasa (sejak September 2018), disokong sehingga Q1 2020. 5.0.x memasuki fasa EOL (penghujung hayat) pada Q2 2019. Sebagai ihsan kepad...

Bangsar South Shuttle Bus

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alhamdulillah, pada malam ini Tedi merajinkan diri untuk sunting satu gambar sebagai tatapan pada masa hadapan. Gambar bas "Bangsar South Shuttle Bus" ini menjadi pilihan setelah sekian lama tidak muat naik gambar bas, hehe. Kiriman-kiriman lama mengenai gambar-gambar bas pun mungkin perlu dilawat semula dan disunting untuk disesuaikan dengan paparan mobile. Bangsar South Shuttle Bus. BKK 2936. Gambar bas shuttle yang mengangkut penumpang secara percuma dari Bangsar South (nama lama Kampung Kerinchi) ke Stesen LRT Universiti (sempena nama Universiti Malaya yang terletak berhampiran). # Wednesday, 30 October 2019, 14:04 # 20191030 # IMG_20191030_140434.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/AG7iiyf4dhjpqnxg8  # Entah kenapa pada malam ini Tedi memilih untuk menggunakan lebar gambar 1024 dan tidak 600 seperti biasa. Mungkin Tedi sudah ...

Aidan sit-up; Color Riche Matte

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Gambar animasi Aidan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sit-up. Sofa bayi yang baru dibeli Mummy memudahkan Aidan untuk melakukan sit-up berulangkali menjadikan perkembangan bayi si Aidan ni mungkin tidak berapa jitu. Aidan ketika ini adalah bayi lelaki berumur 4 bulan 9 hari. # Sunday, 6 October 2019, 09:11 # IMG_20191006_091123-ANIMATION.gif # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #    Perkembangan bayi Aidan ni dikomen oleh Mak Ngah Zira sebagai langkah pertama untuk bayi belajar meniarap. Nampaknya tak lama lagi si Aidan ni boleh meniaraplah ye. Color Riche Matte Cuba gincu bibir Color Riche Matte 287 Beige Reveur # Sunday, 6 October 2019, 18:58 # 20191006 # DSC_9714 # Sony G3226 # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/jVZ8wcWLxhezePzz6  # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Tapak Sulaiman Boleh Dimakan?

Imej
Secara logiknya Tapak Sulaiman adalah ikan kerana namanya dalam Bahasa Inggeris ialah  starfish . Ikan boleh dimakan tetapi tidak semua ikan boleh dimakan. Tambahan pula kita takut kena sengat dengan Tapak Sulaiman, macam mana pula boleh kita memakannya? Inilah kajian Tedi tentang makan Tapak Sulaiman: Adakah Tapak Sulaiman boleh dimakan? Ya, secara teknikalnya Tapak Sulaiman boleh dimakan. Seagull boleh makan keseluruhan Tapak Sulaiman, akibatnya najisnya penuh dengan pasir berwarna ungu. Saudara kepada Tapak Sulaiman iaitu sea urchin boleh dimakan dan menjadi pilihan di restoran sushi. Isinya lebih mudah dikaut berbanding Tapak Sulaiman. Ada manusia makan Tapak Sulaiman yang digoreng sebagai satay di Beijing. Gambar Tapak Sulaiman yang digoreng garing untuk dijadikan makanan manusia. Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/193303008979378707   Bagaimana rasa Tapak Sulaiman? Rasa Tapak Sulaiman adalah seperti rasa otak ketam sungai. Tak pernah makan otak ketam su...

Cukai Jalan Kereta Proton Persona Duel Blitz Eterna

Imej
2019 Setelah asyik lupa sahaja maklumat umum berkenaan cukai jalan kereta Proton Persona 2007 kami, Master mengarahkan Tedi memasukkan satu kiriman berkenaan pembaharuan cukai jalan kereta Proton Persona tersebut. NCD: 25%, Roadtax: RM 90, Caj Cukai Jalan: RM 15.60, Jumlah Pembayaran (Insurans sahaja): RM 509.60, Sumbangan Asas: RM 578.25 Jadi jumlah duit keluar untuk perbaharui cukai jalan kereta Proton Persona 2007 pada tahun 2019 ini lebih kurang RM 605.20 jika Tedi tak silap congak. Master turut mengambil perlindungan insurans cermin hadapan (windscreen) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 600 dan bayaran dikenakan ialah RM 90. tarikh tamat perlindungan insurans kenderaan ini ialah pada 29 September 2020. Takaful Ikhlas dah bagi plastik untuk kita lekatkan cukai jalan sebelum ditampal pada cermin kereta. Tidaklah kita terus tampal roadtax tu pada cermin kereta tanpa alas. Tidak perlu pula kita bersusah-payah cari plastik lain seperti sebelum ini.  Master suka gunakan ...

Popular